10 Jun 2009

Henti Bangkit Isu Kerajaan Perpaduan !!

Henti bangkit isu Kerajaan Perpaduan

Mohd Rashidi Hassan rashidi@harakah.net.my Wed Jun 10, 09 11:31:00 am MYT

GESAAN Dato' Mustafa Ali kepada semua pihak termasuk dalam PAS dan Pakatan Rakyat supaya menghentikan segera bercakap soal Kerajaan Perpaduan mesti diambil perhatian segera.
Mustafa dalam sidang akhbarnya di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, 9 Jun lepas mahu semua pemimpin PAS berhenti mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berhubung isu kerajaan perpaduan.
Tegasnya, idea bekerjasama dengan Umno (dalam isu-isu yang khusus) pernah dikemukakan dalam mesyuarat AJK PAS Pusat, namun ianya tidak dijuruskan kepada suatu keputusan yang konkrit.
Katanya, idea tersebut dikemukakan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi ahli-ahli PAS tidak mempersetujuinya.
Isu kerajaan perpaduan katanya juga, tidak pernah dibincangkan (dalam mesyuarat AJK Pusat) dan tiada keputusan yang dicapai mengenainya.
Mustafa memperakui, daripada reaksi AJK PAS Pusat tidak bersetuju dengan idea tersebut dan oleh kerana itu PAS merasakan tidak perlu sebarang perbincangan mengenainya dibuat.
Tegasnya, terma bekerjasama atau 'cooperation' telah disalahertikan kerana PAS tidak akan bekerjasama dari segi politik dengan parti seteru seperti Umno.
Beliau juga memperakui isu ini sudah menyebabkan kekeliruan di kalangan Pakatan Rakyat.
Gesaan menghentikan perbincangan mengenai Kerajaan Perpaduan ini kata Mustafa, tidak bertujuan untuk 'menyapu sampah ke bawah karpet' - not sweeping under the carpet - kerana isu ini tidak pernah timbul.
Katanya 'unity talk' dengan Umno tidak relevan buat masa sekarang.
"Kita kini bersama dengan Pakatan Rakyat dan adalah tugas kita untuk menguburkan Umno di Manek Urai," tegasnya.
Mustafa juga melahirkan harapan agar isu kerajaan perpaduan tidak lagi ditimbulkan sehingga Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Secara jujurnya, penulis memperakui bahawa Mustafa terpaksa berbuat sesuatu untuk menghentikan isu kerajaan perpaduan. Ia bukan lagi isu, ia sudah menjadi polemik.
Polemik ini, ternyata sudah menyebabkan ramai orang keliru. Orang dalam PAS pun keliru, orang di luar PAS juga lagi bercambah kekeliruan mereka. Habis semua bercelaru.
Kekeliruan timbul kerana isu ini mewujudkan tanggapan bahawa PAS sudah mahu berbaik-baik dengan Umno dan sekaligus meninggalkan Pakatan Rakyat.
Walaupun penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi PAS, bahawa PAS sesekali tidak berhasrat hendak bergabung dengan Umno dan mahu bersungguh-sungguh mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat, namun isu ini tetap hangat dibicarakan.
Isu ini sudah mengundang persepsi yang tidak memberangsangkan terhadap PAS. Selepas Muktamar Tahunan PAS ke-55 di Shah Alam berakhir, ramai pemimpin-pemimpin PAS dipersoal dan diasak ahli serta penyokong yang mahukan penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.
Bukan sahaja pemimpin diasak, malah PAS turut diasak dan dipersoalkan oleh rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang mahukan penjelasan pemimpin.
Kerana bagi mereka isu kerajaan perpaduan mengundang persepsi yang negatif terhadap PAS dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat yang bukan Melayu-Islam.
Pada hemat penulis, saranan Mustafa harus diterimapakai serta merta. Dan, jika pun pemimpin-pemimpin PAS mahu bercakap mengenai kerajaan perpaduan mereka mesti mengelakkannya dari bercakap kepada media massa yang kebanyakannya pro Barisan Nasional dan akan melaporkan sesuatu menurut kepentingan BN.
PAS bersama rakan-rakan Parti KeADILan Rakyat dan DAP ada platform Pakatan Rakyat. Alangkah baik jika apa juga isu yang berkaitan, dibincangkan dan diperhalusi bersama rakan-rakan.
Jika dilontarkan tanpa pengetahuan yang jelas rakan-rakan, takut-takut ianya akan mengundang fitnah dan menimbulkan persepsi negatif terhadap PAS.
Hayatilah penegasan Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz Nik Mat, "Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu (di Ipoh). Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.
"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam, 6 Jun lepas.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Umno adalah telur-telur yang ditinggalkan oleh penjajah

3 ulasan:

  1. Setuju sangat dengan saranan Dato Mustafa tu.Pemimpin tertinggi tidak seharusnya membuat kejutan dengan kenyataan yang menjadi ahli2 diperingkat akar umbi terkedu.Saya diperingkat bawahan ini melihat ada yang tidak kena dari segi penyampain maklumat...masakan TGD Nik Aziz tidak bersetuju..Satu gagasan sebesar ini yang jika dilaksanakan sudah pasti akan mengubah corak pemerintahan negara tidak boleh dilaksanakan dengan serta merta.Selepas PRU13 pun perkara ini tidak akan apat dilaksanakan.
    Sesuatu yang baru sudah tentu akan mendapat bantahan dan tentangan. Issu ini jika tidak ditanggani dengan baik akan meberikesan yang buruk kepada parti.

    BalasPadam
  2. KERAJAAN PERPADUAN

    Kuasa politik Melayu/Islam semakin terhakis.

    Hanya kuasa politik melayu/Islam sahaja yang boleh mempertahankan agama, bangsa dan negara.

    Semua pemimpin Melayu/Islam harus sedar dan kembali kepangkal jalan.

    Selamat kan kuasa politik Melayu/Islam sebelum terlambat.

    BalasPadam
  3. Salam....

    Apa sumbangan Mustapha Ali dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Apa sumbangan Tuan Nasaruddin dalam menarik bukan Islam untuk bersama dengan PAS? Berceramah? Turun padang? Sekadar melemparkan senyum? Atau apa? Jawablah soalan soalan ini dengan jujur. Kami ahli bawahan yang berada di lapangan inilah yang meleleh peluh memikirkan bagaimana untuk berhadapan dengan sahabat sahabat bukan islam dan menarik mereka mendekati PAS. Bukannya kamu wahai Mustapha. Bukannya kamu wahai Nasaruddin. Kami !!

    Anda hanya tahu menyebutkan - "KINI BUKAN ISLAM TELAH BERSAMA SAMA DENGAN KITA DAN MEREKA TELAH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN KEPADA KITA UNTUK MEWAKILI MEREKA". Memang benar tetapi sedarkah kamu bahawa kami ahli bawahan di lapangan inilah yang bekerja untuk menghasilkan kejayaan itu.

    Kami telah berjaya mewujudkan suasana kekeluargaan dengan sahabat sahabat bukan Islam. Kenapa kamu ingin menghancurkannya? Adakah status "PIMPINAN" yang kamu miliki itu membuatkan kamu boleh memutuskan apa sahaja untuk jemaah ini?

    Wahai Mustapha, wahai Nasaruddin, wahai TG Hj Hadi, jemaah ini bukanlah milik eksklusif sesiapa sama ada ulama, profesional, penarik beca, petani, nelayan, penoreh getah mahupun anak muda seperti kami. Jemaah ini adalah milik sesiapa juga yang mahu menunaikan tanggungjawab jihad yang difardhukan oleh Allah swt menerusi petunjuk Rasulullah saw.

    Janganlah memperbodohkan kami. Syurga itu bukan dikhususkan untuk ulama sahaja dan neraka itu pula bukanlah dikhususkan untuk golongan bukan ulama.

    Lebih mulia untuk bekerjasama dengan sahabat sahabat bukan Islam yang mahu memahami Islam daripada bekerjasama dengan UMNGOK yang nyata sekali telah mengkhianati Islam berulang kali.

    Baca lanjut di www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

    BalasPadam