19 November 2011

RM250 Juta Boleh Membantu 62500 Keluarga Umno

Kes National Feedlot Corporation (NFC) satu lagi bukti kerajaan BN telah gagal menjadikan Pertanian Satu Perniagaan, jauh sekali untuk menjadikan ia sebagai Food Security. Ini adalah lambang kebobrokan dasar BN selama ini dalam semua perkara daripada hilang enjin kapal terbang, kapal selam yang tidak boleh menyelam, RM32 juta wang PPRT lesap,stadium runtuh, perhentian bas Kuala Berang Runtuh dan banyak lagi jikalau hendak disenaraikan

Memang kerajaan BN gagal menjaga keselamatan makanan untuk rakyat sehingga terpaksa bergantung kepada negara luar. Pada tahun 1990 negara mengimport makanan sebanyak RM4.6 bilion dan mendadak meningkat kepada RM26.7 bilion pada tahun 2010. Sedangkan Malaysia tanahnya luas tetapi semua makanan seperti beras, bawang, cili, sayuran terpaksa bergantung kepada negara lain.

Negara Indonesia, Thailand, Kemboja walaupun iklim negara sama dengan negara kita tetapi mampu menampung keperluan makanan di negara mereka malahan boleh dieksport ke negara Malaysia. Harga cili naik sehingga RM20 sekilo kerana Thailand banjir, ini hanya satu contoh. Apa pemimpin negara buat untuk merancang keperluan permakanan negara kita? Menteri Pertanian buat apa? Rakyat tentu tidak lupa bagaimana cerdiknya pemimpin BN yang pernah jual saham BERNAS kepada syarikat Wan Tan di Hong Kong. Jika sektor strategik pun kerajaan BN pernah jual kepada negara asing. Ini semua bahana kerana penyakit “Kroni diutamakan, kepentingan rakyat di kemudiankan”. Buktinya projek NFC anak syarikat Agroscience Industries Sdn Bhd di Gemas Negeri Sembilan diberi kepada bukan ahlinya, maka inilah akibatnya.

Peruntukan wang sebanyak RM250 juta ketika Tan Seri Muhyiddin Yasin menjadi Menteri Pertanian. Target pengeluaran lembu pada tahun 2010 sebanyak 60,000 tetapi hanya mampu sebanyak 8000 ekor. Kesannya wang rakyat mengalir begitu banyak kerana negara terpaksa mengimport lembu daripada negara luar kerana kegagalan projek ini. Kita tidak kisah jika lembu ini diberi kepada penyokong Umno tegar di kampung-kampung yang berada di bawah paras miskin, kerana mereka ada kebolehan untuk membela lembu Sekurang-kurangnya dapat meningkat taraf hidup mereka. Sebaliknya diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian.

Berapa banyak wang negara mengalir keluar akibat dasar bebal pemimpin negara kita yang gagal menjaga keselamatan makanan. Apa akan terjadi kepada rakyat jika terjadi sesuatu kepada negara ini atau negara yang mengeksport makanan seperti bencana alam. Pemimpin BN ia tidak bimbang kerana boleh membeli beras atau makanan yang berkualiti tinggi.

Sepatutnya masalah kekurangan daging lembu akan dapat diatasi jika diberi kepada ahlinya, bukan diberi kepada keluarga Datuk Sharizat Jalil. Wang sebanyak itu boleh membeli 125, 000 ekor lembu yang berharga RM2000 seekor. Cuba bayangkan 125,000 ekor boleh diagihkan kepada 62,500 ahli Umno yang miskin, jika dua ekor sekeluarga. Sekurang-kurang 62500 keluarga Umno yang miskin dapat dikurangkan. Tetapi apa boleh buat pemimpin negara bukan sahaja tidak menjaga kebajikan rakyat malahan ahlinya juga terbiar.