30 Oktober 2008

PESURUHJAYA TINGGI INDIA KUNJUNGI MB PERAK

Johari Jaafar Thu Oct 30, 08 11:55:06 am MYT
IPOH, 30 Okt (Hrkh) - Pesuruhjaya Tinggi India, Ashok Kanta telah melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Pejabat Menteri Besar Perak kelmarin.

Dalam pertemuan itu, Menteri Besar Perak dan Pesuruhjaya Tinggi India telah bertukar-tukar pendapat dan berbincang mengenai kemungkinan meningkatkan hubungan dagangan dua hala antara India dan Perak, terutama dalam bidang pendidikan dan industri berteknologi tinggi.
Pertemuan lebih sejam itu turut dihadiri Exco Kanan, Dato' Ngeh Khoo Ham. - mns

Tiada ulasan:

Catat Ulasan