Turun Padang !!! Mesra Rakyat !!! Ayuhh !!!

Calon PAS Mesra Rakyat
Dilulus terbit pada Tuesday, March 31 @ 17:21:56 MYT oleh TokPenghulu
Kenyataan Media Oleh rusly_islam

"AIR KUNING, 31 Mac : PAS membuat pendekatan dengan memastikan calon iaitu Dato' Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakili Pakatan Rakyat yang bertanding untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang itu bersikap mesra dengan rakyat. Ini dapat dilihat sendiri apa yang telah di lakukan oleh calon PAS itu apabila turun padang bertemu dengan rakyat.


Calon PAS itu dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat disemua peringat umur dan dalam semua keadaan. Setiap kali calon PAS bertemu dengan rakyat di sesuatu tempat, sambutan oleh masyarakat setempat dekat tidak kira Melayu, Cina dan India, tidak menghampakan malah menakjubkan kerana begitu ramai yang datang ingin bertemu dengan beliau dengan lebih dekat lagi.
Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi, berkata dalam sidang media hari ini bahawa beliau merasai sokongan yang diberikan oleh semua pihak jelas menunjukkan tohmahan yang dilemparkan kepada Nizar sebagai calon yang menjadi boneka DAP itu tidak benar sama sekali.

Ini dapat dilihat dengan sikap calon PAS itu boleh menyesuaikan diri dengan semua pihak dan juga jika dilihat semasa hari penamaan calon baru-baru ini begitu ramai penyokong Pakatan Rakyat membanjiri tempat penamaan calon itu berbanding penyokong Barisan Nasional. Bukan hanya kaum Melayu bahkan turut turun padang adalah dikalangan kaum Cina dan India yang turut sama membawa sepanduk-sepanduk mereka bagi menyatakan sokongan kepada Ir Nizar.

"Pendekatan lawan yang melontarkan tohmahan bahawa Nizar menjadi boneka DAP merupakan satu pendekatan lama yang dikitar semula dalam keadaan calon mereka sukar untuk bergaul dan ramah dengan rakayat", tegas beliau lagi.

Sementara itu, media turun melontarkan persoalan mengenai dalam tempoh 3 hari berkempen, bagaimana pendekatan Pakatan Rakyat lakukan untuk menembusi kubu kuat BN, kata Asmuni ;


" Pakatan Rakyat telah menyatakan bahawa kami menggunakan pendekatan 3 M iaitu, ‘Menerang, Mendampingi dan seterusnya Menawan’ hati para pengundi dimana alhamdulillah dengan pendekatan itulah Pakatan Rakyat telah dapat memasuki beberapa kubu kuat BN itu dalam tempoh beberapa berkempen ini".

Semua sedia maklum bahawa BN telah menyalahguna kuasa terhadap jentera kerajaan dimana mereka menggunakan tentera, media secara seluas-luasnya dalam masa berkempen. Merek menekan pihak Pakatan Rakyat dengan tidak memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk muncul di kaca televisyen, radio dan sebagainya.


Bagi pihak Pakatan Rakyat ianya tidak menjadi masalah kerana rakyat telah dapat menilai parti yang mana bersikap telus dan adil untuk menegakkan kebenaran.


Kesimpulannya, sokongan dari rakyat terhadap Nizar adalah semula jadi dan pendekatan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat tidak membataskan mana-mana perkauman, keturunan dan agama.

Untuk lihat video kenyataan media klik pada link Video PRK059 ini

"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI