SPR keterlaluan ikut telunjuk Najib - Anwar Ibrahim

Sebaik nama Tan Sri Aziz diumumkan sebagai pengerusi baru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), saya kaitkan prestasi dan rekod baiknya dalam perkhidmatan awam. Kebimbangan saya hanya keupayaan beliau mengendali SPR yang tercemar sebagai alat ampuh pimpinan UMNO-BN yang tidak mampu memikul amanah dengan jujur dan adil.

Agak mengejutkan kerana harapan tipis kecundang dalam tempuh singkat. Keputusan SPR mengenepikan keputusan Speaker Perak mengenai perletakan jawatan ADUN menjurus kapada kesediaan mudah menjadikan diri sebagai kuda tunggangan. Tan Sri Aziz gagal membedakan tugas KSU dengan pengerusi SPR.

Dan kini dengan menganjak tarikh pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau selewat mungkin satelah selesai pemilihan UMNO, SPR bertindak keterlaluan menurut telunjuk Dato’ Seri Najib.

Kapada Allah SWT kita berserah disamping kerja kuat dalam saf untuk memastikan kezaliman, penipuan dan rasuah ditumpaskan.

ANWAR IBRAHIM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI