Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2008

BENARKAH INSURAN HARAM MENURUT ISLAM

Imej
Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Universiti al-Yarmouk, Jordan zaharuddin@yahoo.com 1. MUQADDIMAH Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya. Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :- 1. Pembahagian insuran. 2. Perbezaan Fatwa Ulama’ mengenai hukum insuran 3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram? 4. Apakah dalil para Ulama yang mengharuskannya dan syarat untuk menyertainya? 5. Alternatif Islam dalam hal Insuran. Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ terutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu di sekitar tahun 1666 M di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat tah...

RIBA

Imej
DefinasiKata “riba” bererti bertambah, subur atau lebih. Di antara pengertian atau definasinya menurut hukum syarak ialah : 1. Akad bagi membuat pertukaran barang yang tertentu tidak diketahui persamaannya mengikut kiraan syarak ketika akad atau diketahui persamaannya tetapi dengan menangguhkan kedua-dua tukaran itu atau salah satunya. 2. Pertambahan pada pertukaran emas dan perak juga pada jenis-jenis benda makanan. Hukum Perbuatan Riba Perbuatan riba hukumnya haram dan berdosa besar. Di antara ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menunjukkan haram dan kotornya perbuatan riba ini adalah seperti berikut : Ertinya : Dan Allah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba. Ertinya : Wahai orang-orang yang beriman ! Takutlah kepadaAllah dan tinggalkan sisa-sisa riba itu, jika kamu orang beriman Daripada Ibni Masud.Ertinya : Bahawa Nabi s.a.w. melaknanti pemakan riba, pemberinya, saksinya dan juru tulisnya. Daripada Jabir r.a. Ertinya : Melaknati Rasulullah s.a.w. memakan riba, pemberin...

TUKAR BAJU ELAK GANGGUAN SEKS

Imej
“ Tukar Baju untuk Elak Gangguan Seks “ Cadangan dan gesaan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) terhadap Kementerian Pelajaran agar menukar baju putih yang menjadi uniform pelajar sekolah sebelum ini kepada pakaian berwarna agar tidak menarik perhatian mata lelaki yang mengundang jenayah seksual adalah suatu yang sangat baik dan wajar . Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan sokongan yang tinggi terhadap cadangan tersebut dan turut mendesak agar pihak Kementerian Pelajaran segera mengambil tindakan sesuai dengan tuntutan agama yang mendidik agar kita senantiasa menutup apa jua ruang dan peluang yang menghela ke arah jenayah dan mungkar . ( Sadduz Zarai’ ) Peningkatan jenayah dan gangguan seksual dikalangan pelajar sekolah semakin parah dan membarah. Pihak Kementerian tidak sewajarnya memandang sebelah mata dan hanya mengeluh setiap kali kes baru membabitkan jenayah seksual pelajar sekolah dilaporkan. Islam telah menggariskan etika berpakaian dan imej penampilan bagi mengur...

MAKANAN DI HOTEL YANG SYUBHAT DAN HARAM

Imej
Berikut adalah petikan berita dari web PPIM ( HASIL TULISAN DR AZWAN http://drazwan.blogspot.com/ . ) Pada hari Ahad yang lepas, sekiranya anda mendengar siaran Radio 24 bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada jam 2 pm, terdapat satu wawancara yang sangat menarik di antara Pengulas Radio 24, wakil PPIM dan 2 orang Chef.Isu ini begitu menarik sehinggakan saya terasa rugi jika tidak mendengar celoteh mereka walaupun hanya hendak bangun ke tandas. Isu kepenggunaan kali ini ialah tentang Halal atau Tidak Halal Makanan yang Dihidangkan di Hotel 5 bintang.Seperti yang kita maklum, waktu orang Islam berpusu-pusu untuk makan di Hotel 5 bintang ialah ketika bulan Ramadhan. Bukan sahaja individu, malah syarikat-syarikat juga menjamu pekerja-pekerja dan pelanggan masing-masing di Jamuan Berbuka Puasa di Hotel 5 bintang. Maklumlah, Setelah penat dan lapar berpuasa pada siangnya, tentulah waktu untuk berbuka itu sewajarnya diiringi dengan juadah-juadah yang lazat dan sedap. Tetapi jan...

TANDA SUJUD DI DAHI

Imej
Soalan Melaksanakan solat yang menjadi tiang agama hakikatnya, mendatangkan ketenteraman jiwa dan kebahagian hidup, sekali gus terpancar di wajah. Bagaimana boleh dibuktikan menerusi ayat al-Quran dan sunah Rasulullah SAW? Jawapan UZAR Benar solat adalah tiang dan asas kepada agama berdasarkan hadith: رأس الأمر الاسلام وعموده الصلاة Ertinya : "Kepala urusan (kehidupan) ini adalah Islam dan tiangnya adalah solat" (Riwayat Ibn Majah dan An-Nasa'ie dalam As-Sunan Al-Kubra; Al-Albani dan Al-Arnauot : Hadis sohih ) Ia juga jika ditunaikan dengan ilmu dan khsuyu'nya adalah menghasilkan rasa kemanisan iman dan ketenangan sebagaiamana yang ditegaskan oleh Nabi s.a.w حبب إلي من دنياكم الطيب والنساء وجعلت قرة عيني في الصلاة Ertinya : "Aku suka terhadap beberapa item dalam dunia kamu, iaitu wangian, wanita (iaitu dalam meningkatkan martabatnya berbanding menjadi barang mainan dan dagangan di zaman Jahiliyah) dan dijadikan ketenangan dan kenikmatanku di dalam solat"( ...

MASJID CINA : PEMBONGKARAN KECINAAN SEORANG HANG TUAH

Imej
Ibnu Hasyim:CATATAN SANTAI: Masjid Cina: Pembongkaran Kecinaan Seorang Hang Tuah ‘MANUSIA Mati Meninggalkan Nama’, ‘Nama Menunjukkan Bangsa’ dan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Pepatah petitih Melayu menunjukkan, di mana bangsa itu, jiwanya ialah bahasa dan pertanda kepada sesuatu bangsa ialah nama. Nama atau jasa, itulah yang menjadi sebutan dan bahan sejarah. Mari kita lihat asal-usul Hang Tuah. Mula-mula kita lihat namanya… Satu kajian dibuat dalam perbendaharaan Melayu, terutamanya dalam Kesultanan Melayu Melaka, tidak ada nama yang di awalnya sebutan ‘Hang’ pada nama-nama Melayu, seperti Hang Tuah dan 4 sahabatnya, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Tetapi ‘Hang’ pada nama-nama bangsa Cina, memang ada. Contohnya, yang bermula dari Hang, Tan dan Lee. Itupun bergantung kepada suku kaum asal mereka dari wilayah-wilayah tertentu dari negeri China. Kalau nak dikatakan, ianya adalah gelaran anugerah dari Raja-raja Melayu, itupun tidak benar juga. (Nama Hang Samrin sekarang ada, ...

TEGAKKAN KETUANAN MELAYU

Ironisnya situasi pasca PRU 12 ini apabila pelbagai pihak cuba menjadi juara dalam menangani isu Perpaduan Melayu . Kononnya melayu dilihat terhimpit dan kian terhakis . Keputusan pilihanraya umum baru - baru ini dianggap sebagai indeks yang menunjuk aras kedudukan melayu masa kini . Kekalahan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum yang lalu khasnya di 5 buah negeri yang kini dikuasai oleh PAKATAN dianggap sebagai kejatuhan dan kemusnahan bangsa melayu . Saya nyata sangat tidak bersetuju dengan tanggapan sedemikian , sebaliknya melihat bahawa ini adalah usaha UMNO dan BN untuk menutup atau melindungi aib mereka lantaran kalah teruk dalam PRU 12 tempoh lalu . Menyembunyikan kegagalan mereka ( sehingga kini antara mereka masih bertelagah dalam menuding antara satu sama lain agar mengambil tanggungjawab atas kekalahan mereka ) lalu menganggap melayu dan ketuanannya kini lemah dan tercabar . Bertolak dari isu yang mereka cipta , gelombang kebangkitan dan pemulihan ketuanan melayu mula digerakk...

Maulid Nabi suatu nikmat anugerah Allah kepada kita

Imej
Syeikh Prof Dr Yusuf al Qaradhawi dalam laman khas beliau - baru-baru - ini mengatakan: "Ada beberapa kalangan orang Islam yang menganggap apa sahaja keraian dan peringatan yang berkaitan dengan apa-apa program hari kebesaran Islam seperti hijrah Nabi, maulid , Isra' mi'raj dan lain-lain sebagai bid'ah." Ini tidaklah benar secara mutlak. Apa yang kita tolak ialah sambutan keraian yang disertakan dengan acara-acara yang batil, haram dan maksiat. Tapi kalau ia tidak mengandungi acara acara lagha seperti itu tetapi sebaliknya mengandungi acara yang berfaedah maka tentulah ia suatu yang harus . Apabila kita bercakap mengenai maulid - umpamanya - kita mengingatkan orang ramai tentang nikmat Allah kerana menganugerahkan seorang Rasul kepada kita. Manakala mengingati nikmat ini suatu yang disuruh, Allah berrfirman dalam surah al Ahzab ayat 9-10 yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman, kenangilah nikmat Allah yang dilimpahkanNya kepada kamu. semasa kamu diserang o...