Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu

Imej
| Print | Nazri Abdullah & Hazayani Zakaria    KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan. Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud. "Kita mendengar penjelasan Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat...

Jangan Sampai Terpesong Akidah

Kenapa bila sebut pasal Melayu tidak itu dan tidak ini ramai yang melenting. Ada saja orang yang marah. Yang dah pencen dan dah takde gigi pun nak turut serta melenting. Kononnya pejuang Melayu. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Berebut nak masuk surat khabar kerana nak bagi ulasan. Bila agama dihina, buat tak tahu saja. Malah ramai pulak yang keluarkan pendapat ikut akal dan buah fikiran sendiri. Hal ehwal agama, terutama hal perundangan dan aqidah janganlah ambil remeh dan ambl mudah. Takut nanti tersalah cakap nanti terpesong pulak aqidah kita. Kalau kita tak boleh menyelesai masalah jangan pula jadi penyakit yang menyusahkan orang lain. Kalau tentang bangsa melayu, jangan ada orang yang tersalah cakap, wow! ada yang sanggup mati. Ingat lah bangsaku, yang dinilai dan ditanya nanti bukan bangsa kamu, tapi agama kamu. Jangan menyesal kemudian hari, buruk padahnya. p/s...istighfarlah..selagi pintu taubat masih terbuka.

Saman Di Jalan Raya Semakin Hebat

27 Sept 2011 Selasa  -  Saya baru sahaja balik dari 'travel', sepanjang perjalanan saya telah bertemu dengan 4 road block . Nampaknya kuda putih sedang giat menjalankan aktiviti saman menyaman. Apalah tandanya agaknya. Yang saya kurang berkenan ialah terlalu jelas sangat polis kita turun padang untuk mencari mangsa untuk disaman. Tidak nampak langsung gaya mereka untuk mendidik rakyat supaya berkhemah dijalan raya. email dari hamba Allah. p/s ... kan bagus kalau Malaysia diperintah dengan oleh orang yang lebih adil, takde lah rakyat didahulukan.

Pandangan tentang Hudud

Imej
 

Gambar: Antara Bas Yang Dinaiki Najib Rosmah Dengan TG Nik Aiz. Jom Cari Perbezaan

Imej

Chandran: Penentang Hukum Hudud Adalah Golongan Jahil

Imej
Share   H udud dianggap ‘produk’ mulia KUALA TERENGGANU – Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas Terengganu, Dr B Chandran menganggap DAP, MCA dan Gerakan yang menentang pelaksanaan hukum hudud sebagai jahil. Menurutnya, mereka berbuat demikian bukan kerana sengaja, sebaliknya tidak mendapat penjelasan sewajarnya dan ditakut-takutkan dengan kenyataan pihak tertentu yang berkepentingan, sehingga hudud digambarkan sebagai hukum yang zalim . Beliau berkata, perkara sedemikian pernah berlaku kepada beliau sendiri apabila gambaran-gambaran negatif diceritakan pihak tertentu sehingga pendapatnya serupa dengan orang bukan Islam lain yang menentang hukum itu. “Mereka bukan mahu menentang kerana sengaja tetapi kerana jahil, apabila mereka tahu, tiada masalah. Itu yang saya nampak dan tidak boleh sesekali marahkan mereka. Orang bukan Islam langsung tidak belajar mengenai hudud. “Dahulu pun saya begitu, dengar macam-macam seperti hukuman potong tangan dan poton...

Imej mewah Rosmah guris hati rakyat - SAMM

Imej
| Print | Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 26 Sept: Imej isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bermewahan amat mengguris hati rakyat yang sedang bergelut dalam kehidupan seharian. “Ia umpama mencurah garam ke luka rakyat,” demikian antara resolusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang telah mengadakan Rapat (Pengurusan) Kebangsaan yang menghimpunkan penyelaras kebangsaan dan negeri dari seluruh negara selama dua hari di Shah Alam yang berakhir semalam. SAMM dalam satu kenyataan menyatakan rapat kali kedua ini berjaya mengumpulkan orang sumber dari pelbagai latar belakang dan penuh dengan sesi diskusi sehingga menghasilkan idea pelaksanaan praktikal. Sempena rapat itu, SAMM telah mencapai 10 resolusi penting yang perlu diangkat. SAMM ialah sebuah gerakan radikal muda bebas bukan 'front' mana mana parti politik tetapi sedia bekerjasama dengan mana-mana parti politik mahupun apa jua organisasi...

MAT SABU MENGAKU TAK BERSALAH

Imej
MAT SABU MENGAKU TAK BERSALAH - mkini Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu. Beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Bangladesh: Malaysia patut hantar nota protes

Imej
KUALA LUMPUR, 20 Sept: Kerajaan hendaklah menghantar nota protes kepada kerajaan Bangladesh kerana kecuaian yang menyebabkan penyiaran tuduhan yang memalukan Malaysia dalam laman web pejabat Perdana Menteri negara itu, kata Datuk Mahfuz Omar. Kerajaan juga hendaklah memanggil Duta Bangladesh ke negara ini bagi menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap kecuaian yang menyebabkan nama Malaysia tercemar itu. "Itu pun jika benar dakwaan Pejabat Suruhanjaya Tinggi Bangladesh bahawa kerajaan Bangladesh tidak menyedari mengenai artikel itu," katanya. Jumaat lalu, laman Biro Hal Ehwal NGO pejabat Perdana Menteri Bangladesh dikesan menyiarkan artikel yang mengesahkan sebilangan pekerja negara itu dalam beberapa sektor di Malaysia diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu serta diberi hak mengundi dengan syarat mereka mengundi parti yang mewakili kerajaan yang berkuasa. Artikel itu menyatakan ia memetik "sumber yang boleh dipercayai" dari Pejabat Per...

Jamuan Hari Raya di Rumah YDP PAS Taiping

Imej
 Tetamu sedang menikmati juadah  Pelajar PASTI turut serta memeriahkan Jamuan Hari Raya  Dapat dut rayeeee....  Pelbagai menu di sediakan..paling laris bihun sup Hah..duit abis dahhh...

Milik siapakah kemerdekaan ini?

Imej
Milik siapakah kemerdekaan ini? , 16 SEPT 2011 — Sejak 1511 negara kita sudah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British lagi sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Selama  rakyat kita tertakluk kepada penindasan dan pemerasan penjajah, maka selama itulah akan wujudnya gerakan antipenjajah oleh pejuang-pejuang negara kita. Tiada penjajah yang akan melepaskan kepentingannya dalam tanah jajahannya secara suka rela dan aman. Justeru, dalam perjuangan menentang penjajah, tiada kemenangan yang akan dicapai tanpa pengorbanan. Demikian jugalah halnya dengan pencapaian kemerdekaan negara kita. Pemimpin Umno sering suka menggembar-gemburkan bagaimana kemerdekaan negara kita telah dicapai tanpa mengalir setitik darah pun. Padahal banyak pengorbanan (termasuk darah dan nyawa) telah ditanggung oleh wira-wira anti-British kita seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Ma...

Isu dijajah: Siapa pemerintah sebenar sebelum 1957, PAS tanya Dr M

Imej
KUALA LUMPUR, 12 Sept ─ “Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British,” demikian salah satu persoalan dikemukakan oleh pemimpin Pemuda PAS hari ini. Pagi tadi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi penjelasan kepada pandangan kontervesi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya Prof Dr Zainal Kling di mana menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini. Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaizat juga bertanya kepada siapa rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh. Malah soal beliau, apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada pahlawan Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menye...

Abang Mat Komunis, Penipuan SPR Tenggelam

Imej
        Mengaitkan Mat Sabu dengan komunis adalah untuk mengaburkan rakyat tentang penipuan SPR. Isu yang diutarakan oleh Abang Mat Sabu adalah isu lama, hampir setiap tahun beliau mengutarakan isu ini. Kenapa dulu beliau tidak dikaitkan dengan kamunis.          Sebenarnya kerajaan barisan nasional ingin mengalih pandangan rakyat terhadap penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya terutama masyarakat luar bandar. SPR bagai cacing kepanasan apabila tembelang mereka dapat dikesan, di mana terdapat penipuan dalam Daftar Undi yang sedang dijalankan dalam menghadapi PRU 13 yang sedang hangat diperkatakan.         Sebab itulah, Abang Mat dihentam bertubi- tubi untuk menyembunyikan pekung di dada mereka. Rakyat hendaklah peka terhadap isu semasa agar tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO.

Cukai Perkhidmatan Telekomunikasi Prabayar

Imej
KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept. Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini. — BERNAMA p/s: Agaknya apa lagi yang akan dinaikan harga oleh kerajaan Barisan Nasional. Slogan "Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan" semakin melebarkan sayapnya apabila kerajaan semakin menekan rakyat dengan kenaikan harga barang dan cukai. Apabila ditanya mengapa, jawapannya seolah- olah ada mesin yang menjawab, "KERAJAAN TERPAKSA MENANGGUNG SUBSIDI". Rasanya kerajaan bukan terpaksa menanggung subsidi, tetapi kerajaan terpaksa menanggung KRONI dan BINI. Fenomena ini adalah sangat ketara bukan sukar untuk difahami. Kalau dibiarkan memerintah lebih lama, nak ...

CEMAS: Bas Express Diserang Di Plaza Tol

Imej
PECAH...cermin bas yang rosak selepas diserang sekumpulan empat samseng lebuh raya, malam kelmarin . IPOH: “Saya terkejut apabila dihujani tumbukan dan tidak dapat mempertahankan diri ketika diserang,” kata pemandu kedua sebuah bas ekspres yang dibelasah sebelum disamun sekumpulan ‘samseng lebuh raya’ di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, Trans Liam, 45, cedera di kepala dan anggota badan selepas dibelasah dua lelaki dan dua wanita berhampiran kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Jelapang, di sini. Kejadian tidak diduga itu turut mengejutkan 25 penumpang bas ekspres berkenaan selepas mendapati pasangan samseng berkenaan meluru dan terus membelasah mangsa. Tidak cukup dengan memukul mangsa, empat samseng terbabit turut merampas kunci bas dan mencuri kad Touch n’ Go sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta. Kejadian berpunca apabila bas Ekspres KKKL terbabit yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand k...