PENTINGNYA TARBIAH

Tarbiyah merupakan satu pendekatan sepadu, bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup yang lebih praktis dengan pengamalan Islam yang sering diabaikan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi untuk menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta, ia juga bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup berkorban bagi memperkasa agama Allah agar ia dirasakan lebih agung dari pegangan dan ajaran ciptaan manusia.

Para ulama telah membahagikan konsep tarbiyyah kepada beberapa bahagian :
*Tarbiyah Ruhiyyah/Nafsiyyah (Pendidikan Kerohanian/Kejiwaan)
*Tarbiyah Jasmiyyah (Pendidikan Fizikal)
*Tarbiyah Imaniyyah ( Pendidikan Keimanan)
*Tarbiyah Aqliyyah (Pendidikan Mental)
*Tarbiyah Akhlaqiyyah (Pendidikan Akhlak)
*Tarbiyah Fikriyyah (Pendidikan Ketajaman Cara Berfikir)
*Tarbiyah Iqtisadiyyah (Pendidikan Kemantapan Ekonomi)
*Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain.


Apa yang hendak difokuskan di sini adalah Tarbiyah Jiwa manusia agar lebih baik dari sebelum ini, kalau pun sudah baik, ia akan diarah untuk menuju yang lebih baik, ia satu pendekatan kebaikan yang diterima di sisi Allah dan dinilainya sebagai benar-benar baik, kerana manusia hari ini, melihat sesuatu yang baik itu berdasarkan pandangannya semata-mata, kadang-kadang dilihatnya baik, tetapi bagi Allah ia bukan perkara baik.

Begitulah sebaliknya, kadang-kadang manusia melihatnya tidak baik, tetapi bagi Allah baik, sebagai contoh, ada seorang yang suka membantu orang lain, tetapi pada masa yang sama, dia mengingkari perintah Allah sebagai menafikan hukum hudud dan sebagainya, apakah Islam masih melihat orang seumpama ini sebagai orang baik, maka perlu kepada satu kayu pengukur untuk meletakkan amalan seseorang itu diterima di sisi Allah SWT.
Kaedah Tarbiyah Jiwa yang berkesan buat setiap Muslim :


1- Melakukan ibadat secara bersungguh-sungguh, menghubung diri kepada Allah
serta menyerahkan diri kepada-Nya dengan rasa kerdil di hadapan-Nya,
menerusi pelaksanaan amalan wajib dan meninggalkan egala larangan-Nya.

2- Memperbanyak dan membudayakan pembacaan al-Quran, merenung setiap
susunan kata-katanya dan berfikir terhadap rahsia kejadian alam dan
sebagainya.

3- Memperbanyak membaca dan mentelaah kitab-kitan agama berunsur nasihat,
bimbingan, kaunseling lebih-lebih lagi yang memperkata masalah hati,
penyakit dan rawatannya.

4- Rajin untuk hadir majlis-majlis ilmu, ceramah dan forum agama yang boleh
membangkitkan kesedaran diri untuk melakukan taubat kepada Allah.

5- Mampu untuk menjaga waktu dengan baik dengan perkara-perkara yang
berfaedah tanpa mensia-siakannya.

6- Mesti yakin pada diri untuk berhubung dengan Allah.

7- Bergaul dengan golongan yang baik-baik, terutamanya para ulama yang boleh
menunjukkan jalan kebenaran, kesabaran dan sentiasa menyeru kepada
perkara yang makruf dan mencegah dari melakukan perkara yang mungkar.

8- Beramal serta menterjemahkan segala ilmu yang diperolehi secara praktikal.

9- Bermuhasabah diri terhadap perkara yang telah dilakukan, sama ada ia baik
di sisi Allah atau sebaliknya.

10- Menghina diri di hadapan Allah akan segala kesalahan, keterlanjuran sama
ada berupa dosa kecil apatah lagi dosa besar dan bersegera untuk memohon
keampunan daripada-Nya.

11- Mengelakkan diri dari bergaul dengan manusia yang mengajak kepada
perkara yang melalaikan, malah berusaha bersungguh-sungguh untuk
meningkatkan kualiti amal ibadat kepada Allah SWT.

12- Bersabar terhadap karenah manusia tanpa jemu menyeru mereka untuk
berpegang kepada Islam dalam apa jua keadaan, kerana ini adalah sebaik-
baik tindakan yang perlu ada dalam setiap diri orang Islam.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita semua agar mampu melakukan apa yang disarankan seperti yang tersebut di atas, bagi menghadapi sisa-sisa hidup dalam melakukan perkara-perkara yang diredai oleh-Nya, Amin.
Agenda harian ?Tarbiyah Ruhiyyah?


Dalam masa umat Islam sibuk dengan urusan dunia, yang sebahagiannya menyibukkan seseorang itu dari tunduk beribadat kepada Allah SWT, terdapat jenis manusia yang alpa dari berzikir kepada-Nya.

Zikir bukan mesti melalui cara yang formal dengan memegang biji tasbih, malah dalam keadaan berjalan, berdiri, duduk atau berbaring, ia boleh dilakukan dengan penuh rasa minat dan bertanggungjawab kepada-Nya. Dalam kesempatan yang terbatas ini, marilah kita perhatikan konsep ?Tarbiyah Ruhiyyah? atau pendidikan jiwa untuk mengisi kekosongan hati kita dengan mengingati Allah SWT.


1- Memelihara solat-solat fardu secara berjemaah di masjid-masjid atau surau-
surau dengan penuh kesungguhan, kerana solat adalah perkara pertama yang
akan ditanya oleh Allah di akhirat.
2- Memelihara amalan-amalan sunnat qabliyyah dan ba?diyyah.
3- Memelihara wirid dan zikir selepas solat serta zikir-zikir pagi dan petang

seperti Ma?thurat.
4- Sentiasa mengucapkan lafaz istighfar iaitu ?Astaghfirullah? sebanyak mungkin

sebagai pengakuan melakukan kesalahan terhadap Allah.
5- Sentiasa membudayakan pembacaan al-Quran serta merenung dan

bertadabbur (memerhati) isi-isi kandungannya.
6- Memelihara dan konsisten walau dua rakaat sunat solat qiyamullail.
7- Menghalakan pengharapan dan ketundukan sebenar hanya kepada Allah SWT. 8- Bersedekah secara sembunyi bagi mengelak diri daripada ditimpa bala Allah.
9- Memelihara kelas-kelas pengajian ilmu agama bagi menghidupkan minda dan

roh yang sudah lama mati dan beku.
10- Berusaha untuk berkhidmat kepada orang Islam yang boleh merapat dan

memperkasakan persaudaraan sesama muslim.

Amalkan cadangan agenda di atas, insya-Allah anda akan menemui sesuatu yang baru dalam hidup anda sebagai muslim yang benar-benar komited dengan Islam. Wallhu ?Alam. ? lanh _

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI