ADUN BN TINGGALKAN DEWAN


IPOH : Sewaktu dewan sedang bersidang dengan rancak, dua kali semua ADUN BN meninggalkan dewan. Kerusi anggota Pembangkang kosong pada petang Rabu dan juga Petang Khamis. Inilah sikap ADUN Pembangkang yang tidak menghormati kemulian dewan dan tidak menghormati rakyat yang memilih mereka untuk menyuarakan segala permasalahan rakyat di DUN masing-masing.Dalam masa yang sama ADUN Kubu Gajah menghentam hebat ADUN Pantai Remis dan ADUN Sitiawan yang kedua-duanya juga Ahli Parlimen, mereka tidak hadir Parlimen kerana mengikuti Sidang DUN di Perak. Kubu Gajah menyifatkan mereka tidak bertanggungjawab, menipu rakyat dan berbagai-bagai cemuhan dan celaan hanya kerana empat hari tidak menghadiri sidang Parlimen.Sebenarnya kebanyakan ADUN Pembangkang yang berada dalam dewan lebih tidak bertanggungjawab kepada rakyat yang diwakili. Di Dewan, mereka lebih suka membuat kecoh, mengacau, mengeluarkan kata-kata yang kesat, berlagak sombong, angkuh kononnya PR tidak pandai mengurus tadbir negeri Perak dan sebagainya. Kalau diteliti setiap isi ucapan mereka dan soalan-soalan yang dilontarkan oleh mereka tidak lain hanya semata-mata mencari kelemahan. Kelakuan beberapa ADUN ketika berbahas tidak memperlihatkan akhlak yang sopan, mengeluarkan kata-kata yang kesat, memperlekeh ADUN PR, menunjuk-nunjuk ke arah Speaker dan ADUN PR, dan bermacam-macam lagi. Peluang tiga hari berbahas tidak digunakan dengan sebaik-baik oleh mereka. Dalam siri yang lain, blog ini akan menukilkan petikan-petikan ucapan, ungkapan-ungkapan, kata-kata yang kesat, gambar-gambar perlakuan mereka dalam dewan dan sebagainya. Pembaca blog ini boleh menyebar luaskan kepada rakyat perlakuan mereka supaya rakyat dapat menilai kedudukan mereka pada pilihanraya akan datang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI