Catatan

Jamuan Hari Raya di Rumah YDP PAS Taiping

Imej
 Tetamu sedang menikmati juadah  Pelajar PASTI turut serta memeriahkan Jamuan Hari Raya  Dapat dut rayeeee....  Pelbagai menu di sediakan..paling laris bihun sup Hah..duit abis dahhh...

Milik siapakah kemerdekaan ini?

Imej
Milik siapakah kemerdekaan ini? , 16 SEPT 2011 — Sejak 1511 negara kita sudah dijajah oleh Portugis, Belanda, British, Jepun dan British lagi sehingga negara kita mencapai kemerdekaan pada 1957. Selama  rakyat kita tertakluk kepada penindasan dan pemerasan penjajah, maka selama itulah akan wujudnya gerakan antipenjajah oleh pejuang-pejuang negara kita. Tiada penjajah yang akan melepaskan kepentingannya dalam tanah jajahannya secara suka rela dan aman. Justeru, dalam perjuangan menentang penjajah, tiada kemenangan yang akan dicapai tanpa pengorbanan. Demikian jugalah halnya dengan pencapaian kemerdekaan negara kita. Pemimpin Umno sering suka menggembar-gemburkan bagaimana kemerdekaan negara kita telah dicapai tanpa mengalir setitik darah pun. Padahal banyak pengorbanan (termasuk darah dan nyawa) telah ditanggung oleh wira-wira anti-British kita seperti Mat Kilau, Tok Gajah, Datuk Bahaman di Pahang, Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Janggut di Kelantan, Datuk Ma...

Isu dijajah: Siapa pemerintah sebenar sebelum 1957, PAS tanya Dr M

Imej
KUALA LUMPUR, 12 Sept ─ “Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British,” demikian salah satu persoalan dikemukakan oleh pemimpin Pemuda PAS hari ini. Pagi tadi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi penjelasan kepada pandangan kontervesi yang telah dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) melalui jurucakapnya Prof Dr Zainal Kling di mana menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Tun Dr Mahathir telah menyatakan bahawa secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini. Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaizat juga bertanya kepada siapa rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh. Malah soal beliau, apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada pahlawan Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menye...

Abang Mat Komunis, Penipuan SPR Tenggelam

Imej
        Mengaitkan Mat Sabu dengan komunis adalah untuk mengaburkan rakyat tentang penipuan SPR. Isu yang diutarakan oleh Abang Mat Sabu adalah isu lama, hampir setiap tahun beliau mengutarakan isu ini. Kenapa dulu beliau tidak dikaitkan dengan kamunis.          Sebenarnya kerajaan barisan nasional ingin mengalih pandangan rakyat terhadap penipuan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya terutama masyarakat luar bandar. SPR bagai cacing kepanasan apabila tembelang mereka dapat dikesan, di mana terdapat penipuan dalam Daftar Undi yang sedang dijalankan dalam menghadapi PRU 13 yang sedang hangat diperkatakan.         Sebab itulah, Abang Mat dihentam bertubi- tubi untuk menyembunyikan pekung di dada mereka. Rakyat hendaklah peka terhadap isu semasa agar tidak terpengaruh dengan tohmahan dan fitnah Kerajaan Barisan Nasional khususnya UMNO.

Cukai Perkhidmatan Telekomunikasi Prabayar

Imej
KUALA LUMPUR – Pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus, berkuat kuasa 15 Sept. Pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui SMS bermula tengah hari ini mengenai cukai perkhidmatan itu, demikian menurut industri syarikat telekomunikasi Malaysia dalam kenyataan bersama di sini hari ini. — BERNAMA p/s: Agaknya apa lagi yang akan dinaikan harga oleh kerajaan Barisan Nasional. Slogan "Rakyat Di Dahulukan Pencapaian Diutamakan" semakin melebarkan sayapnya apabila kerajaan semakin menekan rakyat dengan kenaikan harga barang dan cukai. Apabila ditanya mengapa, jawapannya seolah- olah ada mesin yang menjawab, "KERAJAAN TERPAKSA MENANGGUNG SUBSIDI". Rasanya kerajaan bukan terpaksa menanggung subsidi, tetapi kerajaan terpaksa menanggung KRONI dan BINI. Fenomena ini adalah sangat ketara bukan sukar untuk difahami. Kalau dibiarkan memerintah lebih lama, nak ...

CEMAS: Bas Express Diserang Di Plaza Tol

Imej
PECAH...cermin bas yang rosak selepas diserang sekumpulan empat samseng lebuh raya, malam kelmarin . IPOH: “Saya terkejut apabila dihujani tumbukan dan tidak dapat mempertahankan diri ketika diserang,” kata pemandu kedua sebuah bas ekspres yang dibelasah sebelum disamun sekumpulan ‘samseng lebuh raya’ di sini, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, Trans Liam, 45, cedera di kepala dan anggota badan selepas dibelasah dua lelaki dan dua wanita berhampiran kilometer 265.8, Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira dua kilometer dari Plaza Tol Jelapang, di sini. Kejadian tidak diduga itu turut mengejutkan 25 penumpang bas ekspres berkenaan selepas mendapati pasangan samseng berkenaan meluru dan terus membelasah mangsa. Tidak cukup dengan memukul mangsa, empat samseng terbabit turut merampas kunci bas dan mencuri kad Touch n’ Go sebelum melarikan diri dengan sebuah kereta. Kejadian berpunca apabila bas Ekspres KKKL terbabit yang dalam perjalanan dari Hatyai, Thailand k...

Apa itu Taqwa ?

Imej
Allah berfirman maksudnya "Yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah yang paling taqwa ." (Al-Hujurat : 13) Seorang lelaki bertanya kepada Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu: " Apakah taqwa ?" Abu Hurairah menjawab: "Adakah engkau pernah melalui jalan yang mempunyai duri? Katanya: "Ya, pernah" Abu Hurairah berkata lagi: "Bagaimana engkau bua?t" Katanya: "Jika aku melihat duri, aku berpaling daripadanya, atau aku lepasinya, atau aku menahan diri daripadanya" Abu Hurairah berkata: "Itulah taqwa" (Ad Dur al Manthur 1/61. Kata As Suyuti: Diriwayatkan oleh Ibn Abi ad Dunya dalam kitab at Taqwa.)

LELAKI TERTINGGI JADI TETAMU DI QARYAH RAMADHAN

Imej
Rizal Tahir    KOTA BHARU, 14 Ogos:  Lelaki tertinggi di dunia berasal dari Punjab Pakistan, Ijaz Ahmed, 28, menjadi tetamu Himpunan Remaja dan Majlis Makan Colek di Qaryah Ramadan, kelmarin. Beliau berada di negeri ini selama dua hari sebagai tetamu dan juga untuk memohon sumbangan derma orang ramai bagi mendapatkan sumber kewangan untuk membiayai rawatan kakinya akibat kemalangan dua tahun lalu. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,  Kebudayaan dab Pelancongan negeri,  Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ijaz yang mempunyai ketinggian 8 kaki 4 inci itu telah mengalami kemalangan jalan raya dua tahun lalu. "Akibatnya, Ijaz mengalami masaalah kaki dan ianya perlu dirawat," ujarnya. Menurutnya, sebagai seorang anak yang berada dalam lingkungan keluarga miskin, beliau tidak mampu menanggung kos yang tinggi untuk merawat kakinya itu. Sementara itu, orang ramai turut diraikan dengan jamuan colek sempena majlis penyampaian...

APAKAH DOA YANG PALING UTAMA DI BULAN RAMADAN DAN SIAPAKAH DIA UWAIS AL-QARNI?

Imej
Oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din Muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Kedatangan bulan Ramadhan walaupun menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan orang, tetapi sebenarnya ianya menjadi suatu mercu tanda kepada orang-orang yang ingin mencapai kepada matlamat penghidupan yang sebenarnya iaitu seperti yang disebutkan oleh Allah swt; Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183) Khususnya dalam kontek kita berpuasa disebutkan sebagai “La‘al lakum tattaqun” maksudnya dengan berpuasa kamu akan memperolehi darjat ketaqwaan kepada Allah swt. Menjadi suatu yang agak lumrah kepada insan, biasa disebut, di hafal dan diingati kalimah ini “La‘al lakum tattaqun”, tetapi pernahkah, sampaikah kita ke tahap “tattaqun” itu bila sampai Ramadan dan berakhir Ramadan? Sampaikah kita kepada apa yang nabi sebut kepada isteri-isterinya dan kepada sahabat-sahabatnya iaitu “Faya ‘aj...

