Nizar di halau dari Pejabatnya !.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin pergi ke pejabatnya pagi dan berada di situ selama kira-kira 45 minit sebelum beredar pulang ke kediaman rasminya.
Nizar bersama barisan exconya tiba kira-kira jam 9.40 pagi dan mendapati pintu pagar utama bangunan SUK ditutup.Beliau kelihatan meminta pengawal di situ membuka pintu tetapi pintu masih tidak dibuka.Nizar kemudiannya, keluar dari keretanya dan menemui pengawal di situ dan sejurus kemudiannya pintu pagar utama kelihatan dibuka.Berikutan itu, Nizar dan kesemua exco kerajaan negeri masuk berkereta sampai ke tingkat bawah bangunan Darul Ridzuan itu.Menteri besar kemudiannya menaiki lif ke pejabatnya dan diikuti dengan satu sidang akhbar di pejabatnya.Nizar memberitahu pemberita bahawa pejabatnya telah kosong dan barang-barangnya telah ambil tanpa notis dan tanpa kebenaran serta pengetahuannya.Beliau berkata, sepatutnya mereka menghormati kuasa menteri besar kerana beliau masih memegang jawatan tersebut.Bagaimanapun, katanya, beliau tidak boleh mengadakan mesyaurat exco tanpa kebenaran Sultan."Saya meminta rakyat tenang...," katanya dalam sidang selama kira-kira 10 minit.Selepas itu, Ketua Polis Ipoh, Azisman Alias mengarahkan semua wartawan keluar dari bangunan itu.
Menurut the Star, Azisman kemudiannya mengiringi Nizar keluar dari pejabatnya.
Pada kira-kira jam 10.45 pagi, kelihatan kereta menteri dan semua kenderaan exco bergerak keluar dengan diringi oleh kereta polis.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI