BERSEDIA UNTUK KE PERAK !!!!

Hadapi pembubaran Dun Perak, Petugas PAS diarah bersedia
Hashim Abdullah Sun May 17, 09 8:30:41 am MYT

TEMERLOH, 17 Mei (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man telah mengarahkan Petugas PAS di negeri ini bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya kecil Dun Perak yang berkemungkinan berlaku pada bila-bila masa dari sekarang.

Arahan diberikan Tuan Ibrahim dalam program penerangan PAS Temerloh, di Markas PAS Cempaka, dekat sini, baru-baru ini.
Tuan Ibrahim amat bimbang dengan situasi yang berlaku di Perak yang memerlukan semua pihak dalam parti bersiap sedia untuk diarahkan pada bila-bila masa.
"Petugas PAS perlu bersedia untuk diarahkan pada bila-bila masa. Pilihanraya kecil Dun Perak kali ini jika ada adalah pilihan raya kecil berbeza dari sebelumnya kerana ia dijangka melibatkan pembubaran DUN Perak.
"Keperluan persiapan petugas lebih besar dari sebelumnya. Saya harapkan setiap ahli melakukan pengorbanan yang termampu. Bila masa untuk kita diminta bertugas kita segera berangkat,"katanya. - mks. _

Ulasan

  1. Tuan,
    Sukar percaya DUN bubar, tapi kalau bubar, proses by-election akan berlaku sepanjang minggu PAS bermuktamar bermula 30/5 hingga 90 Jun 2009.
    Politik kini adalah kelicikan pada kesempatan dan menikam ketika musuh leka.
    Sebab itulah tidak perlu kerajaanperpaduan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI