Moga ke bawah Duli Sultan Perak Perkenan Bubar DUN !!!!


PASCA PRK : MOGA KE BAWAH DULI SULTAN PERAK PERKENAN BUBAR DUN

Keputusan PRK Bukit Gantang membuktikan bahawa rakyat tetap dan terus istiqamah menyokong PR di Perak. Kemenangan dengan majoriti yang jauh lebih besar iaitu lebih dari 1,000 undi mencerminkan bahawa rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan sebagaimana yang dimahukan oleh PR.
Oleh itu saya sebagai seorang rakyat Malaysia (walaupun bukan orang Perak) memohon perkenan Tuanku Sultan Perak agar membubarkan DUN untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak yang tidak berpenghujung hingga kini. Tidak ada gunanya kerajaan HARAM BN Perak memerintah kerana tindakan BN merampas kuasa dengan cara yang tidak bermaruah tidak diterima oleh majoriti rakyat Perak.
Malah kita dapat melihat bahawa kerajaan 'HARAM' yang memerintah hari ini juga tidak dapat menumpukan perhatian kerana terpaksa menghadapi satu demi satu tindakan mahkamah dari PR sehingga Menteri Besar Kerajaan 'Kudeta', Zambry Kadir pun hilang fokus dan tidak mampu untuk mentadbir dengan baik.Ketidaktentuan kerajaan 'HARAM' Perak terus menyelubungi kita semua. Jika benar Sidang Bawah Pokok Kerajaan PR baru-baru ini tidak sah maka sudah pasti DUN Perak akan terbubar dengan sendiri bulan Mei ini kerana tidak mengadakan Sidang DUN selama lebih 6 bulan. (Jika fakta saya silap sila betulkan). Alangkah malunya negeri Perak jika DUN Perak terbubar dengan sendiri lantaran Sidang DUN tidak dipanggil selepas 6 bulan Sidang DUN sebelum ini. Jika Sidang DUN bawah pokok diiktiraf sah maka sudah pasti semua usul yang dibawa pada sidang tersebut adalah sah yakni YB Nizar masih MB dan yang paling penting DUN juga terbubar dengan sendiri kerana usul pembubarannya telah diluluskan pada Sidang bersejarah tersebut.
Jadi jalan penyelesaian bagi kemelut dan kekalutan ini ialah Ke Bawah Duli Sultan Perak memperkenankan pembubaran DUN Perak dengan segera bagi memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan Baginda yang baru.
Daulat Tuanku!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI