LAPORAN POLIS DARI BADAN-BADAN NGO PERAK TERHADAP BLOGGER FITNAH TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

12 Februari 2010

28 Safar 1431H
Email : mohd hafez sabri

Kami melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog yang membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan individu yang dihormati oleh masyarakat dalam dan luar Negara Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar negeri Kelantan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ketika ini sedang menghadapi pertuduhan.Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar dengan aksi liwat.

Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau. Blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab.

Kami memohon pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada bloger terbabit kerana bertindak di luar batasan.Siasatan boleh dibuat mengikut Akta Multimedia, Akta Fitnah dan Kanun Keseksaan yang mempunyai peruntukan jelas mengenai perbuatan fitnah.

Kami berpendapat bahawa penyiaran gambar lain yang mencolok mata yang melibatkan individu lain seperti gambar separuh bogel yang diubah suai dengan wajah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disiarkan dalam blog “anwar al-juburi” turut diambil tindakan yang sewajarnya.

Bertarikh pada 11 haribulan Februari 2010

PERTUBUHAN : ANGKATAN BELIA ISLAM PERAK : CIKGU SUHAIMI AB LATIF
TERAS PERAK: USTAZ WAN AHMAD TARMIZI
INSTITUT PEMIKIR MUDA MALAYSIA : SDR HAFEZ SABRI
JEMAAH ISLAH MALAYSIA ( JIM ) : ir MEGAT





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI