MB PERAK AKAN HIDUPKAN KEMBALI SAR

MB Perak akan hidupkan kembali SAR


IPOH, 26 Mac (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin berasa terharu apabila salah seorang tokoh akademik memberikan pendapatnya bahawa kerajaan Perak yang ada sekarang harus menghidupkan semula institusi Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang telah 'dibunuh' di zaman pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.
Pandangan tersebut telah dibangkitkan dalam sesi dialog di Majlis Perjumpaan Menteri Besar Perak dengan Ketua-Ketua dan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) di Dewan Banquet, Bangunan SUK Perak pada petang semalam.

Dalam sesi tersebut, Mohammad Nizar begitu bersemangat menjawab dengan menyatakan bahawa pimpinannya tidak akan lupa di atas peristiwa yang amat pahit terjadi ke atas SAR sehinggakan anak-anak yang sedang tekun berlajar tiba-tiba telah terbantut pelajaran mereka.
"Tetapi, setelah kita berkerajaan sendiri sekarang saya akan pastikan bahawa dari bilangan 45 buah SAR di negeri ini dulu, tapi cuma tiga buah sahaja yang dapat bertahan berdiri sendiri yang lainnya terpaksa diserahkan kepada Kementerian Pelajaran Perak mengikut selibus Umno-BN, maka saya akan pastikan ianya akan dihidupkan semula cara berperingkat-peringkat,"katanya ketika mengulas pandangan tokoh akademik berkenaan.

Menurutnya, sememangnya disedari bahawa SAR memainkan peranan penting dalam institusi perbelajaran anak-anak Melayu sebagai cara menyuntik ilmu kepada zuriat yang akan membesar dan menjadi contoh serta baka pimpinan kehidupan rakyat di kala mereka dewasa nanti.
Justeru beliau berkata, "agenda kami memang sedang melangkah ke depan, tetapi berilah masa sedikit kerana kini baru berusia sembilan hari sahaja dan tolonglah melihat kepada sedikit masa untuk bernafas sekurang-kurangnya kepada secepatnya seratus hari. Lihatlah perkembangannya."

"Sekarang ini pelbagai perkara hendak difokus, termasuk senario kehilangan kelengkapan isi Dewan Orang Ramai yang sedang berlaku sekarang. Dari itu saya menyeru dan menasihatkan kepada mereka yang mengambil kerusi, meja dan sebagainya dari dewan tolonglah hantar serta pulangkan semula di tempat asalnya kerana itu adalah hak semua rakyat, hak orang ramai,"ujarnya.
Sementara itu, dalam majlis petang semalam spekulasi bahawa Ketua-ketua Kampung dan JKKK memboikot majlis tersebut adalah palsu di mana hanya dua-tiga orang sahaja yang tidak hadir.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI