Catatan

PENGAJARAN APABILA MENDAPAT KEMENANGAN - ABAL HAIKAL

Allahu Akhbar …. Allahu Akhbar…… Allahu Akhbar Terjemahan Surah Al Nasr : 1 - 3 Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani Apabila Telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya dia adalah Maha Penerima taubat. (para hambanya) Peristiwa kemenangan Rasulullah saw dan para sahabat menawan Kota Makah, sekali gus melemahkan kafir Quraisy dan memantapkan kedudukan Islam. Dan telah ramai orang Arab sama ada secara individu dan kabilah memilih Islam sebagai Ad Din, lalu Allah swt menyuruh mengucapkan Tahmid dan tambahkan ibadah supaya lebih hampir kepadanya. Tiada kemenangan melainkan dengan pertolongan daripada Allah swt. Maka mengagungkan Allah swt dengan bertahmid adalah sepatutnya di atas pertolonganNya. Dan hendaklah beristighfar dan bertaubat kepada Allah swt, kerana takut tersalah sangka dengan Allah swt di atas kemenan...

PAS menang ! alhamdulillah....

Kuala Terengganu - Calon Pakatan Rakyat dari PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endut telah memenangi kerusi parlimen P.036 Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil disini hari ini, dengan majoriti yang lebih besar. Keputusan rasmi kemenangan Pakatan Rakyat itu diumumkan jam 9.30 malam tadi yang mengisytiharkan Mohd Abdul Wahid,52, memperolehi 32,883 undi berbanding calon Barisan Nasional (BN), Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh mendapat 30,252 undi. Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan mengumumkan kemenangan Wahid dengan majoriti 2,631 undi di Stadium Negeri. Selepas keputusan diumumkan, beliau disambut oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Dalam sidang media selepas itu, Mohd Abdul Wahid menafikan undi yang diterima daripada pengundi Cina tidak memuaskan bahkan beliau berkata undi yang diterima pada pilihanraya kecil ini lebih tinggi berbanding pilihan ...

Kesilapan “TERBESAR” Kita, ialah “Di Pintu Masuk” Tempat Mengundi 17 hb Nanti

Oleh professor " Semua nampaknya hebat , terurus , lengkap dan selesai , InsyaAllahApa yang kita kurang ?Semua nya cukup lengkap , apa yang tak ada , semua disediakan , 3M – Money , Media & Machinery , poster, tenaga , perang saraf , perayu undi, makanan/minuman , transport dan lain – lain. Sebut saja , semua di tanggung beres Cerita ni adalah pengalaman semasa bertugas tiga [ 3 ] PRU , 10/99 , 11/2004 & 12/2008 Kita tewas awal di pintu masuk tempat mengundi PemerhatianBilangan petugas di kawasan tempat pembuangan undi , cukup , ramai dan hebat, dan kebiasaannya melebihi daripada permintaan. Ini lah kelebihan kita , sebab semua nya sukarela, berbanding dengan pihak yang satu lagi , kebanyakannya kena bayar dan berbayar. Apa yang petugas – petugas ni buat ?Yang menjadi perayu – perayu undi , ok lah , sibuk dengan tugasan masing – masing , merayu undi Bagaimana lagi yang lain – lain tu , yang ramai – ramai kat tempat pembuangan undi ?Diperhatikan , antara nya berborak – bora...

BERTUDUNG BUKAN ADAT

Pada hari ini ramai yang bertudung tetapi seolah-olah bertelanjang. Apa tidaknya, memakai tudung hanya trend dan fesyen. Bertudung tetapi berseluar ketat, bertudung baju ketat, bertudung tetapi berlengan pendek, bertudung tetapi memakai skirt singkat, bertudung tetapi berkain belah, bertudung tetapi tidak labuh menutup dada. Inilah fenomena yang berlaku pada hari ini di dalam masyarakat kita. Fenomena yang berlaku, nabi kita Muhammad saw telah memperingatkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu. Bermaksud “Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat” Hadis tersebut nabi sudah menjangka akan berlaku kepada wanita-wanita dari umatNya di akhir zaman nanti, ada yang memakai pakaian tetapi tidak menutup aurat, nipis sehingga menampak kulit, ketat hingga menampak labu punggung, pinggang, bonjolan buah dada, rusuk dan lain-lain, rambut digubah mengikut fesyen semas...

masihkah......

Palestin... Masihkah mendenyuti jantung hati Masihkah mengalir urat nadi Masihkan membasahi minda aqli Masihkah menghembus nafas lahir Masihkah menghempasi ombak sanubari Masihkah menderasi tasik rohani Masihkah menusuki rasa naluri Masihkah menyusupi rongga jasadi Masihkah mengobori roh jihadi Masihkah dijiwai ummah insani? Palestin... Masihkah dihati ....? MUHTAR SUHAILI

Menelusuri Sejarah Yahudi dan Negara Haram Israel

Imej
Oleh anakreformasi " Siapakah bangsa Yahudi ini ?? Menurut kajian sejarah yang berdasarkan penggalian arkeologi dan lembaran-lembaran kitab suci, awal bangsa Yahudi mempunyai hubungan rapat dengan kisah nabi Ibrahim AS yang berlaku sekitar 3800 tahun yang lalu atau 1800 tahun SM. Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahawa Ibrahim AS tinggal di daerah Palestine yang dikenali sekarang sebagai Al-Khalil (Hebron) dan beliau tinggal di sana bersama Nabi Luth (QS, 21:69-71). Anak nabi Ibrahim adalah nabi Ismail dan nabi Ishak kemudian anak nabi Ishak adalah nabi Yaakub, kemudian dari keturunan 12 anak nabi Yaakub inilah yang dikenali sebagai 12 suku Israel. Anak bongsu nabi Yaakub AS adalah nabi Yusuf AS, yang terkenal dalam sejarah, setelah ditinggalkan di dalam telaga di padang pasir oleh abang-abangnya, akhirnya menjadi kepala bendahara negeri Mesir.Kemudian ayahnya, nabi Yaakub, serta abang-abangnya mengikut nabi Yusuf AS ke Mesir dan hidup damai di sana sampai suatu hari Firaun yan...

YDP lancar Kutipan dana Pilihanraya Peringkat Taiping

Kamunting. 7 Jan . YDP telah melancarkan Dana Pilihanraya P.036 Kuala Terengganu di Markaz Tarbiah Pas Kawasan Taiping. Beliau mengharapkan Dana ini akan dapat membantu kerja-kerja pilihanraya di Kuala Terengganu. Beliau juga mengharapkan lebih ramai sukarelawan akan berada di sana bagi melicinkan kerja-kerja kempen menjelang pilihanraya. PAS perlu menang dalam Pilihanraya ini. Kemenangan ini adalah kemenangan islam. Kemenangan ini juga menilai sejauh mana kekuatan yang ada pada Pakatan Rakyat dan BN.PAS perlu sokongan padu dari ahli kerana kita berhadapan bukan sahaja dengan BN tetapi dengan Jentera Kerajaan Negeri dan Pusat kata YDP. Beliau mengharapkan agar kita sama-sama berdoa agar kemenangan akan berpihak kepada islam.

SEDIKIT FAKTA TENTANG YAHUDI

Disenaraikan antara sejarah kekejaman Yahudi yang tidak akan dapat dilupakan bangsa Palestin ? sebelum dan sesudah wujudnya negara Israel? KAUM Yahudi mengaku mereka keturunan Nabi Daud. Mereka percaya kawasan sekitar Bukit Zion atau Palestin adalah bekas kerajaan Nabi Daud yang telah ditawan dari Bani Al-Yabusiyyah. YAHUDI memilih segi tiga terbalik sebagai lambang mereka, yang bermaksud materialisme, manakala segi tiga betul adalah spiritualisme. Gabungan kedua-duanya ? segi tiga betul dan terbalik ? membentuk berbucu enam yang menjadi lambang agama Yahudi hingga kini.YAHUDI menganggap mereka bangsa pilihan dan bangsa-bangsa lain mereka panggil kafir atau goyem. Agama Yahudi hanya untuk mereka cenderung untuk bersikap ekskusif, menolak orang lain kerana berasa bangsa lain tidak setaraf dengan mereka. PERKATAAN Zionisme diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin...

Kepada Para Perokok !!

Imej
Kepada para perokok, tahukah bahawa anda sebenarnya membantu membakar rumah-rumah rakyat Palestin setiap kali anda menyedut asap rokok. Tahukah anda bahawa pembuat rokok terbesar di dunia iaitu Philip Morris adalah penyumbang utama negara haram Israel . Antara jenama rokok yang dikeluarkan oleh syarikat Philip Morris ialah Marlboro, Alpine, Basic, Benson & Hedges, Bristol , Cambridge , Chesterfield , Merit, Parliament, dan Virginia Slims._

KEMENANGAN PAS DI KUALA TERENGGANU PENTING - DAP

Imej
KOTA BHARU - Kemenangan calon PAS, Abdul Wahid Endut pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini cukup penting bagi Pakatan Rakyat, kata Setiausaha Wanita DAP, Teresa Kok. Beliau berkata, bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya tersebut DAP turut sama berkempen membantu calon PAS yang bertanding. "Malah Naib Pengerusi DAP Pusat, Dr Tan Seng Giaw datang memberi sokongan semasa ceramah mengumumkan calon PAS di Kuala Terengganu pada 1 Januari lalu," katanya di sini, baru-baru ini. Pada pilihan raya kecil tersebut Abdul Wahid akan berdepan dengan Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh mewakili Barisan Nasional dan calon bebas, Azharuddin Mamat. Pilihan raya tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnnya Dato' Razali Ismail. Teresa yang juga anggota Parlimen Seputih berkata, DAP memberi sokongan padu kepada PAS bagi merampas kembali kerusi Kuala Terengganu yang terlepas ke tangan BN sejak 2004. Malah katanya, beliau juga pergi...

SEKITAR GAMBAR PENAMAAN CALUN P.036 KUALA TERENGGANU.

Imej

MB turut serta demo di Ipoh

Imej
Setelah 7 hari semenjak 26 Dis 2008 jet-jet pejuang Israel melancarserangan ke atas penduduk awam Gaza Palestin menyebabkan 428 mangsa terbunuh dan 2100 orang lain cedera. Pada masa ini masih lagi berlaku pengeboman ke sasaran awam. Bertempat di Masjid negeri, Ipoh selepas solat Jumaat 2 Januari 2009 telah dianjurkan oleh hampir 2000 orang demontrasi mengutuk Israel . Turut hadir Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dan lain-lain PAS negeri Perak. Antara yang memberikan ucapan dalam majlis itu ialah Ketua Dewan pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa, Wakil NGO Jamaie, Sdr. Khalilul Rahman, dan wakil dari Dewan Muslimat PAS, Ust. Norbaayah.Laungan supaya dihancurkan Yahudi bergema berselang seli dengan ucapan yang diberikan. Sebagai tanda simpati satu kutipan derma telah diadakan bagi disalurkan kepada rakyat Palestin yang memerlukan. Sebelum itu Imam Jumaat yang membaca khutbah Jumaat khusus mengenai rakyat Palestin yang tertindas itu menyeru semua jemaah supaya mengambi...

DAP sedih Maal Hijrah dicemari pembunuhan kejam Israil

Mohd Sabri Said Wed Dec 31, 08 9:16:01 am MYT PULAU PINANG, 31 Dis (Hrkh) "Bagi DAP ini bukan soal agama atau kaum tetapi usaha semua pihak untuk mendapatkan penyelesaian yang adil tanpa mengdiskriminasikan sesiapa mengikut agama dan kaum. Ini adalah soal kemanusian sejagat yang harus diselesaikan tanpa sentimen tertentu." Demikian kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sedih apabila sambutan Maal Hijrah 1430 yang disambut keseluruhan umat Islam sedunia di kotori peristiwa pembunuhan kejam rakyat Palestin di Gaza oleh tentera Israel. "Walaupun di Malaysia sambutan berkenaan diraikan dengan suasana aman damai dengan masyarakat yang berbilang bangsa. " Tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya. Bagi yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), serangan ganas itu tidak prikemanusiaan dan mendesak Kerajaan Malaysia mengutuk terhadap Israel agar menghentikan segera pengebo...

HUDUD HANYA UNTUK ORANG ISLAM - PRESIDEN PAS

Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS Harakahdaily Sun Dec 28, 08 1:31:58 am MYT SHAH ALAM, 28 Dis (Hrkh) - Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam. Masyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya. "PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. "Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen 'Jom Sertai Pas' di Dataran Shah Alam semalam. Ditanya sama ada PAS akan membawa usul...

REALITI PERJUANGAN DAN PENGORBANAN DALAM PAS

Imej
Ustaz Idris Haji Ahmad Fri | Dec 26, 08 | 11:37:18 am MYT "Bukan senang berjuang dengan PAS sebagai sebuah jemaah Islam dan menjadi parti yang sentiasa mencabar kemungkaran yang dilakukan oleh Umno/BN. Kuasa yang mempunyai segala kekuatan material dan sokongan. Tetapi kita memimpin PAS berbekal kekuatan iman dan aqidah yang mantap dengan keyakinan mendapat kemenangan di akhirat." Aidil Adha 1429 bersamaan 8 hb Disember 2008. Banyak binatang ternakan dikorbankan sebagai satu amalan sunat muakkad yang dituntut kepada mereka yang berkemampuan. Sunnah korban yang dilakukan sebagai mengimbau kembali peristiwa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Kedua-dua beranak ini menjalankan arahan Allah, walalupun Nabi Ibrahim terpaksa mengorbankan anaknya Nabi Ismail. Perbuatan yang dilakukan sebagai satu pengabdian diri kepada Allah SWT seperti dalam surah al-Saaffat 37: 107 " Dan kami tebuskan anak itu dengan seekor se...

Amaran pada Umno : Usah 'pemain' Hudud, Qisas

Harakahdaily Fri | Dec 26, 08 | 9:14:11 am MYT KUALA TERENGGANU, 26 Dis (Hrkh) - Tindakan menentang Hudud dan Qisas bukan sahaja melibatkan akidah seseorang tetapi dilihat sebagai 'menderhaka' kepada Sultan Terengganu yang telah memperkenankan Enakmen Jenayah Syariah Hudud dan Qisas di negeri Terengganu ini. Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu tidak teragak-agak untuk mengadap dan menghantar memorandum kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, sekiranya Umno-Barisan Nasional tidak menghentikan permainan politik murahan berkaitan isu hukum Hudud dan Qisas Ketuanya, Fariz Musa berkata isu Hudud dan Qisas tersebut sengaja ditimbulkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dengan tujuan memerangkap Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa dan menimbulkan polimik khususnya di kalangan masyarakat bukan Islam ketika berdebat di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. "Tujuan Khairy tidak lain adalah untu...

Media cipta isu liwat di Permatang Pauh, Kini hangatkan hudud di Kuala Terengganu

Wartawan Kita Thu | Dec 25, 08 | 3:08:30 pm MYT KOTA BHARU, 25 Dis (Hrkh) - Masihkah anda ingat, menjelang pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu, isu dakwaan liwat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi agenda penting media harian. Dan kali ini isu hudud pula diuar-uarkan dalam suasana menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Mungkinkah kegagalan media membantu Umno di Permatang Pauh turut berulang di Kuala Terengganu. Inilah kelebihan yang ada pada media harian berbahasa Melayu di negara ini. Mereka sedia menggantikan tempat Umno bagi menyerang Pakatan Rakyat. Umpama lebih sudu dari kuah. Media menjadi alat untuk menakutkan kira-kira 11 peratus pengundi bukan Islam di Kuala Terengganu terhadap PAS kerana imej hudud yang dipalitkan. Nawaitu kedua, bagi memecahkan Pakatan Rakyat dengan melaga-lagakan DAP dengan PAS. Sedangkan pada Wacana Perdana yang diadakan di sini 20 Disember lalu amat jelas apabila pensyarah un...

Hudud : DAP hormati PAS, bukan Islam tidak terjejas

Menurut Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran, beliau menghormati pendirian PAS dalam pelaksanaan hukum hudud dan yakin bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas kehidupan mereka jika ia dilaksanakan. Mengulas situasi dan suasana pilihan raya kecil Kuala Terengganu, Kulasegaran menambah bahawa,para pengundi Cina tidak akan terpengaruh dengan isu hudud menjelang pilihan raya kecil di sana. Menurutnya, mereka matang dan mampu melihat dengan lebih jelas permainan yang cuba dibawa oleh Barisan Nasional (BN). "Perkara ini telah didebat banyak kali.Tiada yang baru,"katanya kepada wartawan selepas perasmian pusat khidmat masyarakat Adun Jelapang (DAP),Hee Yit Foong. Hudud: DAP hormati PAS,bukan Islam tidak terjejas Mohd Khalil Abdullah Thu | Dec 25, 08 | 5:45:26 pm MYT KUALA LUMPUR, 25 Dis (Hrkh) - Masyarakat bukan Islam di negara ini tidak akan terjejas dengan pelaksanaan hukum hudud. Tambah...

CADANG SEMUA MESYUARAT DALAM BAHASA MELAYU

Mohd Sabri Said. Thu Dec 25, 08 1:59:05 pm MYT PULAU PINANG, 25 Dis (Hrkh)- Ketua Satu Persatuan Penulis Pulau Pinang (2PNP) menyarankan Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan supaya semua mesyuarat, sidang media atau sebagainya oleh Jabatan Kerajaan dijalankan dalam Bahasa Melayu Ketua Satu (2PNP) Anuar Ahmad berkata ia bersesuaian dengan matlamat meninggikan martabat Bahasa Melayu di Malaysia oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) beberapa tahun lalu tambahan lagi bahasa perhubungan di negara ini adalah Bahasa Melayu bukan bahasa rojak atau Inggeris. "Kebanyakan mesyuarat atau sidang media oleh Jabatan Kerajaan dilakukan dalam Bahasa Inggeris tidak dalam Bahasa Melayu. Di mana martabat bahasa yang diperjuangkan oleh DBP selama ini seolah dipermainkan oleh orang melayu sendiri," jelasnya. Di era 60-an dan 70-an memang Bahasa Inggeris dipuja tetapi kini kemajuan dan kesedaran DBP ingin memastikan'bahasa menunjukan bangsa' maka ia harus di ketengahkan dalam semua hal terma...

HARI KELUARGA PAS TAIPING

Pas Kawasan Taiping dengan kerjasama Dewan Pemuda ,Dewan Muslimat dan PASTI akan mengadakan sambutan Hari Keluarga yang merupakan Program Tahunan PAS Kawasan Taiping. Program ini akan diadakan pada 28hb Disember.2008 di Dataran Kedamaian Taman Tasek Taiping. Acara akan bermula pada jam 8.30 pagi dan dijangka berakhir pada jam 1.30 tengahari Yang Dipertua PAS Taiping mengharapkan seluruh Ahli PAS kawasan Taiping akan turut serta menjayakan Program ini. Beliau juga mengharapkan Program ini akan merapatkan lagi sulaturrahim sesama ahli dan saling kenal mengenali diantara satu dengan yang lain.Berbagai acara disediakan seperti pertandingan mewarna, melukis, sukaneka, cabutan bertuah dan banyak lagi. Beliau juga merakamkan ribuan terima kasih diatas mereka yang terlibat dalam menjayakan Hari Keluarga ini serta sumbangan-sumbangan yang diberi oleh Syarikat-syarikat, NGO dan orang perseorangan. Semoga Program ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang