Janji 100 hari BN resah - Us Idris
Pemimpin umno Bn gelisah mengenai janji 100 hari PR yang diistihar di Konvensyen Pakatan Rakyat ke 2 pada 19/12/2010. Ini jelas kelihatan daripada kenyataan pemimpin BN termasuk daripada NGO umno menuduh ini janji yang tidak realistik. Mereka mengeluarkan kenyataan bahawa program ini membazir dan memberi kesan buruk kepada struktur ekonomi negara . Pas merasa pelik dengan sikap yang ditunjukkan oleh pemimpin umno Bn yang menuduh ini suatu usaha yang membazir. Semua program yang menguntungkan rakyat dianggap membazir, seperti kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang memberikan air 20 meter padu kepada rakyat di negeri tersebut. Apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hendak membina Menara Warisan 100 tingkat tidak dianggap membazir. Untuk kroni dan anak beranak tidak membazir. Sebenarnya pemimpin BN resah dengan janji 100 hari yang akan dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberikan mandat untuk mentadbir negara ini. Rakyat yang berada di bawah pemerintah BN