08 Ogos 2011

Pesuruhjaya PAS Perak Lawat Mangsa Bunuh

BAGAN SERAI 0 7 Ogos – Pesuruhjaya PAS Perak Us. Abu Bakar Husin bekesempatan menziarahi keluarga mangsa bunuh Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Rohani Kassim, 38 tahun, yang ditemui mati dipercayai akibat dicekik di rumahnya di sebuah apartment di Tambun, Ipoh.


Us. Abu Bakar bersama rombongan yang terdiri daripada Hj Osman Maseri, Bendahari PAS Perak, Us. Mohamad Fakhrudin bin Hj Abdul Aziz, Ketua Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Perak, YB Hj Husin Din , ADUN Selinsing berserta pimpinan PAS Kawasan Bagan Serai tiba di rumah bapa mangsa di Masjid Tinggi, bagan Serai.

Rombongan Pimpinan PAS Perak yang di ketuai oleh Pesuruhjaya tiba pada jam 10.15 malam selepas menjadi imam sembahyang tarawikh di Masjid Teluk Medan dalam satu Program yang di anjurkan oleh Lujnah Kebajikan PAS Perak.

PAS Perak terharu dan merakamkan ucapan takziah ke atas keluarga mangsa dan memohon pihak polis segera menyiasat dan menghukum pembunuh kejam terbabit.