PEMELIHARAAN BABI PADA PANDANGAN ISLAM

Babi merupakan binatang yang dikira najis disisi Islam. Penentuan najis itu disebut oleh Allah dalam firman-Nya;
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ
Maksudnya; “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah dan daging babi” (Surah Al-Baqarah : 173)
Firman Allah ini, menjelaskan kepada kita bahawa babi merupakan makanan yang haram dimakan[1]. Pengharaman ini dikhususkan kepada orang islam, bukan kepada non muslim. Apabila babi sudah menjadi makanan non muslim, wajib bagi pihak kerajaan Islam memberi kebebasan kepada mereka dalam menentukan makanan mereka sendiri walaupun makanan tersebut haram dimakan oleh orang islam[2]. Menghalang kebebasan Non Muslim dalam menentukan makanan yang dihalalkan oleh agama mereka merupakan tindakan yang zalim dari sudut syariah islamiyyah. Hal ini diakui oleh seorang ulama bermazhab Hanafi bernama Al-Kasani dengan katanya;
فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ
Maksudnya; “Dalam negeri atau tempat yang bukan penempatan orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi[3]
” Maka dengan itu, apabila babi merupakan makanan non muslim, sebagai kerajaan Islam, tidak selayaknya pihak kerajaan mengharamkan non muslim menjadikannya sebagai makanan. Apabila babi sudah menjadi makanan non muslim, sudah pasti wujudnya ladang ternakkan babi. Terlebih penting lagi, apabila sudah wujud babi yang sudah diternak, tetapi disebabkan cara ternakkan itu tidak dikawal, maka menjadi kewajipan dari pihak kerajaan Islam mengawal cara ternakkan agar ianya tidak memudharatkan kepada rakyat yang merupakan penghuni dalam kerajaan. Lantaran itu, melihat kepada tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang cuba melaksanakan kawalan babi dengan menyediakan satu ladang khusus yang memakan belanja sebanyak 100 juta ringgit, ini merupakan tindakan yang tidak bercanggah dengan Islam, bahkan ianya perkara yang sewajibnya dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Ditambahi lagi, projek pembinaan bagi mengawal ternakan babi itu, disediakan dengan teknologi hebat, seperti teknologi yang diambil di Jerman, disamping keberkesanan disebalik teknologi ini diakui sendiri oleh Jabatan Alam Sekitar. KEIZINAN BERSYARAT Walaupun Islam memberikan hak kepada non muslim untuk makan makanan yang halal disisi agama mereka, dan sebagai kerajaan pula, wajib memberikan hak kepada mereka dalam mereka mengurus urusan makanan mereka. Pun begitu, keizinan itu masih lagi tertakluk dengan syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pihak kerajaan. Antara syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut;
1. Pastikan tidak mencemarkan persekitaran. Apabila pihak kerajaan sudah mengizinkan kepada pihak non muslim mengurus urusan makanan mereka, seperti babi, maka pihak kerajaan wajib memastikan alam sekitar tidak tercemar. Menjaga alam sekitar dari tercemar merupakan satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh pihak kerajaan islam. Ianya adalah bersebab, Islam melihat kebersihan itu merupakan sebahagian daripada iman. Sabda Nabi SAW;
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ
Maksudnya; “Sesungguhnya Allah itu baik, dan suka kepada kebaikan, dan Dia adalah maha bersih dan suka kepada kebersihan[4]
2. Pastikan ternakan babi itu tidak membawa penyakit Sebagai kerajaan, apabila telah diberikan kepada non muslim menternak babi, pastikan ternakan babi itu tidak menjadi punca penyakit mudah merebak. Sabda Nabi SAW;
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Maksudnya; “Tidak boleh memberi mudharat pada diri, dan tidak boleh memberi mudharat kepada orang lain[5]
3. pastikan orang Islam tidak makan babi Sebagai kerajaan yang menjaga kemaslahatan manusia, samada muslim dan non muslim, wajib dari pihak kerajaan memastikan bahawa, penternakan babi itu tidak menyebabkan orang islam juga terjebak kepada makan daging babi. Sebagai kerajaan, hendaklah dipastikan makan daging babi itu berlegar dikalangan non muslim sahaja. Firman Allah;
إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ
Maksudnya; “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah dan daging babi” (Surah Al-Baqarah : 173)
4. pastikan agar makanan umum tidak terjebak dengan babi apabila sudah wujud ladang ternakan babi yang hebat, dibimbangi segala makanan yang melibatkan makanan umum, iaitu makanan yang dimakan oleh muslim dan non muslim, terjebak dengan unsur-unsur babi. Justeru itu, apabila pihak kerajaan telah memberikan hak kepada non muslim menternak babi, maka hendaklah dipastikan segala makanan yang berbentuk umum dimakan oleh muslim dan non muslim tidak terjebak dengan babi, seperti ajinomoto, makanan ringan dan sebagainya.
5. kehadiran ladang babi tidak mencacatkan syiar negara. Kehadiran ladang babi itu, hendaklah sekadar menjadi keizinan pihak kerajaan terhadap non muslim terhadap makanan mereka. Maka dengan itu, tidak selayaknya dengan kehadiran ladang babi itu menyebabkan pihak kerajaan menjadikannya sebagai bahan yang boleh merosakan imej negara. Dengan demikian, merupakan satu tindakan yang haram, jika dengan kehadiran ladang babi menyebabkan kerajaan menjadi sebagai pengeksport babi terbesar, kerana dengan mengeksport itu akan menyebabkan imej negara tercalar. Hal ini diakui oleh kebanyakan ulama fiqh, yang mereka menyebut;
حريتهم فى اللباس و الطعام و الشراب بشرط عدم استثارة شعور المسلمين أو أشعارهم بالتحدي أو أن يكون ذلك مؤديا إلي الفتنة و الفساد
Maksudnya; “Kebebasan mereka (non muslim) pada pakaian, makanan dan minuman dengan syarat tidak terkesan pada syiar orang islam, ataupun syiar mereka tidak mencabar syiar Islam atau kebebasan mereka itu tidak membawa kepada fitnah dan kebinasaan[6]

Al-Bakistanihttp://al-bakistani.blogspot.comabu_abdillah_azzam@yahoo.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI