Terkini !! _ mstar

Penyokong himpunan bantah dasar bahasa Inggeris rempuh polis

[DIKEMAS KINI, 3 PETANG] PETALING JAYA: Beratus-ratus penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat, dianjur bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Ingeris (PPSMI), yang merempuh polis dihalang daripada memasuki jalan ke Istana Negara.

Beratus-ratus penyokong merempuh sekatan polis untuk menuju ke Istana Negara kira-kira sejam yang lalu.

Kira-kira pukul 2.20 petang tadi mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.

Bagaimanapun mereka ditahan di laluan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana.

Kira-kira 2.30 petang tadi, sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang hanya membenarkan tujuh wakil perhimpunan itu bergerak ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kira-kira pukul 2.30 petang tadi, hanya Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang berada di pintu masuk ke Istana Negara.

Difahamkan beliau memasuki kawasan Istana Negara pada pukul 2.35 petang dan keluar 15 minit kemudian.

Sepatutnya tujuh orang dimaklumkan telah mendapat kebenaran untuk memasuki Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.

Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI