BULAN RAMADHAN BULAN TARBIYYAH,JIHAD DAN PENGORBANAN


Bulan Ramadhan adalah tetamu agung yang datang bertandang kepada kaum muslimin. Setiap apa sahaja yang dilakukan padanya akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapa di hati dan bermaharajalela. Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi petunjuk kepada kita?Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kta mampu dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan secara maksima dan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar dan berdahaga semata-mata tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat IslamSaudara-saudari sekalian…Bulan Ramadhan ini juga banyak memberikan hikmah kepada kita selagi mana kita berada di batas-batas penjagaan supaya tidak terbatalnya pahala puasa. Ramai orang kita sekarang ini, cukup prihatin dan menjaga sungguh berkenaan penjagaan supaya tidak terbatalnya puasa tadi tetapi amat alpha dalam menjaga supaya tidak terbatalnya puasa. Di dalam hadis Rasulullah s.a.w.Yang bermaksud;“Berapa yang berpuasa tidak ada bahagian daripada puasanya kecuali lapar haus dan berapa ramai orang yang qiam (solat malam terawih) tidak ada bahagian daripadanya kecuali hanya berjaga sahaja.” (HR Ibn Majah,Ahmad&Hakim)Maha Suci Allah… melalui hadis tadi dapatlah kita mengambil pengajaran bahawa betapa pentingnya menjaga pahala puasa dan penghayatan terhadap ibadah puasa ini. Sebagai contoh yang boleh saya ambil di sini yang cukup rapat dengan isu kampus iaitu cara pemakaian yang tidak betul yang dilakukan oleh siswi kita. 1) Mereka memakai baju kurung atau pakaian longgar tetapi mereka tidak mengguna stoking.2) Mereka memakai tudung tetapi berpakaian ketat dan menjolok mata.3) Mereka memakai pakaian ibarat memakai pakaian adik ketika mana di bangku sekolah dahulu.4) Mereka memakai pakaian tetapi tidak bertudung (free hair).Inilah gambaran yang boleh saya berikan untuk semua saudara dan saudari melihat kesalahan yang dilakukan ketika di bulan Ramadhan hatta di bulan lain juga seperti itu. Jadi inilah gambaran yang boleh kita lihat, reality kehidupan di kampus mahupun di tempat lain. Fikirkan???Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyyah kepada umat Islam di dalam meniti hidup yang mungkin sebelum ini kita kurang prihatin dan mengambil peduli berkaitan tarbiyyah (mendidik diri) di dalam kehidupan kita namun bila datangnya Ramadhan kita amat gembira dan ada orang yang terlalu ghairah hendak beramal pada bulan tersebut. Namun peringatan daripada saya, keghairan untuk beribadah adalah baik tetapi biarlah berpada-pada, maksud saya di sini biarlah amalan itu kecil ataupun sedikit (mengikut kemampuan kita) tetapi tetap istiqomah (berterusan). Di dalam satu kisah ketika mana ada seorang sahabat bertemu dengan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada nabi; “Ya Rasulullah amalana apakah yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab; amalan yang baik di sisi Allah adalah, kamu beriman kepada Allah dan istiqomah (amalan berterusan walaupun kecil).”Oleh itu, semua perkara yang dilakukan secara sukarela ataupun memaksa diri maka semua itu dikira sebagai tarbiyyah diri atau tarbiyyatun nafs.Bulan Ramadhan juga adalah bulan jihad, yang di mana pada 2H hari jumaat, 17 Ramadhan telah berlakunya peperangan Badar al-Kubra yang di mana peperangan ini telah digelarkan oleh Allah s.w.t. sebagai peperangan ‘Yaum al-Furqan’ (hari perbezaan yang hak dan yang batil). Peperangan ini juga adalah peperang yang pertama dalam Islam. Ia menjadi mercu tanda kepada pertembungan di antara iman dan kufur. Alhamdulillah, kaum muslimin di dalam perang Badar al-Kubra telah mencapai kemenangan. Walaupun jumlah musuh lebih besar daripada kaum muslimin iaitu 313 kaum muslimin melawan 1000 kaum kufar. Selain itu juga, peperangan lain ada berlaku dalam bulan Ramadhan seperti perang Tabuk, dan perang Fathul Mekah (pembukaan kota mekah). Saudara-saudari boleh merujuk di dalam kitab sirah yang muktabar.Selain itu juga, bulan Ramadhan adalah bulan pengorbanan. Mengapa dan kenapa bula ini dikata bulan pengorbanan? Dalam bulan Ramadhan ini juga kita melihat ramai jundi-jundi (pejuang-pejuang Islam)kita telah gugur syahid di medan perang sebagai contoh mujahid terkini, pengeboman Syeikh Ahmad Yassin di Palestine, Syeikh Ahmad Yassin merupakan pencetus intifadah di bumi Palestine. Pembunuhan beliau terjadi apabila, beliau keluar selepas solat Subuh, peluru berpandu yang dijangka peluru tersebut mampu menghancurkan bangunan tinggi digunakan untuk mengebom syeikh Ahmad Yassin. Berkecai tubuhnya melainkan yang tinggal adalah kepalanya dalam keadaan senyum. Masya’Allah. ini adalah tanda syurga yang Allah telah berikan kepadanya ketika di dunia lagi, apatahlagi di akhirat kelak. Saya amat merindui bau syahid itu….Pengorbanan tidak akan berlaku sekiranya kita idak mahu berkorban, namun orang ingin berkorban pasti akan terkorban.Akhir sekali, Saya menyeru kepada kaum muslimin sekalian, marilah kita sama-sama menghayati bulan Ramadhan ini dengan kita cuba untuk menambahkan gerak kerja sumbangan terhadap Islam dan mantapkan dari segi ibadah, semoga segala amalan kita membuahkan hasil dan dinilai disisi Allah s.w.t. Allah berfirman yang bermaksud;“Barangsiapa yang membuat amal kebajikan sebesar zarah nescaya Allah akan membalasnya (di akhirat kelak).”Kita berasal dari syurga maka ayuhlah kita cuba untuk mengabdikan diri sebenar-benarnya (menjauhi segala larangan dan tahgut) agar kita dapat sampai semula ke dalam syurga Allah s..w.t. wallahu’alamPena ini dinukilkan hati ke hatiDitulis oleh,Mohd Airil Syah Al-Qardhawiwww.abuislam.multiply.com

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI