ISU MB PERAK "RAMPAS KAMERA" SENGAJA DIPUTARBELIT

Johari Jaafar
Tue | Nov 18, 08 | 10:52:23 am MYT

IPOH, 18 Nov (Hrkh) - Setiausaha Politik Menteri Besar Negeri Perak, Misbahul Munir Masduki menegaskan isu Menteri Besar 'merampas' kamera wartawan sudah dijangka akan diputarbelitkan oleh media dengan tujuan jahat dan mencemar imej Menteri Besar.

"Seperti yang dijangkakan, media akan memainkan isu ini, peluang untuk memberi penjelasan tidak pula diberikan," ujarnya.

Menurutnya, beliau bersama Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, dan Ustaz Nor Azli Musa dan seorang lagi kebetulan ada di tempat kejadian.

"Kami bersama Menteri Besar sedang makan tengah hari, tiba bila seorang yang tidak dikenali menghampiri Menteri Besar membawa surat meminta Haji Nizar menandatangani," jelas beliau sewaktu menceritakan kejadian sebenarnya kepada wakil Harakah baru-baru ini.

Pembawa surat itu kemudiannya memperkenalkan dirinya dan Menteri Besar membaca sepintas lalu dan seakan bersetuju menandatangani.

"Tetapi kami serentak mencelah, supaya tidak ditandatangani dulu dan meminta Menteri Besar lihat keseluruhan isi surat tersebut terlebih dahulu," katanya

Dalam masa sama katanya, kelihatan seorang jurufoto yang tidak dikenali sedang mengambil gambar dan beliau mengesyaki ini adalah suatu perangkap di mana nanti akan keluar gambar Menteri Besar menandatangani sesuatu yang boleh diambil kesempatan untuk memburuk imej Menteri Besar yang menandatangani sekeping surat yang tidak diketahui latar belakangnya di kantin.

"Menteri Besar menganggil jurufoto tersebut lalu bertanya dari akhbar mana, adakah ia telah minta kebenaran atau tidak mengambil foto, tetapi jurufoto tersebut semacam tidak ambil peduli," jelass Misbah. .

Kemudian beliau mendengar Menteri Besar memanggilnya sekali lagi dengan nada yang agak kuat sedikit, tetapi tidaklah sampai memanggilnya dengan suara yang kasar sebagaimana yang didakwa.

Menurut beliau lagi, Menteri Besar meminta rakaman foto tadi dibuang dan bagi mempastikan foto tersebut dibuang, Haji NIzar minta kamera tersebut diserahkan kepada Setiausaha Akhbar, Anuar Hashim, yang duduk di sebelah beliau.

Kamera itu diserah semula kepada jurufoto itu dengan baik.

Beliau memberitahu pembawa surat tersebut supaya dalam urusan seumpama itu, supaya datang sendiri ke pejabat kerana surat itu akan rekodkan, satu salinan akan simpan dalam fail.

Dalam hal tidak berbangkit soal Menteri Besar sama ada Menteri Besar mahu tandatangani ataupun tidak.

"Pembawa surat tersebut faham, dan ternyata dia menyerahkan surat tersebut kepada Setiausaha Sulit Menteri Besar di pejabat," katannya.

"Pagi esoknya, saya tengok surat tersebut sudah ada di atas meja Menteri Besar," jelas Misbah

Menurut beliau lagi, telahan mereka tepat, tidak sampai pun beberapa minit kemudian, suara seorang Adun Pembangkang yang sangat dikenali dari Kubu Gajah, tidak semena-mena membangkitkan isu ini di dewan dengan membuat pencelahan sewaktu seorang Adun lain sedang membahaskan Bajet 2009.

Adun Kubu Gajah telah menghentam Menteri Besar Perak kerana kononnya bertindak kasar kepada wartawan sedangkan Adun tersebut tidak berada di tempat kejadian, katanya.

"Walaupun ada beberapa orang Adun BN di kantin sewaktu kejadian tersebut berlaku, saya amat pasti Adun Kubu Gajah tidak ada di situ." jelas Misbah.

"Saya akan semak dalam kertas minit dewan apa yang diucapkan oleh Adun Kubu Gajah dan akan dedahkan dan siarkan di akhbar supaya para rakyat dapat menilai sendiri ucapannya, inilah perangai Umno-BN, mengambil kesempatan apa sahaja yang boleh dijadikan isu untuk memburukkan Menteri Besar dan kerajaan Pakatan Rakyat," katanya._

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI