"Saya masih Speaker sah"


Johari Jaafar Sat Feb 14, 09 8:25:47 am MYT
IPOH, 14 Feb (Hrkh) - Adun Tronoh, V. Sivakumar menegaskan beliau masih Yang Dipertua Dewan Undangan Nwgeri Perak yang sah, sekaligus menafikan tohmahan pihak tertentu yang beliau telah dilucutkan jawatannya.


Beliau mengulas laporan sebuah surat khabar Tamil yang mendakwa beliau telah terlucut dari jawatan tersebut selepas Barisan Nasional merampas Kerajaan Perak.
"Ramai yang menyangka saya telah kehilangan jawatan tersebut, ianya adalah tidak benar sama sekali,"tegasnya.
"Saya dilantik melalui proses undian oleh Dewan Undangan Negeri dan hanya akan dilucutkan melalui proses yang sama,"tegasnya lagi dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkannya semalam.
Menurutnya beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai yang Dipertua Dun dan berhak ke atas kemudahan yang diperuntukkan kepadanya. - mks. _

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI