13 Oktober 2008

MOHD SABU PUJI PENCAPAIAN NEGERI-NEGERI PAKATAN RAKYAT


Ekmal Yusof
Mon | Oct 13, 08 | 10:30:10 am MYT

PARIT BUNTAR, 13 Okt (Hrkh) - Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memuji lima buah Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan yang berjalan lancar sejak kemenangan dalam pilihan raya umum ke-12 lalu.

Beliau menyatakan bahawa terdapat potensi yang positif terhadap kemajuan negeri dan rakyat yang perintah Pakatan Rakyat kerana PAS, KeADILan dan DAP yang berada di dalamnya menunjukkan komitmen yang padu dalam membangunkan negeri.

"Perkembangannya jauh lebih baik apabila semua kepentingan rakyat Melayu, Cina dan India diambil kira termasuk di bidang ekonomi, pelajaran, pertanian dan perumahan," katanya pada ceramah umum di Markaz Dun Titi Serong dekat sini 10 Oktober lalu.

Beliau sungguh bangga apabila di negeri Perak, telah dibangunkan semula sektor Sekolah Agama Rakyat (SAR), Pasti, sekolah-sekolah Cina di Kampung Baru dan sekolah India di Ladang Getah.

Beliau berharap apa yang berlaku itu akan berterusan dan akan bertambah kesannya kepada rakyat dan tidak mahu apa yang berlaku kepada kerajaan Mesir, Rom, Yaman, Parsi, Cina dan India dahulu berulang di mana kuasa pemerintahan Islam habis lingkup disebabkan pimpinannya lupa diri dan mudah terpengaruh dengan kekayaan dunia serta pengaruh zionis dan Yahudi.

"Cubalah hidup cara sederhana dan jauhkan sekali-kali bersikap takbur kerana rakyat adalah pengundi dan aset dalam menegakkan keadilan," tegasnya. - mns_

Tiada ulasan:

Catat Ulasan