Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2009

PAS PERLU KEKALKAN MOMENTUM BUKAN MELAYU !!!

Harakahdaily Wed Apr 29, 09 10:10:39 am MYT Pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri, Najib Tun Razak telah banyak mendapat kritikan pelbagai pihak. Harakah mendapatkan pandangan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin untuk mengupas tranformasi pentadbiran Najib. Beliau yakin untuk terus menang, PAS perlu mengekalkan momentum bagaimana orang bukan Islam boleh percaya kepada PAS dan dasar PAS. Ikuti temubual wartawan, IRWAN MUHAMMAD ZAIN bersama Pengerusi Lajnah Perundangan dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat. HARAKAH: Perdana Menteri baru, Dato' Seri Najib Tun Razak dan BN telah memperkenalkan konsep One Malaysia dalam pentadbiran beliau. Ramai yang melihat konsep ini sebagai melupakan perjuangan Ketuanan Melayu yang selama ini didokong oleh Umno. Apa komen saudara dalam soal ini? MOHD HANIPA: Saya rasa sebenarnya BN selama ini memang tak pernah pedulikan tentang orang Melayu. Kalau benar mereka pentingkan orang Melayu, mereka tak akan buat dasar-dasar yang merugikan orang...

HANIPA JAWAB KENYATAAN PEGUAM UMNO !!!!

Saya mengucapkan terima kasih di atas keperihatinan Dato Hafarizam untuk menjawab artikel saya yang tersiar secara meluas di alam internet ini (“ Zambry perolehi perintah yang tidak laku” ) Paling kurang saya berterima kasih beliau membaca artikel saya. Terima kasih sekali lagi.Sebagai peguam saya menghormati pendapat beliau dan bagi saya tidak salah untuk beliau mengambil keputusan menjawab artikel saya tersebut . Menyanjung roh demokrasi yang sebahagiannya adalah kebebasan bersuara , kita wajar menghormati kenyataan beliau ketika menjawab artikel saya tersebut.Saya tidak bercadang menjawab satu persatu apa yang beliau tulis sebaliknya memadailah saya hanya menjawab isu teras yang beliau bangkitkan di dalam kenyataan beliau tersebut.Ramai meminta saya jelaskan kenyataan beliau bahawa"Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa penggantungan Menteri Besar BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam exco kerajaan negeri itu oleh Speaker DUN Perak, V Sivakumar batal dan tidak sah,...

Sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker

Sidang DUN 7 Mei akan serlahkan kuasa speaker April 28, 2009 · Print This Article IPOH: Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak akan diadakan pada 7 Mei 2009. Satu tarikh terdesak, yang ditetapkan oleh kerajaan negeri kudeta tanpa persetujuan atau pengetahuan speaker Dun V Sivakumar. Kerajaan kudeta pimpinan DS Zambry AK, tidak mempunyai pilihan, selain wajib mengadakan sidang DUN dengan segera kerana tempoh waktu mengenapkan enam bulan daripada tarikh sidang Dun terakhir diadakan hanya tinggal beberapa hari lagi. Dewan mesti bersidang pada tarikh paling lewat sebelum berakhir Mei 2009 (kalau tak silap pada 16 Mei). Jika tidak bersidang, maka secara automatis dewan undangan negeri Perak terbubar. Pembubaranlah perkara yang paling ditakuti Umno/BN. Beberapa kes mahkamah juga masih tergantung. Namun adalah dipercayai, ia akan diselesaikan atau terselesai menjelang atau sebelum persidangan DUN itu. Kes saman DS Mohammad Nizar Jamaluddin yang mempertikaikan perlantikan Zambry sebagai mente...

MOH KITA KE PENANTI !!!!

KUALA LUMPUR, 27 April: Pilihan raya kecil Penanti 31 Mei Pilihan raya kecil Penanti akan diadakan pada 31 Mei ini manakala penamaan calonnya akan dibuat pada 23 Mei, umum SPR hari ini. Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran perletakan jawatan Adunnya, Mohamad Fairus Khairudin.Kenyataan SPR ini menamatkan spekulasi pilihan raya kecil ini akan ditolak. Bagaimanapun, ada juga spekulasi yang mendakwa SPR hanya menunggu keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno Jumaat lepas sebelum membuat keputusan. Ini kerana SPR sepatutnya membuat keputusan ini minggu lepas. MT Umno Jumaat lepas hanya membuat keputusan untuk menyerahkan kes ini kepada Biro Politiknya untuk membuat keputusan. Dalam pilihan raya lalu, calon PKR, Fairus menang dengan majoriti 2,219 undi mengalahkan calon BN, Datuk Abdul Jalil Majid. Tahun 2004, Jalil menang dengan majoriti 667 undi. Mengikut tradisinya, kerusi ini adalah milik PKR dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat dijangka akan mengekalkan tradisi ini. Pengarah Pilih...

Kespeaker Dun Perak ,Mahkamah salah masuk rumah ? !!

Penghakiman kes Speaker Dun Perak, mahkamah salah masuk? Tarmizi Mohd Jam Mon Apr 20, 09 7:58:53 am MYT KUALA LUMPUR, 20 April (Hrkh) - Dalam membuat keputusan yang menghukumkan Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Dato Dr Zambry Abdul Kadir, Mahkamah Persekutuan mengambil sikap yang berbeza dengan keputusan mahkamah sebelum ini yang mengambil kira kedudukan Perkara 72(1) Perlembagaan Persekutuan. Kata Prof. Dr Abdul Aziz Bari ketika ditanya mengenai permohonan 10 perintah yang belum kesemuanya dikeluarkan. Perkara 72(1), kata Aziz, jelas memberi imuniti kepada prosiding dewan. "Oleh kerana Tan Sri Alauddin Sheriff masih belum memberikan penghakiman bertulis, sebenarnya kita masih kabur. Tetapi ini mungkin dibangkitkan oleh peguam Sivakumar dalam prosiding di mahkamah berkenaan," katanya lagi. Apa pun, kata pakar perlembagaan itu, keputusan mahkamah dalam kes-kes terdahulu seperti Lim Cho Hock (1979), Tun Datu Haji Mustapha (1986) dan Haji Salleh bin Jafar...

ORANG INI SAHAJA YANG MENYOKONG UMNO - US IDRIS

Dikirim pada April 17, 2009 oleh idrisahmad Pilihanraya kecil Bukit Gantang , Bukit Selambau dan Batang Ai pada 7hb April 2009 telah berlalu. Keputusannya Pakatan Rakyat menang di dua bukit, tewas di Batang Ai. Rumusan bolehlah dibuat, saki baki mereka yang menyokong Umno di negara kita ialah; 1.Orang yang bodoh 2. Mereka yang berada di pendalaman yang tidak dapat ekses maklumat selain daripada TV dan akhbar perdana 3.Ustaz pengampu dan mata duitan (ustaz dollar and sen) 4.Peniaga yang ada kepentingan kontrak kerajaan 5.Orang miskin yang jahil 6.Orang yang tidak hadir ke kuliah agama 7.Orang yang keras hati dan buta hati 8.Nasionalis Melayu totok 9.Kaki pengampu 10.Orang yang suka budaya rasuah politik. 11.Orang yang tidak berminat ke surau dan masjid 12.Orang yang berjiwa hamba (jiwa kerdil) 13.Orang yang merasa sudah berada di zon selesa. 14.Orang yang longgar pegangan agama 15.Orang yang suka mendedahkan aurat. 16. Orang yang jauhkan diri dengan ulama’ yang muttaqin. 17.Orang yang s...

Kenyataan Media YB V.Sivakumar !!!

18 April 2009 Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Yang Dipertua Dewan Negeri Perak. . 7 Mei 2009 telah ditetapkan sebagai tarikh Persidangan Dewan Negeri Perak. Perkara ini tidak dirunding dengan saya terlebih dahulu. Saya tidak mengetahui tentang tarikh itu sehingga saya diberitahu oleh ADUN-ADUN yang lain. Notis dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan En. Abddullah Antong. Saya telah mengantung tugasnya sebagai setiausaha Dewan Negeri sebelum persidangan 'bawah pokok' yang dibuat pada 3 Mac 2009.Notis yang sama juga telah diberikan kepada saya oleh Setiausaha Dewan. Siapakah yang memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk mengeluarakan Notis. Arahan itu sepatutnya datang daripada pejabat Speaker. Tetapi, Speaker sendiri tidak tahu tentang tarikh persidangan tersebut. Mungkin sayalah yang terakhir dimaklumkan tentang tarikh persidangan. Bukankah ini satu tindakan yang aneh. Speaker dihina sekali lagi.Pada protokolnya, Spaeker yang harus memberi arahan kepada Setiausaha Dewan untuk men...

Selagi kes Nizar belum di putuskan lagi..!!!!

Sekalipun Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN, namun peguam yang mengetuai pasukan Sivakumar, Sulaiman Abdullah berkata, "Saya dan client saya tidak kecewa dengan keputusan mahkamah hari ini.""Apa yang kita akan lakukan adalah untuk berbincang dan melihat apa yang diputuskan mahkamah dan apa yang boleh dilakukan seterusnya."Saya dapati tidak ada pihak yang menang semuanya dan tidak ada yang kalah semuanya kerana masih ada ruang untuk berbincang dan bertindak walaupun mahkamah telah membuat keputusan."Selagi kes Nizar belum diputuskan, isu ini masih subur dan hidup," katanya merujuk kepada saman bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang mencabar pelantikan Zambry sebagai Menteri Besar yang baru di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.Pada 18 F...

UMNO tolak islam tak salah ???

Oleh Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepatutnya sudah lama benda al-Quran ini dibaca dan digunakan dengan meluas oleh semua orang termasuk oleh orang Cina”.(Berita TV1 pada pagi 6 April 2009 dan rancangan Berita TV9 jam 8.00 malam). Inilah lebih kurang, bunyi kata-kata saya sewaktu diminta mengulas penggunaan dan sebutan ayat al-Quran oleh Exco Kerajaan Negeri Perak, YB. Nga Ko Ming.Sebagai penjelasan lanjut, izinkan saya berkata begini.Islam ini pada dasarnya diturunkan untuk membawa petunjuk. Ia sumber hidayah. Ia menjadi rahmat dan penawar. Nilai gunanya adalah untuk seluruh semesta alam. Ia bersifat “rahmatal lil ‘alamiin.” Ia berguna untuk seluruh umat manusia tanpa mengira perbezaan kaum,suku bangsa, warna kulit dan bahasa. Sepatutnya, al-Quran itu boleh digunakan dengan jujur dan ikhlas oleh penggunanya tanpa mengira sesiapa.Pada saya, kesediaan YB. berkenaan yang cenderung menggunakan ayat al-Quran adalah satu permulaan kepada satu perkembangan yang cukup menggalakkan. Tidak ada ...

Apa yang sebenar di Mahkamah mengenai 3 Dun lompat !!!!

Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 10, 09 5:06:45 pm MYT Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut? Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut: 1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak. 2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untu...

NAJIB TOLAK SUARA AKAR UMBI !!!

Thursday, 9 April 2009 • Kategori: Berita Semasa , Berita Utama , Nasional , Parlimen Anna Yusof KUALA LUMPUR, 9 April (SK) : Pengumuman Perdana Menteri, Najib Razak menamakan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya termasuk enam orang yang kalah dan tidak bertanding dalam pilihanraya umum ke-12 lalu dianggap mempersendakan suara rakyat. Mereka adalah Sharizat Abdul Jalil, Dr Koh Tsu Khoon yang kalah serta yang tidak bertanding iaitu Chew Mei Fun, Awang Adek Husin, Jamil Khir Baharom, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Keenam-enam mereka dilantik sebagai senator petang ini supaya dapat menerajui pucuk pimpinan yang dilihat agak memeranjatkan rakyat itu. Timbalan Ketua Pemuda Umno yang juga Ahli Parlimen Jerlun Mukhris Mahathir di lantik timbalan menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian (MITI), Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan beliau dan sukan, tetapi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak diberi sebarang mandat di dalam kebine...

SURAT TUAN GURU KEPADA NGA KOR MENG !!

9 April 2009 YB Encik Nga Kor Ming EXCO Kerajaan Negeri Perak Pejabat EXCO Negeri Perak30000 Ipoh PERAK DARUL RIDZUAN. Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera Yang Berhormat, Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang. ”Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas. Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncu...

Target undi Melayu dan cina melebihi sasaran !!!!

Imej
TAIPING: PAS, yang berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang, memperoleh kira-kira 43 peratus pengundi Melayu - lebih daripada disasarkan parti itu. Malah PAS juga memperoleh sokongan besar daripada pengundi-pengundi Cina kali ini untuk kekal di Bukit Gantang yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 1959. "Sokongan kaum Cina dianggarkan naik daripada 65 peratus ketika Mac 2008 kepada 75 peratus kali ini," kata Pengarah Operasi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang, Asmuni Awi hari ini. "Dari segi sokongan pengundi Melayu, kami sebenarnya hanya menjangkakan kira-kira 40 peratus tetapi kami peroleh hampir 43 peratus, ia melebihi sasaran kami," kata beliau. Nizar memperoleh 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian menerima 19,071 undi dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris 62 undi. Peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 41,626 (75 peratus) naik tiga peratus dengan undi rosak sebanyak 456. Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir...

AZILAH DAN SIRUL DI HUKUM MATI !!!!

Imej
KUALA LUMPUR: Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu. Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya masuk hari ke-160 hari ini. Pada 31 Oktober 2008, Abdul Razak Abdullah Baginda dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersubahat dengan kedua-dua tertuduh kerana membunuh Altantuya.

UMNO SEMAKIN REPUT !!!!!

Imej
Salmah Mat Husain Wed Apr 08, 09 8:09:14 pm MYT KOTA BHARU, 8 April (Hrkh) - Kejayaan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil di Perak dan Kedah seakan-akan memberi isyarat jelas ketuanan Umno dan Barisan Nasional yang bertapak sejak merdeka kian reput. Dan dalam masa yang sama Pakatan Rakyat semakin deras bergerak ke hadapan sebagai persiapan menerajui pentadbiran negara. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kemenangan itu juga membuktikan rakyat termasuk bukan Islam begitu mual dengan tindakan pemimpin Umno dan BN yang sarat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. "Saya begitu kagum melihat masyarakat non muslim khususnya masyarakat India dan Cina yang telah hilang rasa fobia terhadap PAS sehingga mereka memberi undi pada pilihan raya kecil tersebut," katanya selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini. Pada pilihan raya kecil Bukit Gantang semalam, Dato' Seri Nizar Jamaluddin berjaya melonjat jumlah majoriti sehingga hampir 100 peratus be...

Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar di tukar semula ke Putra jaya !!!!!!

Kerajaan Haram Perak yang dipimpin oleh Zambry telah melakukan satu penganiyaan ke atas bekas Setiausaha Sulit Kanan MB Hj Nizar dengan menukarnya ke Kuala Lumpur. Che Leh sebelum ini berkhidmat di Putra Jaya setelah berkali-kali ditukarkan dari satu jabatan ke satu jabatan yang lain di Perak yang akhirnya bertukar ke Putra Jaya.Ketika Hj Nizar dilantik sebagai MB, jawatan Setiausaha Sulit Kanan kosong, sedangkan jawatan dan tugas tersebut sangat penting bagi menghubungkan antara Pejabat Menteri Besar dengan jabatan-jabatan yang lain. Che Leh seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang bertugas di Putra Jaya mengisi jawatan tersebut dan berkhidmat kepada Menteri Besar sehinggalah Zambry mengambil alih. Che Leh pun tidak berhasrat untuk berkhidmat dengan MB baru ini, tidak serasi katanya. Dia ada mohon supaya ditukarkan ke mana-mana Jabatan di Perak yang ada kekosongan sesuai dengan jawatannya. Ada beberapa jawatan di jabatan-jabatan lain kosong yang beliau layak mengisinya. Tetapi dihantar ...

Rakyat belum maafkan BN !!!! - Malaysiakini

Apr 8, 09 10:10am dikemaskini analisis Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan rakyat terus-menerus menolak BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.BN yang melontarkan slogan "mohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional" dengan gambar besar Najib dan barisan pemimpinnya jelas gagal mendapatkan restu tersebut - sama ada terhadap beliau sendiri atau menteri besar BN yang baru, Datuk Zambry Abd Kadir.Seperti dihasratkan oleh Pakatan, ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas. Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Niza...

Moga ke bawah Duli Sultan Perak Perkenan Bubar DUN !!!!

PASCA PRK : MOGA KE BAWAH DULI SULTAN PERAK PERKENAN BUBAR DUN Keputusan PRK Bukit Gantang membuktikan bahawa rakyat tetap dan terus istiqamah menyokong PR di Perak. Kemenangan dengan majoriti yang jauh lebih besar iaitu lebih dari 1,000 undi mencerminkan bahawa rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan sebagaimana yang dimahukan oleh PR. Oleh itu saya sebagai seorang rakyat Malaysia (walaupun bukan orang Perak) memohon perkenan Tuanku Sultan Perak agar membubarkan DUN untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak yang tidak berpenghujung hingga kini. Tidak ada gunanya kerajaan HARAM BN Perak memerintah kerana tindakan BN merampas kuasa dengan cara yang tidak bermaruah tidak diterima oleh majoriti rakyat Perak. Malah kita dapat melihat bahawa kerajaan 'HARAM' yang memerintah hari ini juga tidak dapat menumpukan perhatian kerana terpaksa menghadapi satu demi satu tindakan mahkamah dari PR sehingga Menteri Besar Kerajaan 'Kudeta', Zambry Kadir pun hilang fokus dan tidak mampu un...

Kalau anak jantan Zambry bubar Dun Perak !!!!

Kalau Zamry Kader anak jantan, bubar Dun Perak untuk rakyat pilih kerajaan baru! GERAK SEDAR ANAK PERAK (GESA) mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, calon PAS Bukit Gantang yang telah dinobatkan pengundi di sini sebagai pemenang dan wakil mereka di Parlimen menewaskan Ismail Safian, anak tempatan Changkat Ibol yang bertanding atas tiket BN.Presidennya, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan kemenangan ini sebagai hadiah dan penawar untuk PAS Perak yang kehilangan sebuah kerajaan bersama milik rakyat tiga bulan lalu dan sekaligus keputusan pengundi di sini menjadi referendum rakyat menolak Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, menyahkan kepimpinan baru Umno, menendang BN dari bukit dan apa yang paling penting, rakyat tidak merestui "Mohon Restu Rakyat" tajaan BN sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.BN dan Umno sewajarnya sedar dengan keputusan rakyat itu dan GESA mendesak agar kepimpinan kerajaan "haram" Perak membub...

Gas Pemedih Mata di Air Kuning !!!!!

PRK P059 BUKIT GANTANG (66) : Gas Pemedih Mata di SK Air Kuning .fullpost{display:inline;} keadaan betambah tegang di sek keb air kuning... 2 minit selepas gambar ini dirakam FRU melepaskan gas pemedih mata akibat dari pergaduhan penyokong UMNO Dan PAS selepas penyokong2 umno melempar kerusi ke arah penyokong2 PAS Ustaz Nasa sedang mententemkan keadaan penyokong Pas yang berang dengan perbuatan penyokong2 UMNO. Ustaz Nasa mengarahkan penyokong2 PAS bertenang dan mengalah demi menjaga keadaan supaya kembali tenang ~ Pinkturtle Posted by pemudabesut at 1:16 PM

MAHKAMAH BUKTIKAN SECARA JELAS NIZAR TIDAK DERHAKA !!!!

OLEH : BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK Sejak krisis Perak dicetuskan oleh Umno, parti tersebut tidak henti-henti menuduh Y.B Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Tuduhan derhaka tersebut dibuat hanya di atas andaian jahat semata-mata. Umno mengandaikan Y.B Dato’ Seri Nizar derhaka kerana enggan mematuhi keputusan Y.M Tuanku Sultan Perak. Meskipun Umno sedar tuduhan derhaka tersebut tidak mempunyai asas sama sekali namun di atas prinsip “matlamat menghalalkan cara” yang menjadi teras atau rukun politik Umno, gendang derhaka tersebut terus menerus dipalu oleh Umno bagi mendapat undi rakyat dengan cara yang tidak bermaruah. Sejak dari awal Dato Seri Nizar dan Pakatan Rakyat ( PR ) tidak pernah berniat jauh sekali menderhaka kepada Y.M Tuanku Sultan. PR dan Dato’Seri Nizar menerima dengan terbuka konsep Raja berperlembagaan PR boleh dan telah pun mengemukakan bukti-bukti sahih dan kuat yang secara jelas menunjukkan Umno adalah sebenarnya penderhaka kepada Sutan. Bukti-bukti y...

60% undi untuk PAS !!!!!

Imej
PAS ramal bolot 60% undi menewaskan calon BN di Bukit Gantang PAS dan BN masing-masing merasa calon mereka menang di Parlimen Bukit Gantang berdasarkan perkembangan terakhir menjelang hari mengundi esok, lapor Muda Mohd Noor dari Malaysiakini. PAS meramalkan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin menang dengan mendapat 60 peratus sokongan pengundi, termasuk sokongan padu pengundi kaum Cina yang berjumlah kira-kira 15,000 orang. Umno pula mendakwa kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membantu berkempen calon BN, Ismail Saffian pagi tadi akan menarik sokongan pengundi Melayu serta pengundi atas pagar. Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa ketika dihubungi hari ini berkata, Mohamed Nizar yang juga menteri besar Pakatan di Perak, boleh menang dengan majoriti sekurang-kurangnya 1,000 undi. "Kedudukan terkini ialah Datuk Seri Mohd Nizar mendapat sokongan padu dari pengundi kaum Cina. Majoriti pengundi Cina bersama kita... trend sekarang sama dengan pilihanraya umum 8 ...

SEJARAH PENDERHAKAAN UMNO PERAK DAN SELANGOR !!!!

Imej
Sejarah penderhakaan Umno Perak dan Selangor Mohd Fadli Ghani Mon Apr 06, 09 2:23:15 pm MYT NAMPAKNYA Umno/BN benar-benar tersepit di Bukit Gantang dan terpaksa menjaja isu derhaka untuk menarik sokongan orang Melayu. Kononnya calon PAS, Datuk Seri Nizar Jamaluddin penderhaka besar! Umno memberitahu rakyat bahawa pemimpin PAS adalah penderhaka kepada sultan dan tidak patut dipilih dalam pilihan raya. "Umno tidak pernah derhaka," kata bekas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Mohd Taib juga mewar-warkan bahawa Nizar adalah seorang penderhaka. Inilah wayang yang dimainkan oleh pemimpin Umno di Bukit Gantang untuk mengabui mata rakyat. Seolah-olah rakyat Perak buta sejarah, Tajol Rosli berkata, "Umno tidak pernah derhaka". Lupakah rakyat Perak kepada cerita Sultan Idris dengan jambang tidak bercukurnya. Selepas pilihan raya 1959 dahulu, kerana mengenangkan jasa (Tan Sri) Mohd Ghazali Jawi (bapa Tajol Rosli) yang...