Berarak maulud tapi rasuah, tolak sunnah Nabi


| Print | E-mail
Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau.

Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah.

"(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno.

"Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri. Itu baru setiausaha politik, belum lagi menteri.

"Guna agama untuk kepentingan politik. Mungkin kerana tahun harimau, Umno mengganas sehingga hari keputeraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka," katanya.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai perbuatan menghalalkan cara.

"Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

"Yang penting bagi Umno untuk dapat kembali kuasa. Inilah perangai orang gila talak," katanya.

Padahal, kata Mahfuz, di Kedah perarakan maulud telah dibatalkan sejak zaman regim Umno memerintah lagi.

"Tak ada pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Datuk Seri Mahadzir Khalid, bekas Menteri Besar Kedah kenapa dia batalkan perarakan maulud. Banyak lagi negeri negeri lain di bawah regim Umno tak berarak pun.

"Kenapa media arus perdana tak persoalkan? Nampak makin jelas media jadi ketuloi (barua) Umno," katanya.

Beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negar

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI