Laungan 'Bubar Dun' di Dewan Rakyat !!!


Persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (foto), melaungkan "Bubar DUN Perak" sejurus mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang. Rakan beliau dari Perak, Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) lantas mengikut dengan melaungkan slogan sama dan memakai lilit kepala hitam dengan tulisan "Bubar DUN" di ikuti beberapa rakan lain. Suasana Dewan Rakyat terus riuh dan kecoh apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bertikam lidah dengan wakil Pembangkang. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia lantas menegur sikap wakil pembangkang itu yang jelas melanggar peraturan Dewan Rakyat dan mengarahkan mereka berhenti. Beliau mengingatkan mereka bahawa Dewan Rakyat bukan seperti Dewan Undangan Negeri Perak yang boleh mereka perlakukan sedemikian rupa. Apabila Ngeh dan Nga ingkar, Pandikar Amin memerintahkan mereka keluar Dewan. Beliau juga mengarahkan Nizar yang memulakan kekecohan itu untuk turut sama keluar.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI