Mengapa PAS Perlu Menang Majoriti Besar di Parlimen P. 059 Bukit Gantang

Dilulus terbit pada Saturday, March 28 @ 06:38:43 MYT oleh TokPenghulu

Oleh izali

"Penamaan Calon : 29hb Mac 2009 ; Hari Mengundi : 7hb April 20091.
Pendahuluan

1.1 Ketika suasana cemas mengharungi krisis perlembagaan di Perak, ditakdirkan seorang ahli parlimen PAS di Bukit Gantang Roslan Shaharum, meninggal dunia. Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin telah terpilih oleh kepimpinan tertinggi PAS untuk mengalas tanggungjawab sebagai calon bagi pilihanraya kecil Bukit Gantang. Dari aspek keperibadian dan ketokohannya melonjak lantaran insiden “rampasan kuasa”.
Beliau adalah seorang tokoh yang amat berwibawa, bekerja keras untuk kebajikan rakyat dan pintar dalam memimpin negeri. Perjuangan beliau ternyata tidak mengenal erti letih dalam menyelesaikan permasalahan dan mempertahankan hak rakyat Perak.

1.2 Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menggunakan daftar pemilih yang diwartakan pada Februari 2009. Jumlah pemilih ialah 55,562 orang. Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu, komposisinya adalah terdiri daripada 35,160 (63.28 %) Melayu, 15,101 (27.18 %) Cina dan 5,299 (9.54 %) India. Daftar pemilih Bukit Gantang mengandungi seramai 18,959 (34.12 %), iaitu melibatkan pertambahan 690 orang pengundi muda berbanding jumlah semasa PRU 2008. Pembahagian pengundi muda mengikut kaum pula mendapati Melayu 68.68 %, Cina 23.91 % dan India 9.42 %. Sementara pembahagian pengundi muda mengikut jantina pula didapati, 9,808 lelaki (51.73 %) dan wanita 9,151 (48.27 %). Dibandingkan dengan jumlah pengundi muda pada PRU 12, maka pada pilihanraya kecil ini, pertambahan lebih besar (0.18 %) berlaku bagi pengundi muda wanita (366 orang) berbanding lelaki (324 orang). Daftar pemilih yang disahkan oleh SPR untuk pilihanraya kali ini turut mendapati seramai 11,286 (20.31 %) pengundi dalam kohot umur warga emas dan 25,189 (45.33 %) adalah dalam kohot umur dewasa. Warga emas jumlahnya merosot sejumlah 527 orang berbanding dengan musim PRU lalu, kemungkinan disebabkan kematian pengundi tersebut.

2. Kenapa PAS wajar menang majoriti besar
2.1 Akan menjadi pengukur senario politik negeri Perak secara kesuluruhannya. Jika PAS memenangi pilihanraya kecil ini akan memberi kesan negatif kepada bakal PM dan jentera UMNO dan BN seterusnya. Ini bermakna para pengundi tidak mudah ditipu. Kemenangan PAS akan mendorong dan meningkat moral sokongan rakyat di semua lapisan peringkat dan negeri-negeri lain kerana rakyat boleh berubah haluan menyokong parti lawan.
2.2 Untuk memastikan rakyat terus menyokong Pakatan Rakyat (PR). Kejayaan mengekalkan kerusi ini nanti adalah suatu ‘indication’ bahawa rakyat menolak pemainan “politik pintu belakang” yang diamalkan oleh BN. Rakyat Perak perlu menebus kembali maruah dan harga diri mereka. Kerajaan yang naik secara permainan politik kotor secara merampas kuasa dan seterusnya mentadbir negeri secara tidak demokratik sewajarnya dihukum oleh pengundi yang bermaruah. Ini adalah merupakan tragedi hitam kepada sistem demokrasi, wajar dipulihkan.
2.3 Sejarah kemenangan BN sehinggalah pada 8 Mac, 2008 dianggap “a strong UMNO seat”, namun dapat dirampas oleh PR, maka pilihanraya kecil ini akan membuktikan rakyat tetap menolak UMNO/BN selama-lamanya.
2.4 Pertembungan dan Pertempuran di Bukit Gantang nanti bukannya suatu yang mudah, setelah BN kecundang di Parlimen Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, maka berbekalkan kepada momentum terkini, dipercayai rakyat tidak akan tunduk dengan ugutan dan rasuah politik. Peluang ini merupakan kemenangan berterusan dan tentunya akan mencipta sejarah tersendiri.
2.5 Membuktikan tohmahan Nizar kononnya menjadi tunggangan dan boneka DAP dan tidak mendapat restu kaum Melayu sewaktu menetapkan polisi dan tindakan yang dilakukan semasa mentadbir negeri selama 11 bulan adalah dakwaan palsu dan tuduhan tidak bertanggungjawab. Pengundi Melayu merupakan 63.28% akan tetap menyokong seorang calon yang mempunyai integriti dan akauntabiliti.
2.6 Sokongan pengundi muda dan demografi pemilih yang terdiri daripada orang Melayu mestilah dilakukan secara strategik bagi memastikan sokongan kepada PAS tidak berbelah bahagi. Mereka adalah penyumbang besar mengekalkan identiti pemuafakatan politik yang bistari.
2.7 Sokongan pengundi kaum bukan Melayu adalah lambang perpaduan baru dalam politik yang merentasi ras, etnik, kaum, budaya dan agama. PR adalah satu barisan alternatif baru yang merubah ‘dimension and landscape of Malaysian politics’. Dengan keutuhan solidariti dan muafakatan di dalam PR serta komitmen para pemimpin tertinggi lambang keyakinan untuk menangani dan menyelesaikan semua permasalahan rakyat. PR is hoping to improve aspects of our current system or to ensure that they can address specific aspects of political reform.
2.8 Barisan pembangkang berusaha gigih meyakinkan rakyat bahawa mereka mampu memberi sumbangan besar di dalam proses pembangunan negara jika diberi peluang. Ramai tokoh yang berkaliber dan berpotensi mampu diketengahkan.

3. Kesimpulan
3.1 Seluruh pimpinan, pendukung dan penyokong PAS wajib memberikan tumpuan dan bekerja bersungguh-sungguh sehingga dapat mempertahankan dan mengekalkan kemenangan parlimen Bukit Gantang ini. Rakyat Perak wajar menghantar isyarat yang jelas kepada BN dan semua pihak lain yang berkaitan yang merestui “politik pintu belakang” adalah tidak bermoral. Suara rakyat yang menginginkan pembubaran DUN Perak tidak diendahkan, wajar diterjemahkan di peti undi dengan memangkah PAS. UMNO adalah parti yang sentiasa tak lekang dan penuh dengan tipudaya dan onah. Rakyat mesti merenung adat warisan kita, “bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru” bermaksud, sesuatu kejahatan yang besar tidak boleh disembunyikan daripada pengetahuan orang ramai. Keadaan orang Melayu dan rakyat ketika ini terhimpit dengan pelbagai masalah kehidupan, bagai melukut di tepi gantang. Di mana dan dengan siapa rakyat hendak berlindung, ibarat kata, bagai anak ayam kehilangan ibu. Rakyat kini berada di dalam kesusahan, seolah-olah sudah kehilangan tempat bergantung. UMNO tidak memperdulikan sentimen rakyat.
3.2 Justru itu, UMNO mesti ditumbangkan, supaya mereka sedar peri pentingnya menunaikan tanggungjawab sebenar memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air. Saya menjangkakan undi majoriti melebihi 5,000 adalah tepat pada masanya. Khusus kepada pengundi-pengundi Bukit Gantang, terimalah tawaran daripada PAS dan PR dengan hati yang terbuka dan rela. Percayalah bahawa UMNO bukan tawaran yang terbaik masa kini kerana jika terus menyokong UMNO, rezeki secupak takkan jadi segantang.RazaliAdmin : Penulis adalah Pengarah MTD Jeram.http://jeramkini.blogspot.com"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI