NUJ Utusan mohon permit berpiket di sidang UMNO..!

Ali Bukhari Amir Mar 25, 09 10:52am

kemaskini 11.53pm
Polis sedang memproses permit piket yang dimohon Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu (M) Bhd untuk berbuat demikian di penghujung perhimpunan parti itu, Sabtu ini.Keputusan polis akan dimaklumkan kepada kesatuan petang ini, kata pengerusi kesatuan Amran Ahmad kepada Malaysiakini.Ditanya tindakan selanjutnya jika gagal mendapat permit berpiket, tambahnya, NUJ Utusan akan memikirkan cara-cara lain untuk mengatasi kebuntuan rundingan perjanjian bersama (CA) dengan majikannya.Permohonan permit itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi jam 11 pagi semalam selepas mendapat sokongan majoriti barisan exco kesatuan tersebut.NUJ Utusan meneruskan hasratnya berpiket setelah gagal mendapat maklum balas barisan pemimpin tertinggi Umno dan menyifatkan tindakan tersebut "medan komunikasi berkesan untuk menyuarakan masalah kami."Amran berkata kira-kira 20 pucuk surat dikirim sejak awal tahun ini kepada menteri-menteri Umno tetapi tidak mendapat sebarang reaksi mereka. Kesatuan itu mewakili hampir 300 ahli yang terdiri daripada wartawan, jurugambar dan artis grafik yang menjadi nadi jabatan pengarang akhbar-akhbar keluaran Utusan Melayu (M) Berhad, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia dan Kosmo!.Tuntutan NUJ Utusan bagi CA penggal 2008 hingga 2011, antaranya, pelarasan gaji sebanyak 10 peratus, kenaikan gaji tahunan RM5, tambahan elaun kenderaan sebanyak RM50 dan pengekalan faedah-faedah lain yang terkandung dalam CA itu.Rundingan terbaru susulan CA lama yang telah tamat pada 31 Julai tahun lepas.Dihubungi hari ini, Amran berkata ramai anggota kesatuan tersebut menyokong tindakan berpiket.Difahamkan dengan kawalan ketat keselamatan sepanjang perhimpunan agung Umno - yang juga menyaksikan pertandingan sengit jawatan-jawatan utama parti - polis sukar meluluskan permit.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI