SURAT UNTUK MB PERAK :IR NIZAR JANGAN DILIHAT NAIF
Oleh : AdukaTaruna
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Lumrah alam dalam kehidupan manusia, yang berjiwa baik, selalu dikaitan dengan naïf atau lurus. Orang yang naïf tidak ditakdirkan menjadi pesuruh Allah, walau sebagaimana baik dan mulia sekali pun hati budi mereka. Untuk menjadi pemimpin, Allah menggariskan beberapa jatidiri yang perlu ada. Yakni, sifat wajib nabi. 1. Siddiq 2. Amanah 3. Tabligh 4. Fatonah (bijaksana) Yang pertamanya, tidak boleh tidak, Ir Nizar perlu memahami bahawa jemaahnya, PAS, berjuang dalam wadah demokrasi. Satu cara perjuangan yang secebis dari cara tulen nabi. Itu yang pertama. Yang kedua Ir Nizar perlu meletakkan diri dan tegap atas kefahaman bahawa, PAS Perak tidak memerintah atas sokongan Melayu, sebaliknya atas sokongan bukan Melayu. Itu yang kedua. 3 kali Ir Nizar dilihat naïf. Kali pertama ialah pertukaran seorang pegawai tinggi agama yang mendapat campur tangan Diraja. Ketika ini PAS sudah dilihat bermusuh dengan mufti, raja oleh Melayu Perak. Apatah lagi campur mulut Karpal. Kali kedua ialah keputusan Ir Nizar memberikan geran 999 tahun ketika dalam 2 kefahaman di atas. Ketika ini, sokongan bukan Melayu akan kekal dan bertambah, tetapi tidak meningkat dengan banyak, kerana ianya sudah ‘tepu’. PRU12 menyaksikan kerusi PAS Perak dibantu oleh swing bukan Melayu dengan peratusan tinggi. Jadi, jika ada pertambahan, hanya sedikit dengan dibantu oleh pengundi baru bukan Melayu. Kita tangguhkan di sini. Kali ketiga ialah keputusan Ir Nizar memberikan 400 hektar. Kali ini UMNO datangi dengan halus. Kelihatan tidak perkauman, tetapi menyentak Melayu Perak atas scenario 2 kefahaman di atas. Persepsi pengundi adalah penting. Sekali lagi, PAS berjuang melalui undi majority. Jadi persepsi adalah penting. Ketika persepsi naïf yang pertama dan kedua (isu geran 999 tahun), ianya tidak akan membantu PAS berdiri di atas kekuatan sendiri (pengundi Melayu) sekaligus mengurangkan kuasa tawar-menawar pesaing sihatnya, secara sihat. Atau kata lainnya, sampai bila PAS mahu berkuasa secara teknikal seperti ini di Perak? Sepatutnya peluang ini diambil bagi meyakinkan semua pihak akan PAS. Begitu juga dengan isu kali ini. Isu 400 hektar. Pada ketika isu pertama, dilihat kegagalan PAS Perak memberi penerangan kepada seluruh rakyat Perak, kini ianya berlaku lagi. Salah atau silap dalam premis moral bukan isunya. Tetapi isunya ialah kebijaksanaan bergerak dalam wadah yang difahami. Alat dalam wadah setulen nabi, berbeza alat dalam wadah undi secara total. Sebab itu tajuk artikel ini ialah Ir Nizar jangan dilihat naïf. Jelinglah PAS Terengganu 1999. Ir Nizar sepatutnya memanfaatkan sirah yang berlaku di Terengganu ketika dulu. Dalam isu Tadika dan balai raya, secara moralnya, memanglah apa yang dilakukan oleh PAS itu betul. Tetapi, secara bijaksananya tidak ada. Sepatutnya, perkara itu ditangguhkan dahulu. Yang perlu ialah dapatkan kestabilan dan kaedah berkesan dalam siri penerangan seandainya terjadi sesuatu manipulasi. Apabila bergaduh dengan UMNO dalam isu balai raya, dalam keadaan tidak stabil, ‘masih bayi’, ketiadaan system penerangan yang cepat, akhirnya manipulasi UMNO secara seluruh negara tidak terdaya diperjelaskan. Kerosakan setengah hari hanya boleh diperbaiki 10 tahun oleh PAS. Jadi, adalah bijak untuk mengangguhkan moral balai raya itu. Apa sepatutnya dilakukan? Memang PAS akan kekal di Perak. Tetapi, adalah sesuatu yang mengecewakan PAS kekal dalam scenario yang sama. Yakni, tanpa kekuatan sendiri. Malah lebih menakutkan pengundi atas pagar Melayu yang meluat BN terpaksa mengundi BN untuk DUN di Perak, tetapi BR untuk Parlimen. Ini yang harus dikuasai oleh Ir Nizar. Yakni kemampuan melihat sesuatu itu dengan menyeluruh dan jauh di hadapan. Dalam isu geran 999 tahun, apakah tidak boleh Ir Nizar memberikan secara berperingkat. Yakni 99 tahun dahulu? Bukan Melayu melihat satu permulaan yang baik, yang Melayu pula mempunyai satu alasan ‘penyedap hati’. Melayu Perak bukan seperti Melayu Selangor atau Kuala Lumpur. Masih ‘kekampungan’, tiada internet, perkauman dan sebagainya. Malah PAS sendiri tidak memerintah di atas sokongan Melayu di Perak. Begitu juga dalam isu 400 hektar. Apakah alasan supaya institusi pendidikan itu dapat memanfaatkan kepada dananya adalah penyebab utama? Moral memang tidak salah, tetapi tidak bijak berdasarkan 2 kefahaman itu. Sekiranya isu pertama tidak berlaku, dan kedua tidak ‘melampau’ sehingga 999 tahun, isu ini boleh dikira ‘boleh dimaafkan’. Malangnya Ir Nizar berterusan meletakkan dirinya dilihat naïf kepada DAP! Sekali lagi persepsi Melayu awam Perak adalah penting dalam kaedah perjuangan PAS di Perak, bukan persepsi Melayu awam Kelantan. Kalau Melayu Perak macam Melayu Kelantan, tiada masalah. Jelas bro Nizar? Sepatutnya mungkin PAS boleh membantu dalam memberi intensif seperti memudahkan lessen perniagaan milik institusi pendidikan Cina sebagai bantuan menyediakan dananya sendiri, atau mengurangkan cukai tanah institusi itu atau sebagainya yang wajar untuk status 2 kefahaman di atas. Bergerak perlahan-lahan bagi mengurangkan kejutan ketempurungan Melayu Perak adalah wajar. Benda sudah pun berlaku. Di harapkan PAS Perak bekerja keras seperti biasa atau lebih lagi bagi memberi penerangan dalam isu ini. Jangan abaikan perspektif pengundi Melayu totok Perak. Selagi anda berdiri di Perak di atas teknikal semata-mata, selagi itulah anda semua dalam situasi di hujung gading. Buat Ir Nizar, orang baik di Malaysia sinonim dengan naïf. Memegang amanah terbesar dalam keadaan naïf adalah sesuatu yang membahayakan. Fahamilah 2 kefahaman di atas. Semoga PRU13, PAS Perak tidak lagi memerintah secara teknikal.
Insyaallah. Wallahualam.
http://adukataruna.blogspot.com/

Ulasan
Catat Ulasan