Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Ahli Parlimen PAS PRU 12

Pada Pilihanraya ke 12, PAS menang di 23 kawasan Parlimen daripada 66 kawasan. Sembilan di Kelantan, Satu di Terengganu, Dua di Perak, Satu di Wilayah Persekutu Kuala Lumpur, Enam di Kedah dan Empat di Selangor . 1. Dato Seri Abdul Hadi Awang , Presiden PAS menang di Marang mengalahkan Calon BN, Ahmad Ramzi bin Mohamad dengan majoriti 2,747. Tuan Guru Abdul Hadi memperolehi 33,435 undi manakala Ahmad Ramzi memperolehi 30,688 undi. 2. Haji Nasharudin Mat Isa , Timbalan Presiden PAS menang di Bachok mengalahkan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Dr Awang Adek Hussin dengan majoriti 2901 undi. Ustaz Nasharudin memperolehi 28,835 undi manakala Dr Awang Adek memperoleh 25,934 undi. 3. Dato’ Kamarudin Jaffar , Setiausaha Agung PAS, menang buat penggal ketiga di Tumpat mengalahkan Calon BN, Dr Asyraf Wajdi bin Dusuki dengan majoriti 9,377. Dato’ Kamarudin memperoleh 36,714 undi manakala Asyrah memperoleh 27,337 undi. 4. Salahuddin Haji Ayub , Ketua Dewan pemuda PAS Pusat menewaskan pencabarnya ...

DOSA DATANG DALAM 4 PERINGKAT

Imej
Oleh az78nfs " Dosa Peringkat Pertama Seseorang membuat dosa serta lambat menyesali perbuatannya atau pun lambat bertaubat atas dosanya. Ini adalah peringkat awal bagi orang yang membuat dosa. Jika seseorang itu berterusan membuat dosa pada peringkat pertama ini, maka ia akan secara automatik akan naik kedosa peringkat kedua. Dosa Peringkat Kedua Seseorang itu akan membuat dosa dan tidak merasai apa-apa diatas perbuatannya. Peringkat ini amat bahaya kerana ianya adalah bibit-bibit permulaan yang boleh menggugurkan iman seseorang. Dosa Peringkat Ketiga Seseorang itu membuat dosa dan merasa bangga dengan perbuatan dosanya. Peringkat ini akan sampai kepada suatu situasi dimana orang yang membuat dosa mula merasa sombong, bongkak dan riak Ucapannya juga akan membawa kepada unsur MURTAD. Contohnya ucapan, "Aku minum arak ni biasa ajee..setakat sebotol tak mabuk lagi. "Selepas peringkat ini seseorang itu akan sampai ke peringkat keempat. Dosa Peringkat Keempat Seseorang itu ...

CINTA KEPADA RASULULLAH

Imej
Dari Anas radhiallahu anhu , dari Nabi shallallahu alaihi wasalam , bahwasanya beliau shallallahu alaihi wasalam bersabda: "Tidaklah (sempurna) iman salah seorang di antara kalian sehingga aku lebih dicintainya daripada orangtuanya, anaknya dan segenap umat manusia." (Muttafaq Alaih) Saat ini, di tengah-tengah masyarakat sedang rancak berbagai aktiviti yang mengatasnamakan cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam .Kecintaan kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasalam adalah perintah agama. Tetapi untuk melahirkan cinta kepada Rasulullah shallallahu alaihi wasalam tidak boleh kita lakukan menurut selera dan hawa nafsu kita sendiri. Sebab jika cinta Rasul shallallahu alaihi wasalam itu kita lahirkan secara serentak tanpa menghiraukan syari'at agama maka bukannya pahala yang kita terima, tetapi malahan mendatang dosa.Dengan berpandukan kepada hadits shahih di atas, mari kita membahas perkara-perkara berikut ini: Kewajiban cinta kepada Rasul shallallahu alaihi wasalam , kenapa...

JANGAN BERI SOKONGAN KEPADA ORANG ZALIM

Imej
Allah berfirman: كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ Kalian (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang ditampilkan bagi (faedah) umat manusia umumnya, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang segenap perkara yang salah (buruk dan keji), di samping kamu beriman kepada Allah (dengan keimanan yang sebenar). Dan seandainya Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu lebih baik untuk mereka. (Tetapi sayang) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. Pendahuluan Umat Islam menjadi umat terbaik di sisi Allah kerana mereka menyuruh yang ma’ruf dan mencegah kemunkaran di samping mereka beriman kepada Allah.(Ali Imran 110) Dengan perkataan lain kerana mereka menjadi pengikut ...

Faktor Kejayaan Abadi

Imej
بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد الله رب العالمين ، والعاقبة للمتقين ولا عدوان الا على الظالمين ، أشهد أن لا اله الا الله وحده لا شريك له ،له الملك وله الحمد وهو على كل شىْ قدير. وأشهد أن محمدا رسول الله، الرحمة المهداة، والنعمة المسداة، والسراخ المنير ، اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد، وعلى آله وأصحابه والتابعين إلى يوم الدين، أما بعد : Sidang jumaat yang dirahmati oleh Allah sekelian; Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan juga sidang jumaat sekelian; marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa sepertimana yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala dalam firmanNya; ياايهاالذين أمنوا اتقوا الله حق تقاته ولاتموتن الا وأنتم مسلمون “Wahai sekelian orang-orang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan takwa yang sebenar-benarnya. Dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan kamu sebagai seorang muslim”. Seorang sahabat Nabi s.a.w. iaitu Ibnu Mas'ud pernah berkata pada suatu hari kepada anak saudaranya; “Wahai anak saudaraku! Tidakkah kamu lihat ala...

Antara Kelantan,Kedah,Penang,Perak & Selangor

Zaharuddin Abd Rahman http://www.zaharuddin.net/ "Antara kerajaan pimpinan PAS di Kelantan dan Kedah, DAP & PKR di Pulau Pinang dengan kerajaan pimpinan gabungan PAS, DAP & PKR di Selangor dan Perak, mana yang ustaz lebih yakin akan berjaya memperkenalkan kerajaan bersih dari rasuah dan lain-lain jenayah kepimpinan?" Demikian tanya seorang pelajar sarjana kepada saya. Soalan yang sukar dijawab dengan tepat tetapi masih boleh memberi pandangan. "Ada banyak pro dan kontra" jawab saya secara ringkas dan mengambil jalan selamat. "Contohnya ustaz, saya serius nak tahu ni" Desak pelajar tadi. " Tak nak bezakan kerajaan tu dengan yang diperintah oleh BN ke?" Tanya saya pulak. "tak mahu, itu dah basi...saya nak tahu antara lima ini aja" katanya sambil senyum dan memasukkan handphonenya ke dalam poket baju melayunya. "Apa pandangan anta sendiri?" Soal saya semula "Ana tiada idea yang konkrit buat masa ini dan ana lebih suk...

TIDAK BOLEH MENGKAFIRKAN MUSLIM

لا نكفر مـســلمـا أقر بـالشـهـادتـيـن و عمل بـمقـتـضـاهـما و أدى الـفـرائض - برأى أو معصية - إلا * أقـر بكلمة الكفر * أو أنكر معلوما من الدين بالضرورة * أو كذب صريح الـقرآن * أو فـســره على وجـه لا تحـتـمله أسـالب اللغة العـربية بـحـال * أو عمل عملا لا يـحـتمـل تـأويـلا غـيـر الكفر “ Kita tidak mengkafirkan seorang muslim yang berikrar dengan dua kalimah syahadah, malaksanakan tuntutan - tuntutan keduanya dan menunaikan perkara fardhu dengan berdasarkan pendapat dan maksiat yang dilakukannya . Melainkan : - Ia berikrar dengan mana - mana kalimah kekufuran . - atau ia menginkari suatu yang pasti dalam ugama . - atau ia mendustai ayat Al quran yang terang dan jelas . - atau ia menafsirkan Al quran dengan penafsiran yang tidak bertepatan dengan uslub bahasa arab . - atau ia beramal dengan amalan yang tidak ada perkiraan lain kecuali kufur ”. ULASAN . Kafir mengkafir adalah fenomena ngeri yang memberi kesan mendalam terhadap kejernihan perpaduan ummah . Melontar tuduhan melulu , sipolan ka...

KHUTBAH JUMAAT : AQIDAH ADALAH ISU SEMASA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt .Ummat Islam hari ini , semakin luntur kelestarian aqidah mereka. Bukan sahaja Isu Lina Joy , Hartina Kamarudin dan Aishah Bukhari , bahkan hari ini dapat kita saksikan ratusan ribu ummat Islam murtad .Memakai salib menjadi trend anak – anak muda melayu hari ini , khasnya di Lembah Kelang , amnya di seluruh Negara termasuk negeri kita .Hampir di seluruh Bandar , terutamanya pada malam minggu , kita akan dapat menyaksikan bagaimana surutnya agama ke paras bahaya , dikalangan umat Islam dewasa kini .( Jika di Lembah Kelang , saudara boleh menyaksikan fenomena ini di jln P. Ramlee , Jalan Pinang , City Square , Bukit Bintang dll )Saudara Muslimin sekelian .Usaha memurtadkan ummat Islam bukanlah perkara baru bahkan ia tidak pernah berakhir .Bermula sejak zaman Saidina Abu Bakar rha , gejala riddah telah muncul dengan Musailamatul Kazzab mengaku menjadi nabi selepas Nabi kita Muhammad saw.Demikian juga Aswad Al Ansi , Thulaihah bin Khuwailid dan lain –...

ZAKAT DAN INFAQ : HUBUNGAN DENGAN HARAKAH ISLAMIAH

بسم الله الرحمن الرحيم فأحســـن الــكلام كلام الله و أحســن الهدى هدى محمد صلى الله عليه و سلم ألا و إياكم و محدثات الأمور فإن شـر الأمور محدثاتها و كل محدثات بدعة كل بدعة ضلالة و كل ضلالة فى النار . MUQADDIMAH . Zakat dan Infaq adalah sebuah institusi yang berfungsi penting ke arah membina kekuatan luaran dan dalaman bagi sebuah Harakah Islamiyyah .Justeru zakat membekalkan keupayaan Maaliah ( ekonomi ) untuk melengkapi kekuatan yang diperlukan oleh sebuah Harakah Islamiyyah yang beraksi membebaskan ummah dari belenggu Jahiliyyah dan serentak itu berusaha membina Daulah Islamiyyah di atas runtuhan Jahiliyyah tersebut . Kekuatan Maaliah antara pelengkap kepada kekuatan yang mesti disediakan oleh Harakah Islamiyyah berasaskan perintah Ilahi : Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh...