Muafakat Pakatan Rakyat lebih Indah berbanding BN !!!

Abu Firdaus Mon Jun 01, 09 6:43:09 pm MYT

DARI segi bahasa, Pakatan Rakyat bermaksud permuafakatan rakyat, iaitu rakyat berpakat. Sementara Barisan Nasional dimaksudkan barisan kebangsaan. Mana lebih indah, pakatan atau barisan? Ia mungkin hanya nama gabungan parti politik, yang kebetulan dipilih mewakili sekumpulan pertubuhan siasah.

Makananya, setelah menubuhkan lima kerajaan negeri selepas keputusan pilihan raya umum ke-12, maka diberikan saja nama Pakatan Rakyat kepada gabungan kerjasama PAS, DAP dan KeADILan. Hakikatnya ia lebih mendalam daripada nama saja. Makna rakyat yang ada pada Pakatan Rakyat membawa maksud inti perjuangan ketiga-tiga parti itu.

Seringkali rakyat dilihat sebagai terjemahan kepada perkataan Inggeris �people�. �People� boleh bermaksud orang, orang ramai atau penduduk. Tetapi dalam bahasa Melayu, maksud rakyat adalah lebih mendalam. Sememangnya ia berasal daripada perkataan Arab, rakyat, tetapi apabila telah dimelayukan, ia membawa maksud tersendiri.

Untuk memahami istilah rakyat, maka boleh melihatnya dari sudut kebalikannya iaitu raja. Lawan rakyat ialah raja. Maka dalam sesebuah negara, hanya terdapat seorang raja, sementara yang lain adalah rakyat. Itu dalam konteks pandangan hidup tradisi Melayu. Maka raja memerintah dan menjadi lambang negara, tetapi ia hanya wujud kerana adanya rakyat. Ia bertanggunggjawab memberi keamanan dan kemakmuran kepada rakyat di negaranya.
Tetapi raja bukannya ketua rakyat. Dia adalah ketua negara. Sementara ketua rakyat ialah Bendahara, atau Menteri Besar, Ketua Menteri ataupun Perdana Menteri. Raja tidak boleh hidup tanpa rakyat, sementara rakyat tidak boleh hidup tanpa raja. Ada kalanya raja tidak dipanggil raja. Ia mungkin disebut sebagai Yang di-Pertuan atau Yang di-Pertua. Atau Yang di-Pertuan Besar. Atau Presiden.

Sememangnya kehendak rakyat bermacam. Untuk menentukan kehendak mereka secara fokus, maka kesepakatan diambil daripada siapa dan apa yang ada pada majoriti di samping memelihara kepentingan minoriti di kalangan rakyat. Maka rakyat dianggap sebagai tunggal tetapi suara majoriti yang memimpin tetapi turut memberi ruang kepada minoriti.
Inilah apa yang dimaksud dengan rakyat. Maka Pakatan Rakyat membawa makna permuafakatan rakyat dalam menguruskan negara. Ini berbanding dengan nasional, apa dimaksudkan dengan nasional yang asalnya bermaksud 'nation' atau negara bangsa. Maka nasional adalah negara bangsa atau kenegaraan dan kebangsaan.

Justeru, apabila dinamakan Barisan Nasional, maka ia merujuk kepada barisan negara bangsa Malaysia. Sementara Pakatan Rakyat pula bermksud pemuafakatan rakyat Malaysia. Jadi, apabah perbezaan antara rakyat dan negara-bangsa. Maka untuk memahami, wajar pula merujuk kepada kesedaran kebangsaan atau kesedaran nasional dibandingkan kesedaran rakyat.
Maka kesedaran nasional pula berkait dengan nasionalisme, iaitu pembentukan suatu bangsa daripada negara yang kebanyakannya muncul daripada runtuhan sesuatu empayar. Maka Malaysia umpamanya muncul daripada keruntuhan empayar British di Asia Tenggara. Maknanya pembentukan sesebuah negara terutama dalam abad ke-20 ini adalah hasil daripada keruntuhan imperialisme. Daripada imperialisme British umpamanya, maka Malaysia pun muncul.

Itulah nasional Malaysia yang muncul daripada perut imperialisme. Ada kalanya negara nasional yang muncul itu merupakan hasil daripada percaturan bagi mengekalkan kepentingan imperialis. Itulah yang berlaku apabila Malaysia ditubuhkan. Kerana hendak menjaga kepentingannya di Asia Tenggara dengan Singapura sebagai pangkalan pentingnya, maka dipaksakan penubuhan Malaysia melalui gabungan Singapura dengan Tanah Melayu. Untuk menjaga sensitiviti kaum di Tanah Melayu, maka gabungan itu diperluaskan untuk meliputi Sarawak dan Sabah.

Begitu juga pada peringkat awal ketika penubuhan Tanah Melayu. Ia bertujuan menjaga kepentingan British di Tanah Melayu, maka awalnya dicadangkan supaya ditubuhkan Malayan Union daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat. Tetapi kemudian ia berubah menjadi Persekutuan Tanah Melayu kerana imperialis British mahu memihak kepada orang Melayu yang diwakili Umno supaya Semenanjung itu tidak jatuh pada komunis.

Justeru segala perkembangan berhubung pembentukan nasional digerakkan atas kepentingan imperialis. Tindak balas itu yang melahirkan negara bangsa Malaysia. Bagaimanapun, cuba lihat keadaan rakyat pula? Rakyat mahu merdeka daripada imperialis. Pihak pertama yang memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu adalah Kesatuan Melayu Muda (KMM). Nama dia ada Melayu tetapi ia tidak bersifat Melayu.

KMM meniru Jong Java dan Jong Sumatra (Jong itu young atau muda) yang merupakan kesatuan bagi orang muda Jawa dan Sumatera. Tetapi penggerak idea bagi KMM ialah Sutan Jenain, seorang aktivis Parti Komunis Indonesia (PKI). Tetapi PKI pula berasal daripada Sarekat Islam Merah, yang pada asalnya adalah Sarekat Islam yang berpecah menjadi merah dan hijau.

Istilah Islam pada awal abad ke-20 di Indoensia tidak merujuk kepada agama atau umat Islam, tetapi rakyat di Hindia Timur Belanda. Maka begitu juga istilah Melayu dalam KMM. Ia tidak merujuk kepada bangsa dan kaum Melayu. Sebaliknya ia merujuk kepasda rakyat di Tanah Melayu.

Begitu juga apabila Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang digerakkan penubuhannya oleh Mokhtaruddin Lasso, juga seorang aktivis PKI. PJKMM yang merupakan lanjutan kepada KMM juga mempunyai istilah Melayu yang merujuk kepada rakyat Melayu, dan bukannya bangsa dan kaum Melayu.

PKMM merupakan penggerak kepada Perlembagaan Rakyat. Maka sekali lagi istilah rakyat timbul. Inilah merupakan asal usul pemahaman istilah rakyat yang kini turut dipegang oleh Pakatan Rakyat. Hubungan PAS dengan pemahaman rakyat juga jauh hingga kepada Sarekat Islam di Indonesia yang kemudian daripada Sareklat Islam Hijau, muncul Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi). Islam juga merupakan agama yang mengutamakan kepentingan rakyat._

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI