KHUTBAH JUMAAT : AQIDAH ADALAH ISU SEMASA

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt .Ummat Islam hari ini , semakin luntur kelestarian aqidah mereka. Bukan sahaja Isu Lina Joy , Hartina Kamarudin dan Aishah Bukhari , bahkan hari ini dapat kita saksikan ratusan ribu ummat Islam murtad .Memakai salib menjadi trend anak – anak muda melayu hari ini , khasnya di Lembah Kelang , amnya di seluruh Negara termasuk negeri kita .Hampir di seluruh Bandar , terutamanya pada malam minggu , kita akan dapat menyaksikan bagaimana surutnya agama ke paras bahaya , dikalangan umat Islam dewasa kini .( Jika di Lembah Kelang , saudara boleh menyaksikan fenomena ini di jln P. Ramlee , Jalan Pinang , City Square , Bukit Bintang dll )Saudara Muslimin sekelian .Usaha memurtadkan ummat Islam bukanlah perkara baru bahkan ia tidak pernah berakhir .Bermula sejak zaman Saidina Abu Bakar rha , gejala riddah telah muncul dengan Musailamatul Kazzab mengaku menjadi nabi selepas Nabi kita Muhammad saw.Demikian juga Aswad Al Ansi , Thulaihah bin Khuwailid dan lain – lain lagi turut mencetus fenomena riddah di zaman itu .Usaha memurtadkan ummat Islam nyata tidak pernah menunjuk tanda ianya akan berakhir di dalam sejarah panjang ummat ini .Kita lihat di era penjajahan kuasa barat seperti British , Perancis, Sepanyol , Belanda , Italy , German dan Portugal , mereka bukan sahaja menjajah tanah air ummat Islam bahkan turut memesongkan aqidah Ummah .Sebagai contoh bagaimana British dengan slogan angkuh mereka untuk mewujudkan Pax-Britanica melaungkan : “ The sun is never set in the British ” telah menjajah Tanah Melayu , Benua kecil India , Iran , Iraq , Palestine , Mesir , Sudan , Nigeria dan lainnya .Mereka telah menubuhkan sekolah – sekolah missionary Kristian di seluruh tanah jajahan mereka .Alhamdulillah , sungguhpun begitu , ada ulama’ dan pemuda – pemuda Islam yang bangkit menentang hasrat mereka untuk menjajah tanah , akhlak dan aqidah ummat Islam .Nigeria mengemukakan tokoh terkemuka mereka Othman den Fodio untuk memimpin kebangkitan ummah , Palestine menampilkan Shaikh Mohd Amin Al Husaini , di Mesir lahir Tokoh Mujaddid , Imam Hassan Al BannaItaly pula ditentang hebat oleh Shaikh Umar Mokhtar di Libya yang akhirnya syahid di tali gantung , Sementara sejuta syuhada gugur di Algeria , di bawah pimpinan Sheikh Abdul Qadir Al Jazair , menentang penjajahan Perancis .Maghribi turut menyaksikan kehebatan Syeikh Abdul Karim Khattabi memimpin ummat islam menentang Perancis .Imam Diponegoro di dalam Perang jawa pada tahun 1825 , telah memimpin ummat Islam Indonesia menentang penjajahan Kristian Belanda .Sementara di tanah Melayu Negara kita , ummat berbangga dengan keberanian Tuan guru Hj. Abdul Rahman Limbung dan Tuan Guru Hj. Hassan bin Munas memimpin ummat Islam menentang penjajahan Inggeris .Saudara Sidang Jumaat Sekelian .Malang menimpa ummah dewasa ini , apabila gerakan menghancurkan aqidah ummah berlangsung , dalam keadaan tiada lagi pahlawan Islam terbilang , bangkit memimpin ummah menentang gerakan tersebut.Sedang Nabi saw. pernah menegaskan :
أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَقُوْلُوْا لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله فَإِذَاقَالُوْا لاَ إِ لَهَ إِلاّ الله عَصَمُوْا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَ أَمْوَالَهُمإِلاّ بِحَقِّهَا وَ حِسَابُهُمْ عَلَى الله
Aku diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka berkata “tidak ada tuhan melainkan Allah” , apabila diucapkan “tidak ada Tuhan melainkan Allah” maka darah dan harta mereka terpelihara , kecuali dengan haknya dan Allah yang memberi ganjarannya.Saudara Muslimin sekelian .Negara kita hari ini sedang menghadapi saat yang sangat getir dan aqidah ummah dalam keadaan terancam apabila gerakan memurtadkan ummat Islam telah mula menunjuk wajah secara terbuka dengan menggunakan saluran undang – undang Negara, Hak asasi manusia dan Hak kebebasan beragama .Kumpulan IFC dan kumpulan Artikel 11 kini mula bergerak aktif dengan mengadakan seminar dan forum rakyat bagi mencambahkan kekeliruan ummah berhubung dengan hak kebebasan beragama .Malah lebih jauh , apabila mereka jua turut memperjuangkan agar semua kes , termasuk kes agama seperti murtad dan sebagainya , tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Syariah tetapi di mahkamah Sivil .Kumpulan IFC , dalam objektif penubuhan mereka jelas menunjukkan perjuangan mereka kea rah memurtadkan ummat Islam di Negara ini .Demikian juga dengan tuntutan mereka yang dibuat melalui IFC ini :1. Seseorang anak yg dilahirkan oleh Ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam2. Orang – orang bukan Islam yang telah memeluk agama Islam , hendaklah memberi kebebasan untuk kembali kepada agama asal mereka ( murtad ) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang – undang .3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam , kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh Mahkamah Syariah tetapi dikendalikan oleh Mahkamah Sivil .4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam .5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam ( murtad ) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa – apa tindakan undang – undang .6. Seseorang atau pasangan suami Isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak .7. Orang – orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam , hendaklah diberikan hak menuntut harta pesakanya selepas kematiannya .8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk mebina dan menyelenggara rumah – rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang sama untuk masjid . kerajaan juga perlu membenarkan pembinaan rumah – rumah ibadat orang bukan Islam tanpa perlu adanya peraturan tertentu .9. Orang – orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan – perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.10. Bibel dalam bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka .11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah .12. Program – program berunsur Islam dalam bahasa Ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan . Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing – masing .13. Orang – orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang – orang bukan Islam .14. Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah .Sidang Jumaat sekelian .Bahaya Kumpulan IFC dan Artikel 11 ini ialah :Membuka ruang seluas – luasnya untuk orang bukan Islam mencampuri hal ehwal agama Islam.Menjadikan undang – undang Allah mesti tunduk kepada norma – norma antarabangsa seperti hak asasi manusia dan hak kebebasan beragama yang difahami secara salah , dicipta oleh manusia yang menjejaskan aqidah .Membuka jalan bagi ummat Islam murtad tanpa sebarang implikasi undang – undang .IFC berhak menentukan status agama seseorang .Saudara Muslimin sekelian :Allah swt. telah mengingatkan kita :
ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منهوهو في الآخرة من الخاسرين
Barangsiapa yang mencari cara hidup yang lain , selain Islam maka ia ditolak ( tidak diterima ) dan ia terdiri dikalangan orang – orang yang rugi ( masuk neraka ) di akhirat kelak .Justeru itu , menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita memelihara dan mempertahankan kesucian agama , daripada dipermainkan dan dipersenda oleh musuh Islam yang sekian lama menyimpan dendam terhadap islam .Firman Allah swt :
لتجدن أشد الناس عداوة للذين آمنوا اليهود و الذين أشركوا
Nescaya kamu akan dapati , golongan yang paling hebat menentang dan memusuhi orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah swt.Sidang Jumaat yang dirahmati Allah swt.Kita tidak mempunyai banyak masa lagi , Kepada golongan yang asyik berwacana membidaahkan golongan lain, mencari kesalahan silam, mengungkit-ungkit perkara furu' yang sebenarnya ada cara penyelesaian jika kita bijak memahami aspirasi sebenar Nabi SAW, silalah sedar bahawa keadaan ini adalah antara nokhtah yang menjustifikasikan kepada keberhasilan serangan terhadap aqidah Islam ini.Kelekaan kita menghentam perkara yang boleh diketepikan disaat umat tenat ( seperti kes menghentam Iran dalam usaha Iran berdepan dengan Amerika Syarikat hanya disebabkan mereka Syiah,kes menghentam Ibnu Ishaq serta banyak lagi perkara yang sebenarnya bukan polemik, tetapi dipopular semula oleh golongan ini ) adalah suatu yang amat menjelekkan.Kepada golongan yang pasif terhadap isu umat Islam akibat leka dengan tersingkirnya Amirul daripada AF4,leka dengan saman yang dikenakan kepada Dato' K lebih daripada kes Lina Joy,leka dengan Gaun Cinderella Siti, maka kita adalah agen pemula dan pembina sejarah keterhakisan Melayu sebagai penganut Islam setia sejak era mubaligh Islam Malikul Salleh.Fenomena murtad yang melanda negara hari ini adalah Isu Aqidah dan ia adalah isu semua ummah tanpa mengira perbedaan latar belakang politik , ekonomi dan bangsa .Marilah sidang jumaat sekelian , kita bangkit penuh keinsafan demi memelihara aqidah suci ini .

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI