04 April 2009

BUKIT GANTANG : HANYA MELAYU YANG LEMAH FIKIRAN SOKONG UMNO !!!!!


Ini adalah lakonan terbaru daripada MCA untuk rakan baiknya UMNO:

Malaysiakini | 3 April 2009

Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin “perkongsian kuasa sebenar”.

“Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

“Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti. Baca seterusnya di DSAI blog.

Berikut adalah satu kajian tentang pola pemikiran pengundi berdasarkan pelbagai latar belakang dan persekitaran bagi salah satu daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Masyaallah! Petunjuk yang jelas!

  • 81% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM pun.
  • Hanya 19% undi UMNO datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM ke atas.
  • Hanya 2% ketua keluarga pengundi UMNO mendapat pendidikan di universiti.

  • 93% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya lulus SPM dan lebih tinggi.
  • Hanya 7% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya tak lulus SPM.
  • 40% undi PAS datang daripada keluarga yang ketuanya mendapat pendidikan di universiti.

Kita mudahkan lagi:

  • Universiti : UMNO 2% - PAS 40%
  • STPM/Diploma : UMNO 10% - PAS 31%
  • SPM : UMNO 7% - PAS 22%
  • SRP/LCE : UMNO 18% - PAS 5%
  • Sekolah rendah / sekolah atap : UMNO 57% - PAS 2%
  • Tak pernah bersekolah : UMNO 6% - PAS tiada

Kesimpulannya, kita berhadapan dengan masalah kualiti daya intelek pengundi Melayu. Orang Melayu yang sukar memahami isu di persekitaran kita ialah golongan yang rendah tahap pendidikan. Majoriti Melayu berpendidikan sederhana dan tinggi telah pun menyertai pendirian politik Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pendekatan yang sesuai dengan rendah upaya fikir majoriti Melayu UMNO itu mesti dikaji. Di samping itu, PAS dan PKR perlu memangkin pembudayaan intelek dalam masyarakat kampung Melayu. Kalau pengundi Melayu rajin membaca dan berilmu, mereka pasti meninggalkan UMNO kecuali segelintir yang selesa mengambil kesempatan daripada kebodohan bangsa sendiri.

Maka betullah dakwaan yang menyatakan bahawa UMNO adalah parti yang memartabatkan perbuatan rasuah dan penipuan. Rupanya amat senang bagi pemimpin umno penipu penyokong mereka kerana ahli dan penyokong umno termasuk para blogger pro-UMNO terdiri daripada mereka yang lemah fikiran.

Terima kasih kepada: Penitip Minda “Putra JB” kerana peringatan saudara. Penghargaan kepada : Jeritan Minda

1 ulasan:

  1. [color =darkred] 81% + 19% + 2% = 102% [/color].

    [color=green]93% + 7% + 40% = 140%[/color]


    reti buat statistik ke tak?.....
    ahli matematik mana yang pandai sgt buat statistik lebih dari 100%???


    kajian selama berapa tahun? sumber dr mana?....
    kajian itu buat di tempat mana?kelantan?...seluruh kelantan ke atau satu kawasan pasir putih sahaja atau satu peti undi jer?....
    undi kan rahsia? mana tahu org undi UMNO atau PAS?....

    kalau SPRM yg keluarkan statistik ni pun boleh diragui ketelusan selama ini memegang undi itu = rahsia.....

    takde endorse dari mana mana institusi yg bertauliah......jwbnya.....SAMPAHKAN AJER STATISTIK INI.....



    UMNO lagi ramai sekolah pondok drpd PAS?!! sejak bila kt johor bersepah2 sekolah pondok??...setahu saya, kt kelantan jer byk....

    nk menipu pn kasi la logik sket...buat malu jer la....

    BalasPadam