LANGGAR SYARIAT, JAKIM TIADA KUASA MEMANTAU - HARAKAHDAILY

Intan Abdullah | intan@harakah.net.my
Mon | Oct 13, 08 | 12:24:16 pm MYT

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Hrkh) - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menangani masalah pelanggaran syariat di semua tempat.







Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Zahid Hamidi berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Siti Zailah Mohd Yusof (PAS-Rantau Panjang) pada sesi solan jawab lisan semasa sidang parlimen pada hari ini.

Persoalan agama katanya bukan sahaja terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan malah ianya juga menjadi tanggungjawab negeri yang mana ianya terletak di bawah bidang kuasa sultan di sesebuah negeri.

Persoalan asal yang dibangkitkan Siti Zailah adalah penjelasan mengenai pemantauan yang dijalankan oleh pihak kementerian di bawah seliaannya terhadap pelanggaran syariat termasuk dalam pengendalian ekonomi dan industri hiburan dalam negara.

Mengulas lanjut mengenai respon Zahid tersebut, Siti Zailah melahirkan kekesalan atas jawapan yang tidak memberangsangkan serta kurang serius dan tanggungjawab itu.

"Saya merasa agak kesal dengan jawapan menteri, kerana ianya merupakan perkara yang serius dan ianya merupakan bidang kuasa yakni tanggungjawab beliau,"katanya.

Walau bagaimanapun, katanya ia sepatutnya diberi perhatian dengan lebih serius memandangkan implikasi atau kesan daripada pemantauan yang kurang telah mengakibatkan peningkatan masalah sosial dan keselamatan dalam negara. - mks._

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI