MB Perak dilarang masuk pejabat - keadilan online

Selasa, 10 Februari 2009 • Kategori: Nasional, Perak

KUALA LUMPUR, 10 FEBRUARI (SK)- MENTERI Besar Perak, Nizar Jamaludin pagi ini dihalang memasuki pejabat rasminya di Wisma Darul Ridhuan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Beliau yang tiba di depan pintu masuk bangunan SUK, menaiki kenderaan rasminya, pada jam 11.05 pagi dihalang oleh anggota polis serta sekumpulan 30 anggota polis unit pencegah rusuhan FRU yang sedia mengawal bangunan SUK.

Setelah dihalang, menurut laporan media, Mohammad Nizar kemudian keluar kenderaan rasminya dan berjalan menuju pintu masuk tetapi dihalang oleh polis.

Ketika itu, pihak polis meminta agar Menteri Besar itu beredar dan dilaporkan berkata, “Datuk, tolong beredar. Saya hanya mengikut arahan.”

Walaubagaimanapun, menurut Malaysiakini, Menteri besar Pakatan Rakyat itu kemudian menjawab:

“Tidak dapat masuk tidak mengapa. Hari ini tidak ada banyak temu janji. Hari ini adalah hari (bertemu) pelanggan.”

Ketika ditemui media, Menteri Besar itu berkata mereka hadir ke sini untuk melaksanakan tugas, tetapi mereka akur pada arahan polis dan tidak akan menimbulkan sebarang provokasi.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI