Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Orang kampung tak tahu berita ni..sebarkan!

Imej

'Gua ikut enta ' part 3

Imej

Hudud Penyebab Negara Mundur - Soi Lek

Imej
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Menurut laporan The Star, Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menyatakan niat PAS laksana hukum hudud akan menyebab negara mundur dan menakutkan pelabur. Kesannya berat terhadap FDI dan pelancong yang tidak akan berkunjung, katanya, dan menambah beberapa negara yang melaksanakannya mundur kecuali kekayaan hasil buminya sahaja p/s - umno juga tidak mahu HUDUD

'GUA IKUT ENTA' PART 2

Imej

"GUA IKUT ENTA" PART 1

Imej

Mike Tyson menitis air mata di Bumi Madinah Munawwarah

Imej
     Mike Tyson bertukar pandangan  dengan Dr Muhammad Al-Uqala, president of the Islamic University di Madinah       Si Leher Beton Mike Tyson insan gagah dan bengis semasa dalam gelanggang tinju. Tetapi di Masjid Nabawi tunduk menitis air mata semasa melihat kubur Rasulullah SAW. Inilah pengalaman yang amat berguna buat Mike Tyson sehingga menyentuh perasaannya semasa melakukan ibadat umrah dan melawat Madinah Munawwarah. 2 Julai 2010. Beliau sempat memberi ceramah kepada pelajar Universiti Islam Madinah. Kunjungannya ke Arab Saudi adalah anjuran  Asosiasi Dakwah Kanada (CDA),CDA merupakan Pertubuhan  dakwah yang banyak menguruskan selebriti yang baru memeluk Islam  untuk melawat  ke Arab Saudi untuk tujuan melaksanakan rukun Islam. Tyson nama lengkap Michael Gerard Tyson lahir di New York City, Amerika, 30 Jun 1966. Tyson memeluk Islam ketika dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara resmi, tahun 1995, selepas keluar dari penjara di Indi

KENALI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ

Imej
http://www.youtube.com/watch?v=UBOziTRrZZM&feature=related

PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DALAM PERJUANGAN PAS

Imej
PENGHAYATAN IBADAH KORBAN DALAM PERJUANGAN PAS " Oleh Ustaz Haji Idris bin Haji Ahmad Muqaddimah Banyak binatang ternakan akan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada nabi Ibrahim A.S. dan Nabi Ismail A.S. Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya nabi Ismail AS. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 “ Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor sembelihan yang besar”.  Setelah nyata kesabaran dan ketaatan Nabi Ibahim A.S dan Nabi Ismail A.S. maka Allah SWT melarang menyembelih Nabi Ismail A.S. Untuk meneruskan korban , Allah  menggantikannya dengan seekor sembelihan  (kambing). Peristiwa ini menjadi dasar disyariatkan korban pada hari raya haji dan hari tasyrik. Daripada sini kita m

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

MUKADIMAH Tan Sri Yang Di Pertua Izinkan saya merujuk kepada pembentangan ”Bajet 2012” oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu. Lazimnya Belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesateraan rakyat. Namun setelah meneliti cadangan cadangan yang dibentangkan terdapat kekurangan pertimbangan dasar dan program khusus. Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi. Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice ada menyebut , “Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice.” (Sebarang teori perihal Keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yan

Ulasan Bajet: Banyak Gula-gula Pilihanraya, Rakyat Terus Memikul Bebanan Hutang

Imej
Share B ajet 2012: Najib cedok belanjawan Pakatan Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan. Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya. "Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang. "Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini," jelasnya. Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang d

Pulau pun ada yang jual?!! Astaga

KOTA KINABALU, 2 Okt: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), kelmarin telah menghantar memorandum kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah berhubung bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan sebagaimana yang didedahkan akhbar tempatan baru-baru ini. Memorandum diserahkan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu kepada wakil Setiausaha Politik Ketua Menteri, Noorlaimah Marjan yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Penyerahan dilakukan di Pejabat Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wisma Innoprise. Dalam memorandum yang diserahkan, DPPNS mengalu-alukan kenyataan balas yang dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman Jamal berkaitan isu penjualan pulau tersebut. "DPPNS berpendapat kenyataan tersebut masih kabur tentang perihal hak dan khazanah negeri Sabah agar terus terpelihara. "Timbul persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlaku pertukaran tanah atau lan