RIBUAN HADIR MEMBANJIRI CERAMAH PASCA BERSIH 2.0 NEGERI PERAK

Imej
Rabu, 13 Julai 2011 12:33 Mohd Hafez Sabri   42 Share IPOH 13 Julai, lebih 5 ribu orang telah hadir membanjiri Ceramah Pasca Bersih Peringkat Negeri Perak yang diadakan di Bukit Jana Kamunting, Taipi ng semalam. Sambutan diluar jangkaan itu mungkin disebabkan ‘aura ‘ Himpunan Bersih 2.0 yang masih kuat dalam kalangan masyarakat ketika ini. Ceramah tersebut disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfuz Omar, AJK PAS Pusat Dato’ Seri Nizar Jamaluddin, Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain dan penceramah khas daripada Kuala Lumpur yang juga anak saudara kepada Allahyarham Baharudin yang meninggal ketika menyertai Himpunan Bersih Sabtu lalu. Ustaz Abu Bak ar Hussain telah mendeklimasikan sajak nukilan Sasterawan Negara, A Samad Said pada malam itu. Pada ucapan yang penuh bersemangat, Dato’ Seri Nizar mengutuk sekeras – kerasnya kekejaman polis k...

Sepuluh sebab kenapa bukan Islam sokong PAS

Imej
Posted on Monday, June 13 @ 01:23:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu Oleh: wan_jtk " Anthony Dass Joseph   Dalam Facebooknya menulis 10 perkara yang menunjukkan beliau amat memahami Kelebihan PAS melibatkan diri dalam dunia siasah dan politik di Malaysia. http://www.facebook.com/profile.php?id=605209834 Satu perkara terlintas di hati saya "tuan   Anthony Dass Joseph   lebih yakin dengan PAS dari golongan sesetengah Muslim " Saya tak tahu peranan dia dalam Pas tapi mungkin beliau seorang ahli DHPP- Dewan Himpunan Penyokong PAS by  Anthony Dass Joseph   SEPULUH SEBAB KENAPA BUKAN ISLAM SOKONG PAS. 1) Negara Malaysia akan dapat hayati Kemurnian Agama Islam kepada seluruh bangsa Malaysia. 2) Negara Malaysia akan dapat satu penyelesaian dalam masalah sosial. 3) Negara Malaysia akan dapat menghayati Kerajaan yang bebas dari rasuah. 4) Jenayah akan di hapuskan melalui Hukum Hakam Hudud. 5) PAS akan mengamalkan Keadilan kepad...

UMNO HANYA ADA SATU SENJATA - MOHD SABU

Imej
Dilulus untuk paparan oleh PenggaliKubur   SHAH ALAM 10 JUN : Setelah pelbagai usaha dilakukan untuk 'menghapuskan' seteru politik mereka, Umno-Barisan Nasional kini hanya memiliki satu sahaja lagi senjata iaitu isu perkauman. Menurut Timbalan Presiden PAS yang baru, Mohamad Sabu, sejak sebelum mahupun selepas merdeka, Umno menggunakan pelbagai cara untuk menentang lawan mereka termasuk Burhanuddin Hilmi, Haji Abbas, Ahmad Bustamam dan ramai lagi dengan mengaitkan mereka dengan komunis. Malah peristiwa bagaimana seorang ulama ditumbangkan oleh regim Umno dalam tragedi Kampung Memali tentunya masih berbekas di hati rakyat. Walau bagaimanapun, meski sudah ramai musuh yang ditewaskan, termasuk yang ditahan di bawah akta zalim, Umno kian buntu mencari jalan untuk menghalang kebangkitan rakyat apatah lagi dengan bersatunya Parti Islam Se-Malaysia (PAS), DAP dan KEADILAN di bawah Pakatan Rakyat. " Sekarang ini yang tinggal kepada mereka hanyalah perkauman seba...

SIAPA KATA PAKATAN RAKYAT KALAH DI SERAWAK

Imej
Dalam keadaan pertandingan di atas padang yang tidak sama rata...   Dalam keadaan media arus perdana milik mereka dan dipergunakan dengan hebatnya...   Dalam keadaan Suruhanjaya Pilihanraya dikuasaai mereka dengan taktik-taktik terbaru bagi mengelak penipuan dikesan...   Dalam keadaan undi pos milik mereka semuanya... saya ulang, semuanya...   Dalam keadaan bilion-bilion ringgit sumber kewangan negara yang tidak sepatutnya menjadi gula-gula kempen telah dipergunakan oleh mereka demi untuk meraih undi sokongan...   Dalam keadaan jutaan ringgit ditaburkan ke seluruh bumi kenyalang dengan tawaran RM50, RM30 malah ada yang menghina rakyat negeri Sarawak dengan menawarkan RM20 supaya mengundi parti regim jahat...   Dalam keadaan mereka menggunakan fitnah jahat ke atas ketua pembangkang dengan politik lucah yang melampau...   Dalam semua keadaan di atas, mereka Barisan Nasional tidak berjaya merampas walau satu kerusi pe...

Kenapa Bob Lokman sertai PAS !!

Imej

BOB LOKMAN BUAT KEJUTAN ..TAKBIRRR

Imej

DAP BELA WANITA ISLAM DARI DI HINA MCA

Imej

Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa.

Imej
Kerana bilik gerakan terlindung gerai jadi mangsa Harakahdaily    LABIS, 26 Jan: Kerana bimbangkan bilik gerakan mereka terlindung oleh sebuah kedai di Felda Tenang, kedai makan milik seorang peniaga ikan telah dirobohkan baru-baru ini. ( GAMBAR ATAS: BONGKAK .. .Keadaan tapak kedai selepas dirobohkan iaitu gambr pada 23 Januari. Semacam satu penyataan Umno berjaya menjajah tapak ini apabila bendera parti itu dipacakkan sekeliling tapak kedai yang disewa Norehan selepas dirobohkan .) Kejadian yang berlaku pada 21 Januari lalu itu sampai kini masih tidak boleh dilupakan oleh Encik Norehan, 39 bersama isterinya. Ini kerana, kedai makan petang dan malam ini menjadi sumber rezeki utama bagi keluarga mereka. Kedai tersebut telah disewa oleh Norehan dan dikendalikan oleh isterinya untuk berniaga kedai makan bermula petang (minum petang seperti goreng pisang, kuih muih dan sebagainya) sehingga malam (masakan panas). Ia ...

Janji 100 hari BN resah - Us Idris

Pemimpin umno Bn gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diistihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN  termasuk daripada NGO umno  menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk  kepada struktur ekonomi negara .  Pas merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin umno Bn yang menuduh ini suatu  usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir,   seperti  kerajaan  Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak  dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat  jika diberikan mandat untuk ...

Kerja Dok Taboq Fitnah Nie Tak lain Tak Bukan Puak Tuuu Laa....

Imej
25 November 2010 DAP Ancaman Ummat Islam - Misbahul Munir Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu (Umnolah ! siapa lagi - alhusseyn) untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan menyibarkan beberapa risalah yang berbentuk fitnah bagi tujuan meracuni pemikitan rakyat. Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘ DAP Ancaman Ummat Islam ’ yang di edarkan ke masjid-masjid di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat. “Risalah tersebut bertujuan meracuni pemikiran orang ramai dan amat jelas mahu mengapi-apikan sentimen keugamaan dan perkauman,” kata Misbah. Beliau turut menjelaskan bahawa dibuku tersebut mencatatkan kononnya ia dikeluarkan oleh Gabungan Professional Islam dan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah bagi tujuan untuk mempengaruhi ummat Islam. “ Ini perbuatan yang sangat memalukan dan sangat keji lagi tidak bertanggung jawap , hing...

BALAK UNTUK ORANG MISKIN , BUKAN ORANG POLITIK

Imej
PENDAHULUAN Balak merupakan pemberian Allah kepada sesuatu kerajaan atau negara yang mempunyai hutan. Pada zaman dahulu, ia tidak dikira sebagai sesuatu yang menghasilkan kewangan yang banyak. Mungkin faktor kayu tidak menjadi bahan terpenting, menyebabkan ia tidak menjadi satu perkara yang penting. Keadaan kini berbeda. Ini kerana, kayu sudah menjadi satu industri yang menguntungkan, malahan memberi kekayaan. Apabila kayu sudah menjadi sesuatu keperluan yang agak tinggi, menyebabkan balak menjadi satu industri perniagaan yang cukup menguntungkan. Di Malaysia, balak berada dalam kawasan hutan yang berada dibawah kekuasaan kerajaan negeri. Sesebuah kerajaan yang mempunyai hutan, selalunya mendapat sumber kewangan yang cukup lumayan melalui sumber hutan ini. Namun begitu, tidak ramai yang berfikir, bahawa sumber hutan ini merupakan hak rakyat atau kerajaan, bukan hak milik individu atau parti, atau ahli politik tertentu. KHALIFAH FIL ARD Dalam Islam, sesebuah negeri yang diperi...