Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India Negeri Perak menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak

Ipoh, 7 April: Pengerusi Persatuan Kebajikan Masyarakat India, Negeri Perak, En. Susannathan a/l Arokiam menyertai Dewan Kelab Penyokong PAS Perak. Beliau bersama tiga rakannya yang lain telah berkunjung ke Pejabat PAS Negeri Perak dan menyerahkan sendiri borang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Menurutnya, beliau bersama rakan-rakannya telah hilang kepercayaan kepada UMNO-BN sejak sekian lama, hari ini beliau mengisytiharkan untuk bersama PAS bagi memperjuangkan nasib kaum India yang tertindas.

Menurutnya lagi Persatuan Kebajikan Masyarakat India yang diterajuinya ditubuhkan pada 27 April 2007. Persatuan ini baru tiga tahun ditubuhkan, mempunyai keahlian ratusan orang. Setiap hari ada sahaja ahli baru yang menyertai persatuan ini. Persatuan ini ditubuhkan atas dasar memperjuangkan nasib kaum India terutama rakyat India yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Beliau bersama rakan-rakannya dalam Persatuan Kebajikan Masyarakat India akan menyokong PAS dalam perjuangan menegakkan keadilan. Beliau dapat merasai bahawa perjuangan PAS walaupun atas dasar agama tetapi tidak mengabaikan kebajikan kaum lain, dan ianya dibuktikan apabila Dato Seri Ir. Hj. Mohamad Nizar Jamaluddin menerajui kerajaan PR di negeri Perak. Nasib kaum India di Perak diberi perhatian yang serius oleh Kerajaan PR Perak.

sumber: misabah.blogspot.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI