TERKINI ! ! !

TUESDAY, MARCH 3, 2009

(19) Zamry vs Nizar @ Crisis : Di sini terpacaknya Pokok Demokrasi (update 4.15pm)

Jika dahulu di zaman Parameswara, negeri melaka telah diasaskan juga di sebatang pokok..yang akhirnya menjadi salah sebuah kerajaan yang kuat ketika itu.

Penganut agama buddha juga percaya yang agama buddha di asaskan di bawah sebatang pokok.

Sidang dun paling terbuka dan bebas,di saksikan ratusan rakyat. Tahniah buat penguasa yang terus menguburkan demokrasi semata mata untuk menjadi keldai yang sanggup di cerca rakyat. Hari ini sejarah dunia dicipta…wujud satu benih pokok baru yang bernama ” pokok demokrasi rakyat “ di hadapan Bangunan Perak Darul Ridzuan. Kerana di situlah, dibawah pokok itulah satu majlis DUN telah diadakan dengan disaksikan oleh ribuan hamba rakyat, dan ratusan Polis serta FRU sebagai benteng Sidang terebut dapat dijalankan dengan aman. Terima Kasih FRU dan Polis.


Jika 150 tahun dahulu, Ipoh mendapat nama dari sebatang pokok, kini pokok Ipoh tidak lagi menunggal, ia kini mendapat pasangannya yang baru. Pokok Demokrasi !! Mari kita layan lagu pokok khusus dari Trajedi hari ini...

tanya sama pokok apa sebab goyang,
nanti jawab pokok sebab di kunci dewan,

tanya sama dewan apa sebab kunci,
nanti jawab dewan, tanyalah zamry !

nanti jwb zambry aku tanggung bala,
org lain punya idea, aku yang kena….

ada orang kata, aku..ada kuasa
hangpa boleh tengok sapa yang celaka ! Dah..cukup ler banyak itu !!


(18) Zamry vs Nizar @ Crisis : Tumpuan terarah ke bawah dulu Sultan Perak (update 3.15pm)

Bersidang sudah, usul juga sudah di terima, maka tumpuan utama kini ialah kepada baginda Sultan Perak. Apakah mesej jelas dari rakyat Perak ini dapat dilihat terang oleh Baginda..? Namun sehingga psoting ini ditulis ia masih tetap belum ada kesudahannya..! Laporan terkini dari Malaysiakini dibawah..

“This is a historic and meaning sitting. History has been made for the people of Perak and all those who loves democracy.” That is the response of Pakatan Rakyat leader Mohd Nizar Jamaluddin after the emergency sitting of the Perak legislative assembly was held today. The meeting was convened under a tree outside the state secretariat complex in Ipoh where the state assembly is located. The 28 Pakatan state representatives were barred from entering the complex this morning.


perak state govt crisis suk building rain tree assembly 030309 01Pakatan has won a moral victory of sorts by passing a vote of confidence for Mohd Nizar as the legitimate menteri besar as well as to dissolve the assembly to pave the way for fresh elections, but the outcome of the sitting will not be immediately known.

It is for certain that Mohd Nizar will try to seek an audience with Perak Sultan Azlan Shah as soon as possible to convey the assembly’s resolutions.

All eyes are now on the sultan’s response to this latest development and whether Barisan Nasional, which took power in the state early last month under controversial circumstances, will try to invalidate the decisions made during the sitting.

slim majority in perak 040209At a press conference later, Mohd Nizar appeared in a jovial mood flanked by 27 state representatives and several Pakatan MPs from other states.

“We have gotten the consensus for us to recommend to the sultan that the state assembly be dissolved. It there is no dissolution, the constitutional crisis (in Perak) will go on and political stability would be affected,” said Mohd Nizar.

“So we are crying from the bottom of our hearts for the people of Perak to urge the sultan to listen to the voices of the people and dissolve the state assembly. If not, the crisis would go on and on. We do not want that.”

Assembly meeting ‘lawful’


Mohd Nizar stressed that the sitting was lawful because assembly speaker V Sivakumar had issued a notice to all state representatives, except those who are suspended, to attend the assembly.

However, because the police and an unknown group of men had prevented the state reps from entering the state assembly today, the sitting was held under a large raintree in a carpark just a stone’s throw from the state assembly.

The meeting chaired by Sivakumar, who donned his speaker's ceremonial robe. None of the BN state assemblypersons however turned up for the meeting.

perak state govt crisis suk building rain tree assembly 030309 03Mohd Nizar added that under the instruction of the sultan, any sitting of the state assembly must be held within the assembly, but since the building had been sealed off, alternative arrangements had to be made.

“We were prevented from entering the building, so out of the doctrine of necessity, we held the sitting as close as possible, so the location underneath the raintree was best,” he said.

(17) Zamry vs Nizar @ Crisis : Lagi foto drama DUN di Ipoh hari ini (update 2.30pm)

Terkini 2.30 pm di Ipoh 
Laporan polis terhadap tindakan pihak keselamatan ke atas ADUN Wakil Rakyat yang dikatakan diarahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri akan dilaporkan kepada polis pada petang ini di IPD Ipoh berhadapan Pejabat POs, Ipoh pada jam 2.30 petang. Report polis itu akan dibuat oleh ADUN Titi Serong, ADUN Canning, ADUN Teja dan ADUN-ADUN PR yang lain.

Rentetan drama Sidang Tergempar DUN dari kacamata sahabat wak !
oleh : blogger 
anak sengat
..wartawan dari seluruh media termasuk luar Negara kelihatan Tak ketinggalan para bloggers. Ketibaan pertama pimpinan PR di kawasan perhimpunan ialah YB Dr Lee Boon Chai MP Gopeng. Beliau telah bertindak mengawal keadaan yang agak kecoh dengan Provokasi beberapa samseng melayu yang di fahamkan dari pertubuhan PEKIDA. Kawan kata tukang tarik kereta…….

Ketibaan YB dan pimpinan Pakatan Rakyat dengan dua buah bas diketuai YAB DS Menteri Besar bersama Speaker dan ADUN lain. Mereka diiringi oleh petugas Pakatan Rakyat menuju kawasan kawalan Polis. Pergerakan rombongan itu di sekat oleh budak samseng melayu umNO dari PEKIDA. Mereka mengeluarkan kata kata dan tindakan yang jelas mencabar kesabaran penyokong PR. Apa yang malang polis yang berkawal seakan tidak Nampak kekecohan di depan mata mereka ( MUngkikah ada persepakatan polis dan budak sialan ini untuk mengeruhkan suasana agar polis boleh bertindak?)

Namun dengan taktik petugas , kesemua ADUN Pakatan Berjaya melintasi sekatan dan berada di dalam kawalan polis. FRU yang bertugas telah menghalang rombongan tersebut. Di fahamkan beberapa tindakan kasar dari ANJING yang berkeliaran telah berlaku terhadap ADUN PR. Usaha Ngeh berunding dengan polis yang kemudiannya menghubungi Bapa Barua - Abdul Rahman Setiausaha Kerajaan Perak gagal. Selesai persidangan, Semua ADUN dan pimpinan rakyat bergerak ke Pejabat DAP untuk sidng akhbar. Beberpa insiden kecil berlaku di hadapan pejabat kerana kumpulan samseng melayu yang berkumpul di KOPITIAM milik pimpinan umNO. Mereka membaling gelas, bekas rokok dan batu kepada penyokong dan pimpinan PR.

PETUGAS PR YANG DITAHAN DAN DIPUKUL DALAM KOPITIAM BARAMAI RAMAI. BELIAU JUGA DIUGUT BUNUH. MOGA POLIS TIDAK BUTA DAN PEKAK



Blogger Ajijoi melaporkan kira-kira 300 orang penyokong beserta Adun-adun dan exco-exco Pakatan Rakyat telah dihalang daripada mengadakan sidang Dun Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.

Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang mula mengawal bangunan SUK sejak tengahari semalam mengadakan benteng untuk menghalang Pakatan Rakyat untuk masuk ke bangunan tersebut. Tiada kelihatan kelibat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak mahupun pegawai tinggi daripada bangunan tersebut yang berada disitu.

Segala perundingan hanyalah melalui pegawai polis yang berada di atas sebuah trak FRU yang ditempat dihadapan pagar SUK. Menurut saksi, hanya Speaker Perak dan juga Adun serta exco daripada BN sahaja yang dibenarkan masuk. Bangunan SUK ditutup untuk sebarang urusan hari ini berikutan notis tanpa tandatangan yang dikeluarkan semalam.

(16) Zamry vs Nizar @ Crisis : 3..2...1 action ! CUT !! drama ini belum habiss daa..!! (update 2 pm)

Zam..zam ala ka zam..ry eh! cut ! itu bukan dialognya..ngok ! Begini..! 3..2..1 action..!!! zam..zam ala ka zam...! teh tarik wunneek...! Cut !! itu juga bukan daa...!! wakakaka..!! Teringat lagi cerita “alip min nun wau, alip tendang wau, sarkis”. Sharp. Sinis tetapi tepat. Itulah P. Ramlee !!

Masa tengok cerita Laksamana Do Re Mi dulu, tak pernah aku terpikir macamana ada negeri yang boleh bersidang kat bawah pokok. Takkanla koro sangat sampai takdak bangunan langsung, sampai terpaksa menongkat dagu bawah pokok. Menteri2nya pun semua dok bawah pokok. Angkara Menteri Pasola yang merampas kuasa, habis dibakarnya satu negeri. Jadi tinggallah mereka, pemerintah yang sah, terpaksa bersidang di bawah pokok.

Lebih kurang 30 tahun selepas itu, perkara yang sama berlaku. Negeri dirampas, semua tempat2 sah dinafikan, yang akhirnya memaksa kerajaan asal yang masih sah bersidang dan bermesyuarat di tempat parking, kat bawah pokok. Kali ini, bukan Pasir Berdengung, tapi negeri yang terkenal dengan sejarah Pasir Salak, Perak. Inikah yang dikatakan Nostradamus Malaya? Entahlah, tapi P Ramlee memang tajam pemikiran kritisnya.

Perkara bersidang di bawah pokok ini membuktikan kepada rakyat secara nyata dan jelas bahawa kerajaan haram BN sekarang, dalam bahasa yang agak lembut sedikit - agar tiada pihak yang tersentuh, tadak teloq! Kalau kalian dah sahkan kerajaan korang sah, apa kejadahnya yang pegi tutup tempat bersidang? Bukankah korang boleh minta Polis untuk tidak membenarkan sesiapa menceroboh - jika ada asasnya? Atau mintak injuksi dari mahkamah untuk mengharamkan persidangan? Janganla dok main tipu, pastu acilut belakang Sultan! Ajak main bola, tapi tiang gol bawak lari sembunyik. Ajak ikut undang2, tapi time nak besidang kunci dewan!

Sekarang ni pulak berdegar2 ameno dok melagakan rakyat dengan istana. Hari2 dok kata Pakatan Rakyat derhaka. Derhaka. Derhaka. Apa, yang depa dok pemain Sultan sekarang ni bukan derhaka? Kalau bukan derhaka, habis tu apa? Penaya? Penaya Sultan yang tersepit di antara menjadi “lambang kedaulatan Melayu”, dan juga Raja seluruh rakyat.

*sigh*, ameno sekarang tak ubah seperti zionis yang menyerang Pakatan Rakyat dalam apa bentuk sekalipun. Dan setiap kali PR meminta justifikasi atas tindakan mereka, sepertimana zionis yang akan berlari bersembunyi di belakang Amerika, mereka juga berlari bersembunyi di belakang Sultan. Yang jahatnya zionis, yang menjadi mangsa Amerika. Yang jahatnya ameno, yang menerima akibatnya sekarang ialah istana!

Ampun Tuanku, patik faham dilemma yang dihadapi Tuanku, tetapi membenarkan juak2 ameno ini menolak Tuanku ke depan setiap kali berbuat kesalahan adalah satu tindakan yang menghina Tuanku. Dan patik sebagai rakyat merasakan bahawa penghinaan dari juak2 ameno mempermainkan Tuanku seharusnya diberhentikan dengan segera agar institusi istana dapat dijernihkan semula. Ampun Tuanku.

Jika ini tidak dihentikan, aku khuatir ameno akan betul2 menjadi seperti Menteri Pasola, menghambat istana pula keluar, yang akhirnya terpaksa bersemayam di bawah pokok dek kerana kegilaan ameno mempermainkan semua perkara. Negeri akan menjadi huru-hara sebab diperintah oleh Pasola yang gila perempuan dan kuasa (*eheemm*).

Inilah yang sebenarnya ameno nak. Ameno nakkan rakyat memusuhi Sultan. Ameno nakkan Sultan memusuhi rakyat. Ameno nakkan kedua2 ini bercakaran yang mana akhirnya ameno boleh “menjadi orang tengah penyelesai masalah”. Bagaimana? Dengan mengurangkan kuasa rakyat dan juga kuasa Sultan. Maka kembalilah kita kepada satu sistem yang sangat2 didambakan oleh ameno selama ini. Sistem yang memastikan satu bangsa dan satu kuasa sahaja bermaharajalela. Sistem yang menjadikan bangsa ameno sebagai bangsa ultimate. Sistem yang membolehkan mereka menyisihkan bangsa lain berdasarkan akal semata. Sistem yang telah dianuti oleh Nazi dan Zionis dalam memastikan bangsa mereka sebagai “bangsa perkasa”.

Zam zam… Alakazammm!
source : 
Matkeri

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI