01 September 2008

Tulis semula sejarah untuk perbetulkan fikiran rakyat

Tulis semula sejarah untuk perbetulkan fikiran rakyat
Nyza Ayob
Mon Sep 01, 08 12:00:02 pm MYT

KUALA LUMPUR, 1 Sept (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu mengharapkan agar konsep kemerdekaan dapat diperbetulkan dalam pemikiran rakyat Malaysia dengan adanya penulisan semula sejarah kemerdekaan.

Katanya, sejarah kemerdekaan perlu diperbetulkan khususnya dalam pengajian sejarah di Institusi Pengajian Tinggi dan di sekolah-sekolah.

Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ceramah pada majlis Ambang Merdeka anjuran Lajnah Dakwah dan Pembelaan Islam Dewan Pemuda PAS Pusat, dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Pandan di Dataran MPAJ, Pandan Indah, malam semalam.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi dan Exco Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi.

ImageMohamad turut mengharapkan sebagai pengisian kemerdekaan , penonton tidak hanya sekadar dihidangkan dengan filem-filem seperti Sarjan Hassan dan Bukit Kepong yang disiarkan saban tahun.

" Tiada sesiapa pun yang berminat untuk membuat filem mengenai pejuang kemerdekaan yang sebenar seperti Ahmad Boestaman, Abu Bakar Bakir, Mat Kilau dan Dr Burhanuddin al Helmy. Dan jika ada pun yang membuat filem seperti ini, barangkali Lembaga Penapis Filem akan mengharamkan filem -filem mengenai pejuang ini kerana mereka yang terlibat dalam penapisan filem ini di kalangan orang Umno.

"Kita bersyukur kepada Allah di atas kemerdekaan tersebut walaupun sejarah kemerdekaan tersebut banyak diselewengkan. Apabila menjelang kemerdekaan, nama Tunku Abdul Rahman disebut sebagai bapa kemerdekaan. Memang kita mengakui Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak mengambil alih kemerdekaan. Kita bukan hendak menafikansumbangan mereka. Tetapi mereka bukan pejuang kemerdekaan yang sebenar.,"katanya.

Tambahnya, sukar bagi PAS untuk memperbetulkan sejarah kemerdekaan selagi PAS belum menaungi kerajaan pusat.

Sementara itu katanya, sejak ditubuhkan 57 tahun lalu, PAS sentiasa mencari jalan untuk memperkenalkan parti dan jemaah kepada seluruh masyarakat.

Image"Dr Mahathir pernah menyebut PAS lebih bahaya daripada komunis. Dato' Onn pula pernah menyatakan antara dua gunung, iaitu gunung komunis dan Gunung Semanggol, Gunung Semanggol lebih bahaya. Di Gunung Semanggol inilah lahirnya gerakan Islam Hizbul Muslimin.

"Pelbagai label diberi, terutama label PAS kepada bukan Islam sekiranya mereka memberi sokongan kepada PAS. Begitu juga kepada kaki tangan kerajaan. Biro Tatanegara memainkan peranan menggambarkan betapa buruknya negara jika Umno tidak memerintah selepas merdeka,"katanya.

Dalam pada itu katanya, PAS akan terus bergerak atas landasan perjuangan mengharapkan perpaduan dengan semua kaum akan terus terpelihara. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan