16 Mei 2009

Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang menang tanpa bertanding !!!!!

Pemilihan PAS, Tidak Ada Pertandingan Presiden Bila Tuan Guru Hj.Hadi Awang Menang Tanpa Bertanding Bagi Mengekalkan Jawatan Itu

KUALA LUMPUR [5.00 pm] - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (foto) mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala lima orang dicalonkan untuk bertanding timbalan presiden dan 16 lagi untuk jawatan naib presiden. Manakala 86 orang lagi dicalonkan untuk bertanding jawatan ahli jawatankuasa pusat PAS. Dan jumlah ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Mustafa Ali adalah yang teramai dalam sejarah pemilihan parti itu. Abdul Hadi mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan. Satu lagi kawasan iaitu Bukit Bintang di Wilayah Persekutuan telah mencalonkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk bertanding presiden. Untuk layak bertanding bagi semua jawatan parti, setiap calon perlu mendapatkan sekurang-kurangnya dua pencalonan. Bagi jawatan timbalan presiden, lima orang yang dicalonkan termasuklah penyandangnya, Nasaruddin Mat Isa.Empat lagi yang dicalonkan untuk jawatan timbalan presiden ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din; Naib-naib presiden; Datuk Husam Musa dan Mohammad Sabu. Nasaruddin, Abdul Razak, Dr Harun turut dicalonkan untuk bertanding jawatan naib presiden, bersama-sama tiga lagi penyandangnya, Husam, Mohd Sabu dan Ahmad Awang. Pertandingan adalah untuk merebut jawatan naib presiden dalam pemilihan PAS bulan depan. Sepuluh lagi calon naib presiden ialah Datuk Dr.Hasan Ali (Exco Selangor), Idris Ahmad, Datuk Kamaruddin Jaffar, Datuk Mahfuz Omar (ahli Parlimen Pokok Sena), Nik Mohd Amar Nik Abdullah (Exco Kelantan), Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar), Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Pakatan Perak), Salahuddin Ayub (MP Kubang Krian), Taib Azamuddin (MP Baling), Datuk Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang) Pertandingan bagi jawatan AJK pusat adalah untuk 18 kerusi, manakala enam lagi kerusi AJK dilantik oleh parti. Menurut Mustafa, surat tawaran akan dihantar kepada semua calon untuk mendapatkan pengesahan mereka bertanding. Pencalonan bagi jawatan utama parti ditutup pada 8 Mei lalu, manakala pencalonan bagi jawatan utama Dewan Pemuda dan Muslimat PAS adalah pada 17 Mei ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan