Kalau anak jantan Zambry bubar Dun Perak !!!!

Kalau Zamry Kader anak jantan, bubar Dun Perak untuk rakyat pilih kerajaan baru!
GERAK SEDAR ANAK PERAK (GESA) mengucapkan tahniah kepada Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, calon PAS Bukit Gantang yang telah dinobatkan pengundi di sini sebagai pemenang dan wakil mereka di Parlimen menewaskan Ismail Safian, anak tempatan Changkat Ibol yang bertanding atas tiket BN.Presidennya, Tarmizi Mohd Jam menyifatkan kemenangan ini sebagai hadiah dan penawar untuk PAS Perak yang kehilangan sebuah kerajaan bersama milik rakyat tiga bulan lalu dan sekaligus keputusan pengundi di sini menjadi referendum rakyat menolak Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, menyahkan kepimpinan baru Umno, menendang BN dari bukit dan apa yang paling penting, rakyat tidak merestui "Mohon Restu Rakyat" tajaan BN sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.BN dan Umno sewajarnya sedar dengan keputusan rakyat itu dan GESA mendesak agar kepimpinan kerajaan "haram" Perak membubarkan Dun dan adakan semula pilihan raya umum peringkat negeri secara anak jantan.Katanya, apa yang terjadi di Bukit Gantang memberi signal jelas kepada BN dan Perdana Menteri tentang amalan politik lama yang dipraktikkan mereka sudah jauh ditolak oleh rakyat. Sebaliknya, sebuah kerajaan yang telus, demokrasi dan budiman amat diimpikan mereka dalam melangsungkan kehidupan di negara ini.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, April 08, 2009 0 ulasan

Kempen BN "Mohon Restu Rakyat" berjaya digodam kempen PAS "Kekal Kemenangan Rakyat" di Bukit Gantang!

SEKALIPUN BN telah mengundurkan Abdullah Ahmad Badawi dari menguasai serambi kuasa di Putrajaya, namun pertabalan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri yang baru dilihat tidak menjanjikan kemanisan buat Umno dan komponen yang semakin ditolak rakyat itu.Tema kempen BN di Bukit Gantang "Mohon Restu Rakyat" terbukti tidak dilunaskan oleh rakyat Bukit Gantang sendiri sebaliknya mereka masih mahukan Pakatan Rakyat terus menguasai bukit itu, yakni menepati tema PAS dalam kempen di sana "Kekal Kemenangan Rakyat".Bukan sahaja SB terkejut malah para pemimpin Umno yang baru dan lama tidak boleh menerima dan mengakui hakikat mereka kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, Kedah. Ini realiti yang sukar diterima oleh mereka setakat ini setelah berhempas-pulas berkempen dan menabur "rasuah politik" kepada para pengundi.Apa yang jelas, kempen BN "Mohon Restu Rakyat" ditolak oleh rakyat sendiri. Ini bermakna rakyat tidak merestui kompen BN itu dan melihat komponen yang ditunjangi Umno itu sebagai berlakon untuk menang dan berkuasa di negara ini.Jika benar BN mahu "Mohon Restu Rakyat" yang telah menolak mereka pada pilihan raya umum lalu, hingga tumbangnya kerajaan angkuh BN di Perak beralih kepada Pakatan Rakyat, kerajaan "haram" pimpinan Dr Zamry Abdul Kader patut membubarkan Dun dan mengadakan pilihan raya kecil peringkat negeri untuk mendapatkan semula apa yang dikatakan "Mohon Restu Rakyat" itu."Mohon Restu Rakyat" bukan hanya di Bukit Gantang tetapi rakyat Perak mahu Zamry dan BN akur dengan kehendak rakyat agar Dun dibubarkan bagi membolehkan rakyat menentukan kerajaan manakah yang mereka inginkan berkuasa di Perak.Itulah referendum pengundi Bukit Gantang pada pilihan raya kecil ini, semalam yang patut difahami dan ditekuni oleh pemimpin BN seperti najib Tun Razak, Zahid Hamidi, Muhyiddin Yassain dan Zamry Abdul kader. Rakyat sebenarnya tidak meretui BN merampas kuasa di Perak, menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, April 08, 2009 0 ulasan

Kekal status quo tetapi "2 Bukit" tolak mentah-mentah BN sekalipun pelbagai janji, jentera kerajaan dipergunakan raih undi!


TIGA pilihan raya kecil Selasa menyaksikan status quo dikekalkan dengan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang yang terdiri daripada PAS serta PKR, masing-masing mengekalkan kerusi yang dimenangi pada pilihan raya pada Mac tahun lepas, ulas Bernama.BN memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak selepas calonnya Malcom Mussem Lamoh menumpaskan calon PKR Jawah Gerang untuk menawan kembali kerusi DUN di kawasan pedalaman itu.Beliau memperolehi 3,907 undi berbanding Jawah 2,053 di kawasan DUN yang mempunyai 8,006 pengundi itu. Sebanyak 59 undi lagi ditolak.Majoriti Malcom lebih tingi berbanding 806 majoriti yang diperolehi calon BN Datuk Dublin Unting Inkot pada pilihan raya tahun lepas. Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian Dublin pada 24 Februari lepas.Ramai kalangan pemerhati politik merasakan bahawa kemenangan ini membuktikan bahawa parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia gagal dalam usaha melebarkan sayap mereka ke Sarawak, yang perlu dilakukan sekiranya mereka berhasrat untuk menerajui kerajaan persekutuan berikutnya.Malah menurut mereka keputusan itu menunjukkan bahawa pengundi di kawasan pedalaman Sarawak tetap berdiri teguh di belakang BN, dan tidak akan meninggalkannya dalam masa terdekat ini."Ini kerana janji-janji pembangunan, di mana BN berjaya melaksanakannya. Jadi mengapa perlu diubah, semasa nikmat pembangunan sedang dikecapi?" kata seorang pemimpin sebuah parti politik komponen BN.Sementara itu calon BN bagi DUN Bukit Selambau dan parlimen Bukit Gantang pula gagal dalam misi masing-masing menumbangkan PKR dan PAS.Di Bukit Selambau, Kedah, yang menyaksikan sejarah tersendiri tercipta apabila ia membabitkan pertandingan 15 calon, calon BN dari MIC Datuk S. Ganeson ditewaskan oleh calon PKR S. Manikumar.Calon dari parti pembangkang itu memperolehi 12,632 undi berbanding Ganeson yang hanya mendapat 10,229 undi, iaitu majoriti 2,403.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, April 08, 2009 0 ulasan

Hishamuddin masih berdolak-dalik, tidak mahu terima kekalahan kerana tolak Najib sebagai PM!

KEGAGALAN Barisan Nasional merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau daripada pembangkang bukan bermakna rakyat menolak kepimpinan baru negara yang kini di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Bernama melaporkan, Hishamuddin terdapat beberapa faktor tempatan dan nasional yang menyumbang kepada kekalahan itu."Itu adalah jauh sekali kerana (Datuk Seri) Najib baru pegang tampuk pimpinan dan barisan jemaah menteri belum pun diumumkan dan dalam keadaan ini, saya rasa jauh untuk orang menilai kepimpinannya kerana saya mengenali Najib dengan dekat dan melalui beberapa pilihan raya kecil dengannya."Saya percaya berikan masa kepada kami. Kita dapat buktikan bahawa politik BN bukan politik sementara, bukan politik sensasi dan bukan politik berkisar kepada isu-isu tertentu sahaja tetapi suatu perjuangan yang konsisten dan mengambil kira citarasa dan kehendak orang ramai, masa, tempat dan zaman," katanya.Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan pilihan raya kecil itu di mana kegagalan BN merampas kembali kerusi berkenaan daripada pakatan pembangkang di Bilik Gerakan BN di sini malam ini.Katanya adalah tidak adil untuk menilai prestasi BN di bawah pimpinan Najib kerana pilihan raya kecil berlaku ketika BN baru saja mengalami peralihan kuasa dan pertukaran pemimpinnya."Beri masa kepada kami dan kita akan membuktikan bahawa politik BN bukan sementara, sensasi dan berkisar pada isu tertentu sahaja tetapi perjuangan BN adalah konsisten dan mengambilkira aspirasi rakyat," katanya.Hishammuddin berkata kekalahan pilihan raya kecil itu memberi pengajaran berguna kepada BN dalam mengharungi masa depan terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.Dalam pada itu, beliau berkata BN menerima keputusan kekalahan kerusi DUN Bukit Selambau dengan hati terbuka dan parti itu akan mengkaji faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan itu."Ini merupakan satu pengajaran yang ada hikmahnya dan kita akan telitinya secara terperinci dan memastikan bahawa menjelang pilihan raya umum atau pilihan raya kecil yang akan kita hadapi, kita belajar dari pengalaman kita di sini," katanya.Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Mahdzir Khalid dan calon BN Datuk S. Ganesan.Sementara itu, Ganesan yang kelihatan sugul tetapi tenang menerima keputusan yang tidak berpihak kepada beliau dan BN."Kita hormati keputusan yang telah dibuat oleh pengundi di Bukit Selambau namun kita akan tetap terus berkhidmat kepada masyarakat di mana janji-janji yang telah diberikan, kita akan tunaikan," katanya.Dalam pilihan raya kecil itu, BN memperoleh 10,229 undi, calon PKR S.Manikumar mendapat 12,632 undi manakala kesemua 13 calon Bebas hilang wang pertaruhan. Majoriti undi 2,403.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Rabu, April 08, 2009 0 ulasan
Selasa, 2009 April 07

S. Manikumar gelapkan cita-cita rakus BN berkuasa di Bukit Selambau

MUKA baru dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Manikumar berjaya mempertahankan kerusi parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Selambau setelah menang dengan majoriti 2,403 undi, lapor Bernama.Kerusi itu pernah dimenangi oleh calon Bebas V.Arumugam setelah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) S.Krishnan dengan majoriti 2,362 pada pilihan raya lepas, sebelum beliau menyertai PKR.Manikumar, 35, memperoleh 12,632 undi manakala calon BN S.Ganesan mendapat 10,229 undi. Pilihan raya kecil itu mencatatkan sejarah tersendiri apabila ia menyaksikan pertandingan yang membabitkan 15 calon, termasuk 13 calon Bebas.Calon Bebas Mej (B) Anuar Abd Hamid mendahului undi calon-calon bebas yang lain dengan hanya memperoleh 528 undi dan hilang wang pertaruhan.Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Abdullah Mat Akhir di pusat penjumlahan undi di Dewan Sekolah Menengah Teknik 2 pada pukul 10.45 malam Selasa.Kawasan DUN Bukit Selambau mempunyai 35,140 pengundi berdaftar termasuk 15 pengundi pos dan 70 peratus daripada jumlah itu mengundi hari ini. Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Arumugam melepaskan jawatannya pada 8 Februari lepas.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Selasa, April 07, 2009 0 ulasan

PAS menang di Dun Changkat Jering dengan majoriti baru 1,689 undi!

PAS meningkatkan undi di Dun Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang dari 64 undi yang diperolehi oleh Osman Jailu pada pilihan raya umum lalu kepada 1,689 undi pada pilihan raya kecil Bukit Gantang hari ini.Maklumat yang diperolehi sebelum jam 5 petang tadi menunjukkan sesuatu utuk PAS dan BN. Jumlah undi yang dipungut oleh PAS di Dun Changkat Jering 9,897 sementara itu BN meraih 8,208 undi. Majoriti undi sebanyak 1,689 undi.Bagi Dun Kuala Sepetang, PAS mendapat 8,469 dan BN memperolehi 6,259 undi dengan majoriti sebanyak 2,210 undi.Bagaimanapun, di Dun Trong PAS kalah ditangan BN. PAS mendapat 3,441 undi dan BN mengaut undi sebanyak 4,245 undi dengan majoriti 904 undi.
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Selasa, April 07, 2009 0 ulasan

Kemenangan PAS di Bukit Gantang adalah referendum rakyat tolak Najib, nyahkan BN!


KEMENANGAN calon PAS Bukit Gantang, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menewaskan calon BN, Ismail Safian membuktikan referendum rakyat benar-benar berlaku untuk menolak kempimpinan Perdana Menteri yang baru, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan bala Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.Referendum ini juga menunjukkan kecondongan rakyat terhadap Najib dan BN, serta kepimpinan Umno yang baru, makin kuat meminggirkan parti pemerintah. Apakah BN masih berkuku lagi selepas ini dan bagaimana BN berdepan pilihan raya umum ke 13 nanti?
Dicatat oleh Tarmizi Mohd Jam di Selasa, April 07, 2009 0 ulasan

Sah! SPR istiharkan Nizar pemenang kerusi Bukit Gantang dengan menambah majoriti 2,879 undi

Dato' Seri Nizar Jamaluddin baru sebentar tadi diumumkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti yang meningkat 2,789 dengan memungut undi 21,860 undi. Keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 9:45 malam di Wisma Perbandaran Taiping.Calon Barisan Nasional, Ismail Saffian memperoleh 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 20,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api di kawasan tersebut.Nizar berucap kepada para penyokong sambil memuji kerja-kerja SPR yang penuh dedikasi sepanjang pilihan raya berlangsung. Walaupun ada percubaan pegawai SPR untuk melarang Nizar berucap, namun akhirnya mereka turun dari pentas itu dan membiarkan Nizar meneruskan ucapan kemenangannya.Dalam ucapan penerimaan Nizar berkata ini kemenangan kepada rakyat Perak dan Malaysia secara keseluruhan. Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui berkata pihaknya telah menjangkakan keputusan hari ini.Katanya ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI