02 Jun 2009

Zambry, Menteri dihalau Penduduk Kampung

Zambry, Menteri Dihalau Penduduk Kampung

Walaupun Dr Zambry Abd Kadir berjaya memegang jawatan Menteri Besar melalui kaedah keputusan rayuan mahkamah, namun ia tidak bermakna rakyat Perak juga semestinya bersetuju dengan keputusan mahkamah tersebut.Kejadian yang berlaku terhadap Dr Zambry, serta rombongannya (termasuk anggota polis) sudah cukup memberi gambaran dan pengertian bahawa jabatan menteri besar yang dijawatnya tidak diiktiraf oleh rakyat jelata Perak yang rata-rata mahukan supaya Dewan Undangan Negeri dibubar seberapa segera.Kejadian berlaku di Batu 8, Lekir semalam kira-kira pukul 2,30 petang ketika Dr Zambry, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Lumut Kong Cho Ha dan rombongan beliau dihalau oleh tuan rumah kerana meletak kenderaan mereka tanpa meminta izin tuan punya terlebih dahulu."Menteri Besar Mahkamah" itu berada di kawasan tersebut kerana berhasrat menziarah mangsa angin ribut yang melanda malam sebelumnya.Menurut penulis blog manjungmari, oleh kerana tidak ada laluan ke rumah mangsa Dr Zambry serta rombongan mengambil keputusan untuk meletakkan kereta mereka dihalaman rumah rumah salah seorang penduduk di situ.
Melihat sahaja kehadiran Dr zambry diperkarangan kediamannya, tuan rumah telah meluru keluar dan menghalau beliau serta rombongan keluar daripada tanahnya.Walaupun diarah keluar Dr Zambry seolah-olah tidak mahu melayan herdikan tuan rumah tersebut malah pemandu kereta rasmi beliau dan kenderaan lain terus meletak kenderaan mereka di halaman rumah tersebut.Penulis blog itu menceritakan lagi Dr Zambry cuba mengertak tuan rumah dengan menanyakan sama ada beliau membayar cukai ke atas tanah yang didudukinya.Ini menyebabkan tuan rumah tersebut bertambah marah dan terus menghalau beliau dan akhirnya lawatan mengejut kepada mangsa angin ribut terpaksa dibatalkan.Lebih memalukan rumah mertua Dr Zambry dikatakan terletak berdekatan rumah di mana beliau serta rombongan dihalau.Menurut penulis blog lagi keadaan jauh berbeza apabila Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Jamaluddin berkunjung ke tempat yang sama pada sebelah petangnya.Beliau serta rombongan disambut mesra bukan sahaja oleh tuan rumah tersebut malah penduduk di situ. Sambutan rakyat di peringkat akar umbi terhadap Dr Zambry dan Nizar sudah cukup memberi penilaian terhadap perasaan rakyat berhubung kemelut politik Perak yang sehingga kini belum mencapai penyelesaian muktamad.Lebih-lebih lagi kejadian yang agak memalukan berlaku ke atas seorang ketua eksekutif kerajaan negeri memberi pengertian hakiki siapa "Menteri Besar Sah" dan siapa pula "Menteri Besar Mahkamah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan