12 Mei 2009

Ganesan nafi ada keluar kenyataan !!

12 Mei 2009

Sidang khas DUN untuk singkir Nizar tidak benar.

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang tidak sah pelantikannya , R Ganesan, berkata beliau menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak dan terserah kepada pemimpin Barisan Nasional (BN) untuk melakukan tindakan bersesuaian dan relevan.
Ganesan menafikan ada mengeluarkan kenyataan kepada sebuah laman web berita bahawa BN sedang memikirkan bagaimana mahu mengadakan secara sah Sidang DUN tergempar untuk menyingkirkan Mohammad Nizar menerusi undi tidak percaya."Saya hanya komen kami menghormati keputusan mahkamah dan terserah kepada kepimpinan BN untuk melakukan tindakan yang relevan dan sewajarnya.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:33 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan