Catatan

PERALIHAN KUASA : LARI DARI MULUT HARIMAU KE LUBUK BUAYA ?

Imej
Abdul Aziz Mustafa Sat | Sep 27, 08 | 2:42:56 pm MYT KUALA LUMPUR, 27 Sept (Hrkh) - Rakyat bimbang peralihan kuasa dari Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ubah seperti lari dari mulut harimau masuk ke lubuk buaya, kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar. "Najib bukan sekadar mewarisi indeks rasuah negara ini yang lebih buruk dari Israel, malah beliau masih tidak dilihat bersih dan terus dituduh antara penyumbang terbesar masalah rasuah di negara ini," katanya. Ahli Parlimen Pokok Sena itu merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara 2006 mendedahkan banyak perkara yang tidak kena dalam pengurusan perolehan enam buah kapal peronda (patrol vessel) Tentera Laut Diraja Malaysia, yang menimbulkan persepsi yang sangat buruk dan mencurigakan dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan. "Banyak persoalan yang tidak dijawab sehingga hari ini dari segi penambahan ko...

Aidil Fitri sambutan kemenangan menentang musuh Allah

Imej
Aidil Fitri mengingatkan kaum muslimin dan muslimat kemenangan umat dan tentera Islam melawan musuh-musuh Allah dan Islam di dalam medan-medan Jihad, dahulu dan sekarang. “Sadaqa Wakdah wa Nasara Abdah wa Aazza Jundah wa Hazamal Ahzaba Wahdah” bererti Allah menunaikan janjiNya, memenangkan HambaNya, menjadikan hebat tenteraNya, mengalahkan Tentera Bersekutu sekaligus. Ini bermakna tema Aidil Fitri sepanjang zaman ialah kemenangan umat Islam dan terus bergerak menuju kepimpinan dan membimbing dunia seluruhnya. Oleh itu isu Dakwah, Amal Jamaiyy, Khalifah dan Ustaziatul Alam sentiasa dikenang dan dikuatkan sepanjang kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama keluarga dan sanak saudara. Jadikanlah sambutan dan kunjungan kita sebagai permulaan dan penguat hubungan ke arah mengajak mereka bersama di dalam perjuangan Islam yang mulia ini. Perang Badar adalah peperangan pertama dalam sejarah Islam berlaku pada 17 Ramadan, dua tahun selepas hijrah Baginda ke Madinah. Walaupun kurang dari sudu...

AIDILFITRI SIMBOL KEJAYAAN UMMAT ISLAM

Imej
Sepanjang bulan Ramadan kita memohon keampunan, meneruskan tradisi tarawih, tadarus, tahajud, Qiyamullai, sedekah dan infak. Kita juga perlu bersederhana dalam makanan dan perbuatan. Apabila timbul keinsafan mendalam bahawa kita patut bersyukur kepada Allah dan tanda kesyukuran itu ialah bersifat ihsan kepada yang lain, ia bakal menjadikan kita golongan yang bertakwa dan kembali kepada fitrah. Ibadat puasa yang mengandungi tarbiyah secara amali kepada seluruh umat Islam tanpa mengira pangkat dan kedudukan untuk mendisplinkan diri dan hadapan Allah s. w. t. Dengan berpuasa kita mampu taat dan menghindari apa yang ditegah Allah, walaupun pada asalnya perkara itu adalah harus seperti makan minum di siang hari dan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa. Kita tidak melakukannya demi mematuhi perintah Allah. Pengajaran atau mesej di sebaliknya ialah kalau perkara yang asalnya adalah harus pun kita meninggalkannya kepada patuh kepada perintah Allah, maka tentulah perkara yang haram lebih...

Dapatkah Abdullah tekan MT ikut kehendaknya ?

Abdul Aziz Mustafa Fri Sep 26, 08 9:08:10 am MYT KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Dapatkah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memaksakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini tunduk kepada apa yang dilaporkan sebagai kehendaknya supaya perhimpunan agung Umno (PAU) dan pemilihan Umno ditangguhkan hingga ke tahun hadapan? Berdasarkan laporan , semua cara dirancang akan digunakan supaya kehendak Abdullah itu menjadi kenyataan. Bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Ruhanie Ahmad melaporkan dalam blognya, kuda-kepang.blogspot.com, cadangan Abdullah untuk menangguhkan mesyuarat agung perwakilan Bahagian dan PAU ke tahun hadapan malah dibangkang dan ditentang oleh timbalannya sendiri yang dilihat dan sentiasa dilaporkan begitu setia. Menurut sumber Seri Perdana, Abdullah telah memanggil Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi kelmarin untuk membincangkan isu-isu parti. Dalam pertemuan tersebut, Presiden Umno itu telah mencadangkan supaya Mesyuarat Baha...

Turun RM0.10 sen amat tidak memadai, rakyat kecewa dengan BN

Imej
Intan Abdullah | intan@harakah.net.my Thu | Sep 25, 08 | 12:10:26 pm MYT KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Meskipun ramai yang beranggapan tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebanyak RM0.10 selepas mesyuarat kabinet pada 24 September lalu merupakan bukti keprihatinan kerajaan ianya masih tidak meringankan beban rakyat. Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dengan kadar harga minyak dunia sekarang, kerajaan sebenarnya mampu menurunkan harga minyak pada kadar yang asal. "Adakah itu(RM0.10) sahaja yang layak bagi rakyat sebagai angpow raya?" katanya kepada Harakahdaily. "Sedangkan kita layak untuk mendapat kadar harga asal," Beliau yang juga ahli parlimen Kuala Krai melahirkan kekecewaan dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Kewangan yang baru dilantik, Dato' Seri Najib Razak. "Menteri baru pun tidak yakin untuk memberikan sesuatu yang lebih kepa...

ISA tidak mampu lentur hati manusia - Nik Aziz

Imej
Muhammad Yusri Amin Wed | Sep 24, 08 | 3:15:27 pm MYT KOTA BHARU, 24 Sept (Hrkh) - Kerajaan tidak perlu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi membentuk keperibadian manusia kerana kaedah kekerasan tidak dapat melentur hati manusia. Iklan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, manusia hanya boleh dibentuk melalui akidah dan tarbiah agama secara berterusan. "Tidak perlulah dikenakan ISA kerana ia tidak boleh membentuk manusia. Di dunia tidak ada makjun dan penawar selain dari takwa kepada Allah swt. Ada manusia yakin terhadap agama tetapi hatinya degil. "Dalam tubuh manusia ada seketul daging, sekiranya rosak maka rosaklah seluruh tubuh manusia," katanya pada satu program di sini, baru-baru ini. Beliau mengulas tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang semakin terdesak sekarang sehingga aktivis pembangkang dan media ditahan di bawah I...

Petanda Kejatuhan Empayar BN Semakin Jelas

Imej
Md Hakimi Tue Sep 23, 08 5:22:50 pm MYT TANAH MERAH, 23 Sept (Hrkh) ? Tiada sesiapa mampu menjangka Pakatan Rakyat kini semakin menghampiri penguasaan kerajaan di peringkat pusat dan bakal menggantikan ketuanan Barisan Nasional (BN). Biar apa pun kebangkitan rakyat pada Mac lalu membolehkan Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kelantan diterajui di bawah Pakatan Rakyat. Begitu juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Negeri Sembilan pula nyaris terlepas ke tangan Pakatan Rakyat. Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, tiada yang menyangka orang PAS boleh menjadi Menteri Besar di Perak dan Selangor negeri termaju boleh terlepas kepada Pakatan Rakyat. "Kerana itu tidak mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) yang hilang dua pertiga majoriti di parlimen boleh tumbang dalam tempoh terdekat ini kerana petandanya semakin jelas. "Kemenangan Pakatan Rakyat di lima negeri pada Mac lalu juga sesuatu di luar kotak pemikiran pimpinan BN sebelum ini. "Ber...

Beranikah Abdullah istihar pilihanraya mengejut ?

Imej
Shirzat Lifeboat Tue Sep 23, 08 9:38:13 am MYT Secara tradisinya, dua pihak yang sering beradu kuasa dalam politik Malaysia adalah Umno dan PAS Namun, di sebalik apa jua manifesto kedua-dua parti itu dalam 12 pilihan raya umum lalu, mengenai siapa yang lebih mampu mempertahankan hak dan kekuasaan politik Melayu dan kedaulatan Islam, penyokong, pengundi dan ahli-ahli parti berkenaan akan merasa kehilangan besar jika Umno atau PAS yang berkuasa di sesebuah negeri. Bagi rakyat, khususnya orang Melayu, sama ada PAS atau Umno yang menang, ia tetap merupakan kerajaan Melayu. Siapapun yang menang dan memerintah, ia tetap situasi menang-menang dan mencerminkan kuasa dominan politik Melayu. Pemimpin parti mungkin melihat kuasa politik dari sudut berbeza. Namun bagi rakyat yang waras, ia berkaitan dengan siapakah yang patut diberikan amanah dan prestasi pula diukur sejauh mana mereka yang dipilih boleh memberikan keselesaan buat rakyat. Peningkatan asas sokongan PAS dan penghijrahan pengundi dan...

MEMBINA KEKUATAN UMAT MENANGKIS SEKULARISME

Imej
Dipetik daripada tulisan : Y.Bhg Tuan Haji Abd. Ghani Samsudin Mukaddimah Pandangan hidup yang mempersetankan (mengkesampingkan) agama dan menganggap agama sebagai suatu halangan ke arah mencapai tahap kemodenan dan kemajuan madani memang wujud dalam masyarakat moden sekarang. Walhal menurut para pengkaji sejarah, bangsa primitif sekalipun yang telah membina berpuluh-puluh tamadun purba rata-rata menjadikan agama sebagai asas tamadun mereka. Malangnya dewasa ini masih terdapat ‘spesis’ manusia zaman moden yang melihat agama sebagai beban dan tidak relevan dengan kehidupan manusia. Mereka melihat agama sebagai sumber perpecahan dan pertentangan. Kehidupan ini menurut mereka tidak ada kaitannya dengan Tuhan dan Tuhan tidak boleh dibabitkan dalam kehidupan manusia samada untuk mengatur negara, kepimpinan politik dan pengagihan kekayaan atau pelaksanaan undang-undang. Pembabitan Tuhan hanya akan menyusahkan manusia. Dalam politik, Tuhan tidak ada. Kalau adapun Tuhan harus dihalang dari ter...

Khalifah Umar bin Abdul Aziz Khalifah yang Agung

Imej
Biodata Ringkas Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab T/Lahir : 61H Umur : 39 tahun Tarikh M/Dunia : 101H Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani UmaiyyahT arikh Lantikan : Safar 99H @ 717M Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan Pendidikan Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir. Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya) Sifat-Sifat Peribadi Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta...

PAKAIAN DAN CARA PEMAKAIAN KHALIFAH UMAR IBNU ABDUL AZIZ

Pakaian & Cara Pemakaiannya Seorang ulama’ Quraish meriwayatkan: Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah pernah berkata: Sesungguhnya aku bimbang kalau2 rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku tidak mampu untuk membeli pakaian2 kesukaanku. Sebelum dilantik menjadi khalifah, aku tidak pernah memakai pakaian yang dianggap masyarakat sebagai lusuh, bahkan aku sentiasa dianggap berpakaian baru. Setelah umar menjadi Khalifah, beliau telah membuang sikap & perangai demikian. Pakaian solat Seorang pengawalnya berkata: Suatu ketika, Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama kami dengan berpakaian yang bertampal poket depan dan bahagian belakangnya. Ketika dia sedang berehat, beliau telah di sapa seorang lelaki: Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah SWT telah membuka bagi mu pintu kemewahan. Alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri dengan pakaian hebat. Umar menundukkan kepalanya sebentar, kemudian menjawab: Sesung...

Najib mahu Zahid jadi timbalannya?

Imej
Abdul Aziz Mustafa Mon Sep 22, 08 5:14:08 am MYT KUALA LUMPUR, 22 Sept (Hrkh) - Bukan dua Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tetapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang digambarkan sebagai pilihan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadi regunya mewarisi kepimpinan negara. Akhbar The Straits Times Singapura (ST) membayangkan perkara itu apabila melaporkan, para pemimpin Umno menyatakan Najib tidak berminat dengan Muhyiddin atau Mohd Ali dan lebih memihak kepada Zahid yang pernah menjadi Setiausaha Politiknya. Perkara itu dinyatakan ketika akhbar melaporkan tentang minoriti kecil dalam Umno yang percaya Najib mahu mengekalkan keadaan yang ada sekarang di mana Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menjadi Presiden kerana beberapa sebab. Sebab pertama, kata mereka, jika Najib menjadi Presiden Umno, beliau terpaksa memilih sama ada Muhyiddin atau Mohd Ali sebagai timbalannya. Sedangkan, beliau memihak kepada Zahid. Selain itu, mereka percaya, jika...

Pemimpin Umno Pulau Pinang pun tolak PM

Imej
Abdul Aziz Mustafa Sun | Sep 21, 08 | 4:25:49 pm MYT KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bukan sahaja tidak diterima di negeri-negeri lain malah pemimpin Umno di negerinya sendiri, Pulau Pinang, memberikan gambaran yang sama. Seorang pemimpin Umno Pulau Pinang memberitahu, kedudukan Abdullah tidak dapat dipertahankan lagi dan beliau hendaklah berundur sebelum pemilihan parti Disember ini. "Abdullah tidak ada pilihan lagi. Beliau mesti berundur sebelum hujung tahun," kata pemimpin Umno yang enggan memberi namanya itu kepada AFP. "Abdullah kini dilihat sebagai pemimpin yang sudah tidak dapat mengawal parti dan kerajaan. "Beliau tidak boleh membuat sebarang langkah yang drastik untuk memulihkan semula kepercayaan para pemimpin parti yang secara terbuka menentangnya dengan mempersoalkan perjanjian peralihan kuasa," katanya. Abdullah ditekan hebat supaya berundur selewat-lew...

Abdullah batalkan hasrat berundur - blogger Umno

Imej
Abdul Aziz Mustafa Sun | Sep 21, 08 | 1:45:00 am MYT KUALA LUMPUR, 21 Sept (Hrkh) - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membatalkan hasratnya untuk meletak jawatan Oktober ini, kata blogger Umno, Amin Yatim (cuitsikit.blogspot.com) Malah, menurut maklumat yang beliau terima, Abdullah akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Umno Disember ini. Menurut Amin, walaupun selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) 18 September lalu Abdullah dikatakan akan meletak jawatan sebelum 9 Oktober, namun desakan menantunya Khairy Jamaluddin, Pegawai Khasnya Datuk Ahmad Zaki Zahid dan Setiausaha Politiknya yang juga Adun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad menjadi punca perubahan ini. Mereka meyakinkan Abdullah bahawa terdapat 100 bahagian akan menyokong pencalonan Abdullah sebagai Presiden Umno, kata blogger itu. Isu perubahan kepimpinan bertiup kencang semula selepas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh. Menurut Amin, Bekas Perdana ...

PASTIKAN PAS TERUS BERGERAK IKUT LANDASAN ISLAM

Roslan Shahir Fri | Sep 19, 08 | 3:55:14 pm MYT Kerana sayangkan PAS, satu-satunya gerakan Islam dalam negara yang berjuang mengikut lunas demokrasi bagi memartabatkan Islam di tanah air ini, maka kita akan lakukan apa sahaja untuk memastikan yang PAS ini terus bergerak mengikut landasan Islam yang telah diwarisi sejak dari zaman junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Kerana kita gerakan Islam, berjuang atas nama Islam dan Islam itu milik Allah, maka segala detail dan sudut gerak laku dan tindak kerja kita perlulah sentiasa menepati dan selari dengan apa yang telah digariskan oleh Allah dan RasulNya. Panduan tertinggi kita sudah pasti hanyalah al-Quran dan Sunnah selain ijmak dan qias. Itulah yang membezakan gerakan Islam dengan mana-mana gerakan, organisasi, badan atau parti lain. Dan kita memilih untuk terus berada dalam PAS kerana kita yakin akan janji Allah dan RasulNya, kita sama ada menempuh k...

IHYA DI MALAM-MALAM TERAKHIR RAMADHAN..

Imej
Ustaz Zainuddin Hashim Tazkirah Ramadan Baginda Rasulullah s.a.w apabila masuk sepuluh malam terakhir (bulan Ramadan), baginda menghidupkan malam-malam tersebut dengan mengejutkan isterinya dan mengikat kainnya (menunjukkan kesungguhan baginda pada malam tersebut dengan menjauhkan diri daripada bersama isteri-isterinya) Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim daripada Aishah r.a. sabda baginda s.a.w lagi yang bermaksud : Sesiapa yang bangun pada malam al-Qadr (beribadat) dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah SWT, maka dosa-dosanya yang telah lalu diampunkan oleh Allah SWT. (hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim). Kepentingan waktu malam dalam kamus Islam Malam merupakan satu waktu yang hening dan penuh kedamaian, ia amat sesuai untuk dilakukan amal ibadat kerana pada waktu itu, ramai di kalangan manusia sedang tidur dan mungkin juga melakukan perkara-perkara yang tidak disukai Allah seperti menonton pertandingan bolasepak secara langsung dan sebagainya. Mereka dengan...

ADAKAH KITA MUSLIM YANG ISTIQAMAH DALAM IBADAH SEHARIAN

Imej
Ustaz Zainudin Hashim Tazkirah Ramadhan Istiqamah bermaksud menuruti jalan yang lurus (Siratol Mustaqim), iaitu jalan yang lurus tanpa liku-liku atau condong ke kiri atau kanan meliputi segenap perbuatan taat sama ada yang zahir atau yang batin serta meninggalkan segala larangan Allah SWT. Kebiasaannya, istiqamah menyusul selepas beriman kepada Allah, kerana iman adalah asas kepada keutuhan istiqamah, tanpa iman yang utuh, tiada istiqamah dalam diri seorang muslim. Istiqamah atau boleh juga disebut makna yang hampir dengannya iaitu iltizam (komited) dengan Islam yang membawa maksud, pelaksanaan aspek dan konsep agama yang dilakukan oleh seorang muslim dengan memelihara hubungan intimnya dengan Allah SWT selaku Pencipta. Dengan kata lain, istiqamah itu ialah segala tindakan dan tingkah laku muslim bagi merealisasikan makna Islam, iaitu menyelamatkan bangsa manusia atau penyerahan diri mereka hanya kepada Allah dengan sebenar-benarnya menerusi pengamalan agama dalam segenap bidang kehidu...