HAK AHLI ZIMMAH

Sesebuah negara Islam, rakyatnya bukan sekadar dipenuhi dengan orang islam sahaja, bahkan terdapat juga dalam negara Islam itu orang bukan Islam. Orang bukan islam yang berada dalam negara Islam mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah Islam. Antara hak-hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah kepada non muslim adalah seperti berikut;

a. Hak siasi (hak berpolitik)
b. Hak kebebasan beragama
c. Hak kemasyarakatan

HAK BERPOLITIK Apabila seseorang non muslim telah melakukan akad Zimmah dalam negara Islam, maka ketika itu, menjadi kewajipan kepada pemerintah menjaga hak non muslim dalam berpolitik. Antara hak berpolitik yang perlu pemerintah Islam berikan kepada mereka adalah;

a. KEWARGANEGARAAN Apabila mereka sudah melakukan aqad dengan pemerintah islam, maka wajib pada pihak pemerintah memberi hak kewarganegaraan kepada non muslim tersebut. Ini jelas dengan tindakan Nabi SAW membina negara Madinah. Semasa membina negara Islam Madinah, tidak semua orang-orang Madinah menganut Islam, bahkan wujud juga sebilangan mereka yang tidak memeluk Islam seperti sebahagian kecil dari kaum Aus dan Yahudi. Dalam keadaan demikian itu pun, Nabi SAW tidak pernah menafikan hak kewarganegaraan mereka sehingga Baginda SAW telah membuat satu piagam perjanjian antara Kaum Muhajirin dan Ansar dengan Kaum yahudi[1]. Apabila non muslim itu telah diberikan hak kewarganegaraan, maka menjadi kewajipan kepada pemerintah Islam menjaga hak dan keamanan mereka. Kezaliman tidak boleh dilakukan terhadap mereka disamping hukuman hendaklah dikenakan kepada mana-mana orang islam yang melakukan kezaliman terhadap non muslim tersebut. Sabda Nabi SAW:

مَنْ ظَلَمَ مُعَاهِدًا أَوْ انْتَقَصَهُ أَوْ كَلَّفَهُ فَوْقَ طَاقَتِهِ أَوْ أَخَذَ مِنْهُ شَيْئًا بِغَيْرِ طِيبِ نَفْسٍ فَأَنَا حَجِيجُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya; “Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang kafir yang ada perjanjian dengan pemerintah islam, atau membatalkan haknya, memberatkan kepadanya lebih dari kadar kemampuannya, mengambil daripadanya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan mempertahankanya di hari Kiamat[2]” Dan juga hadis;

من آذى ذميًا فقد آذاني ومن آذاني فقد آذى الله

Maksudnya; “Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka sesungguhnya dia telah menyakiti Allah[3]” Nyawa kafir zimmi hendaklah dijaga oleh pemerintah Islam. membunuh kafir zimmi dengan tiada hak merupakan salah satu dosa besar. Sabda Nabi SAW:

مَنْ قَتَلَ مُعَاهَدًا لَمْ يَرِحْ رَائِحَةَ الْجَنَّةِ وَإِنَّ رِيحَهَا تُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ أَرْبَعِينَ عَامًا

Maksudnya; “Barangsiapa yang membunuh kafir yang ada perjanjian, maka dia tidak akan dapat membau bauan syurga, padahal bau syurga itu didapati walaupun jarak perjalanan itu mengambil masa 40 tahun sekalipun[4]

” Sekiranya orang Islam telah membunuh orang kafir zimmi, maka dalam hal ini, ulama berselisih pendapat. Ada ulama menyatakan, tidak boleh membunuh balas (laksanakan hukum qisas) terhadap orang islam trrsebut. Walau bagaimanapun, Dr Yusuf Al-Qaradhawi mentarjih pendapat bahawa, hendaklah orang islam itu dikenakan hukuman bunuh balas apabila dia membunuh orang, samada orang yang dibunuh itu muslim atau kafir zimmi[5]. Beliau berdalilkan dengan maksud umum dari firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِصَاصُ فِي الْقَتْلَى الْحُرُّ بِالْحُرِّ وَالْعَبْدُ بِالْعَبْدِ وَالْأُنْثَى بِالْأُنْثَى

Maksudnya; ” Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh; orang merdeka dengan orang merdeka, hamba dengan hamba, dan wanita dengan wanita” (Surah Al-Baqarah : 178)

b. BERHAK MEMEGANG JAWATAN KERAJAAN Menurut Syariah, jawatan dalam kerajaan merupakan hak bersama, bukan hak individu tertentu sahaja. ianya adalah untuk menjaga maslahat untuk semua kehidupan rakyat dalam sesebuah negara. Dengan sebab itu, Islam meletakkan bahawa, jawatan kerajaan merupakan amanah yang berat. Baginda SAW tidak akan memberi jawatan kepada orang yang meminta. Ianya adalah dibimbangi, dengan keghairahan dia menghendaki jawatan itu, menyebabkan dia tidak dapat menunaikan tanggungjawab yang ada disebalik jawatan yang diberatkan kepadanya. Diceritakan dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim, daripada Abu musa Al-’Asy’Ari yang berkata, bahawa ada dua orang lelaki datang berjumpa dengan Nabi SAW. Salah seorang itu berkata, ”Ya Rasulullah SAW, Kami telah laksanakan segala perkara yang Allah suruh kamu lakukan”. Dan seorang lelaki lagi berkata dengan perkataan yang sama. Mendengar kata-kata mereka itu, menyebabkan Nabi SAW bersabda;

إِنَّا وَاللَّهِ لَا نُوَلِّي عَلَى هَذَا الْعَمَلِ أَحَدًا سَأَلَهُ وَلَا أَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ
Maksudnya; ”Sesungguhnya demi Allah, kami tidak akan melantik seorang pun yang meminta jawatan untuk mengurus sesuatu kerja.

Dan juga kami tidak akan melantik seorang pun yang berseronok dengan jawatannya[6]” Pun begitu, dalam hal yang berkaitan dengan jawatan kerajaan yang diberikan kepada zimmi, ada beberapa perkara yang perlu dibincangkan dalam tulisan ini, iaitu adalah seperti berikut;

Jawatan dari sudut agama Ulama salaf dan Khalaf sepakat menyatakan bahawa, zimmi tidak boleh memegang jawatan yang berkaitan dengan agama Firman Allah:
Maksudnya; ” Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir terhadap orang-orang yang beriman” (Surah An-Nisa’ : 141) Dari ayat ini, jelas bahawa orang kafir tidak boleh memegang jawatan yang melibatkan kepada agama. Hal ini dikuatkan lagi dengan kata-kata Imam Al-Mawardi dalam kitabnya yang masyhur bertajuk ”Al-Ahkam As-Sultaniyyah”:
أجمع الفقهاء على أن الولايات التي تتصل بأمور العقيدة لا يجوز أن يتقلد إلا مسلم
Maksudnya; “Fuqaha’ telah sepakat atas sesungguhnya jawatan yang berkaian dengan perkara aqidah, tidak harus dipegang melainkan orang islam”

[7] Termasuk dibawah maksud perkara jawatan agama yang tidak boleh dipegang oleh orang kafir adalah jawatan ketua Negara. Larangan ini adalah bersebab, ketua Negara adalah orang yang akan melaksanakan agama dalam sesebuah Negara. Jika orang kafir memegang jawatan ketua Negara, ini akan menyebabkan berlaku kekacauan bersebabkan orang kafir tidak memahami Islam. Disamping itu juga, orang kafir bukanlah termasuk dibawah maksud ulil Amri seperti disebut oleh Allah dalam firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ

Maksudnya; “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu” (Surah An-Nisa’ : 59)

Begitujuga, tidak dibenarkan juga kepada zimmi memegang jawatan kehakiman. Berdasarkan kepada syariah, kehakiman hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Ekoran dari itu, mana mungkin non muslim memahami kandungan Al-Quran dan As-Sunnah dalam melakukan keadilan.
Jawatan dari sudut ketenteraan Dari sudut ketenteraan, Islam memandang ianya adalah perkara yang berkaitan dengan jihad. Ekoran dari itu, bagi memegang jawatan tertinggi dalam tentera, tidak dibenarkan kepada orang kafir zimmi memegangnya. Firman Allah:

وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا

Maksudnya; ” Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir terhadap orang-orang yang beriman” (Surah An-Nisa’ : 141)

Jawatan yang tidak berkaitan dengan agama Adapun jawatan yang tidak berkaitan dengan agama, seperti jawatan kementerian penerangan, kementerian kerjaraya atau semua jawatan yang disebut sebagai ”tanfiz” atau jawatan yang tugasnya sekadar melaksanakan tugasan yang telah diamanah oleh ketua negara yang tidak melibatkan kepada kekuasaan dalam menggubal undang-undang negara, maka itu dibenarkan kepada non muslim memegangnya. Pun begitu, kebenaran itu tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ianya bertujuan, agar tidak berlaku pengkhianatan terhadap sesebuah kerajaan islam. Antara syarat-syarat itu adalah[8]; 1. hendaklah zimmi itu dikenali sebagai orang yang amanah.2. dipercayai pada percakapannya.3. tidak tamak4. yang tiada permusuhan dengan orang islam5. cerdik dan pandai6. orang yang tidak mengikut hawa nafsu. Keizinan ini dinyatakan secara jelas oleh Imam Al-Mawardi dalam kitabnya yang bertajuk ”Al-Ahkam As-Sultaniyyah” dengan katanya:

وَيَجُوزُ أَنْ يَكُونَ هَذَا الْوَزِيرُ مِنْ أَهْلِ الذِّمَّةِ وَإِنْ لَمْ يَجُزْ أَنْ يَكُونَ وَزِيرُ التَّفْوِيضِ مِنْهُمْ

Maksudnya; ”Dan harus bahawa menteri ini diberikan kepada Ahl Az-Zimmah, walaupun ianya tidak harus pada jawatan kementerian At-Tafwidh[9] dikalangan mereka[10]” Keizinan ini adalah bersandarkan keizinan meminta bantuan dari non muslim, bahkan ianya juga merupakan salah satu cara memberi keadilan kepada orang bukan Islam dalam sesebuah negara Islam. Firman Allah:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ * إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

Maksudnya; ” Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.* Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim” (Surah Al-Mumtahanah : 8-9)

c. KEBEBASAN BERSUARA Islam tidak melarang golongan non muslim menyatakan hak-hak mereka, disamping membenarkan bebas bersuara dalam mengeluarkan pandangan masing-masing. Tiada satu nas pun dari Al-Quran atau hadis yang melarang golongan non muslim untuk menyampaikan pandangan mereka. Keizinan itu hendaklah selagi mereka tidak mempertikaikan dasar pemerintahan Islam dan tidak mengganggu keamanan, kedaulatan undang-undang dan orang-orang islam dalam sesebuah negara Islam. Firman Allah;

Maksudnya; ” Dan janganlah kamu berdebat denganAhli Kitab, melainkan dengan cara yang paling baik, kecuali dengan orang-orang zalim di antara mereka” (Surah Al-’Ankabut : 46) HAK KEBEBASAN BERAGAMA Islam tidak pernah memaksa orang bukan islam supaya mereka memeluk Islam. Pun begitu, Islam mengambil sikap sering menerangkan Islam kepada mereka agar mereka memeluk Islam. Jika mereka tidak menerima, itu adalah hak mereka dan semuanya diserahkan kepada Allah SWT. Firman Allah;
لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Maksudnya; ” Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Karena itu barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah : 256)
Firman Allah ini jelas menyatakan bahawa Islam bukan agama yang memaksa agar orang menganutinya. Bahkan, Islam mengajar manusia agar menggunakan akal pemikiran dengan sebaiknya untuk mereka menganut Islam. Disamping itu juga, haram bagi pemerintahan islam menggangu tempat peribadatan dan syiar agama mereka[11]. Keadaan ini berlaku pada zaman Omar bin Al-Khattab yang telah menulis satu surat kepada Ahl Al-Quds, yang kandungan surat itu adalah seperti berikut;
هذا ما أعطى عبدالله عمر أمير المؤمنين أهل أيلياء من الأمان : أعطاهم أمانا لأنفسهم و أموالهم و كنائسهم
Maksudnya; “Ini adalah pemberian Abdullah Omar Amir Al-Mu’minin kepada Ahl Iilya’ daripada keamanan, Dia memberi keamaman terhadap nyawa mereka, harta mereka dan gereja-gereja mereka[12]” Apabila sudah ada tempat peribadatan mereka yang sudah lama lagi wujud, maka tidak dibenarkan pihak kerajaan Islam meruntuhkannya melainkan bersebab. Ini dibuktikan dengan tindakan kebanyakan sahabat-sahabat Rasulullah yang tidak meruntuhkan rumah ibadat orang bukan Islam. Omar bin Abdul Aziz telah menulis surat kepada pegawai-pegawainya agar tidak meruntuhkan gereja dan rumah penyembahan api[13]. MEMBINA RUMAH IBADAT Dalam keadaan itu, ulama berselisih dalam menentukan hukum membina tempat ibadat mereka, apabila ditempat tersebut masih belum ada lagi tempat ibadat. Menurut Malikiyyah, dibenarkan mereka membina tempat peribadatan mereka, sekiranya tiada di situ penempatan orang islam. Pendapat ini disokong oleh Imam Al-Kasani dalam kitabnya yang bertajuk “Badai As-Sanai” dan sebilangan lagi dikalangan ulama bermazhab hanafi. Sekiranya didapati di suatu tempat itu adalah kawasan orang islam, tetapi didapati juga manoriti orang non muslim yang memohon untuk membina tempat ibadat mereka di situ. Dalam hal ini, Imam Ibnu Qasim yang bermazhab Maliki membenarkannya, tetapi bersyarat, iaitu hendaklah mendapat keizinan dari pihak pemerintah terlebih dahulu[14]. HAK KEMASYARAKATAN Apabila dikatakan Negara, sudah pasti terdapat dalam Negara tersebut masyarakat. Masyarakat yang dimaksudkan, bukan sekadar mereka yang beragama Islam, bahkan terdapat juga mereka yang tidak beragama Islam. Islam adalah agama yang tidak pernah mengabaikan hak kemasyarakatan, hatta kepada non muslim sekalipun. Ekoran dari itu, Islam telah menetapkan beberapa perkara penting dalam menentukan hak kemasyarakatan yang perlu ditunaikan oleh pihak orang islam terhadap non muslim dalam sesebuah Negara islam. Antara perkara penting dalam perbincangan ini adalah seperti berikut;
a. Bergaul dengan mereka Islam mengajar kepada manusia agar hidup dalam keadaan berkasih sayang dan tegur menegur sesama kita. Galakan itu tidak dikhususkan kepada sesama muslim sahaja, bahkan terhadap non muslim juga. Pun begitu, ada sebilangan manusia menganggap berkasih sayang dengan non muslim adalah terlarang. Mereka menyandarkan perbuatan mereka dengan firman Allah;
لَا يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ
Maksudnya; “Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali” (Surah Al-Imran : 28) Firman Allah ini tidak boleh menjadi modal kepada kita untuk menjadikan non muslim sebagai musuh. Adapun maksud sebenar bagi ayat ini adalah larangan dari Allah daripada menjadikan non muslim menguasai orang Islam. Disamping, larangan itu bermaksud berkasih sayang dengan mereka dalam membenci Islam dengan menyerang Allah dan Rasul-Nya. Firman Allah;
لَا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آَبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ
Maksudnya; ” Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka” (Surah Al-Mujadalah : 22) Maka dengan itu, dari firman Allah ini memberi faham kepada kita, larangan berkasih sayang itu adalah larangan dalam menyerang Allah dan Rasul-Nya, adapun berkasih sayang dengan mereka dalam keadaan tidak menyerang Allah dan Rasul-Nya, ianya adalah perkara yang digalakan dalam Islam, bahkan galakkan itu bertambah, sekiranya dengan berkasih sayang itu boleh menyeru mereka kepada Islam.
b. Buat baik dengan mereka Buat baik dengan non muslim dalam negara Islam adalah perkara yang dituntut dalam Islam. Firman Allah;
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ Maksudnya; ” Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.” (Surah Al-Mumtahanah : 8) Begitujuga hadis, daripada Abdullah bin ’Amr berkata, bersabda Nabi SAW:
الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا مَنْ فِي الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Maksudnya; ”Orang yang berkasih sayang sentiasa disayangi oleh tuhan yang maha pemurah. Sayangilah mereka di bumi, nescaya akan menyayangi kamu mereka di langit[15]” Menurut pengarang kitab Aun Al-Ma’bud, yang dimaksud dengan orang yang berkasih sayang dalam hadis ini adalah kepada manusia (tidak kira muslim atau kafir) dan kepada haiwan, iaitu tidak dibenarkan membunuh mereka melainkan dengan kebenaran[16]. c. menghormati perayaan mereka Islam mengajar kepada muslim agar sentiasa menghormati manusia, samada sesama muslim atau kepada kafir. Menghormati kafir itu sehinggakan kepada perayaan mereka. Maka dengan itu, Dr Yusuf Al-Qaradhawi membenarkan mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan mereka, walaupun pandangan ini menyalahi pandangan Imam Ibnu taimiyyah yang menyatakan atas keharamannya dalam satu kitab karangan beliau yang bertajuk ”Iqtida’ As-Sirat Al-Mustaqim”. Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan dalam kitabnya yang bertajuk ”Fatawa Muasarah”, bahawa harus mengucapkan tahniah dengan kedatangan perayaan keagamaan non muslim. Keizinan itu adalah berasaskan kepada sifat kemanusiaan, bukan mengi’tiraf agama mereka. Firman Allah;
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
Maksudnya; ” Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.” (Surah An-Nisa’ : 86)[17] d. menziarahi orang sakit di kalangan mereka antara ciri-ciri kemasyarakatan dalam Islam adalah menziarahi orang sakit, hatta kepada non muslim sekalipun. Dengan sakit yang menimpa merupakan satu musabah yang menimpa, maka dengan kehadiran orang Muslim kepada mereka, merupakan pengubat duka dalam mereka menghadapi musibah yang menimpa. Perkara ini tidak bercanggah dengan islam, bahkan ianya amat digalakan disebabkan melihat kepada amalan Rasulullah SAW sendiri. Dalam satu hadis Riwayat Al-Bukhari, Daripada Anas bin Malik yang berkata:
كَانَ غُلَامٌ يَهُودِيٌّ يَخْدُمُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَمَرِضَ فَأَتَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ فَقَعَدَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَقَالَ لَهُ أَسْلِمْ فَنَظَرَ إِلَى أَبِيهِ وَهُوَ عِنْدَهُ فَقَالَ لَهُ أَطِعْ أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَ فَخَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَقُولُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْقَذَهُ مِنْ النَّارِ
Maksudnya; ”Seorang budak yahudi yang sentiasa berkhidmat kepada Nabi SAW telah ditimpa sakit. Nabi SAW telah datang menziarahinya, lalu duduk di bahagian kepalanya. Baginda SAW berkata kepadanya, Islamlah kamu !!. dia melihat kepada bapanya yang berada disisinya. berkata bapanya kepadanya, ikutlah akan Abu Qasim (nabi) SAW, menyebabkan dia Islam. Lalu nabi SAW keluar seraya berkata, Segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkannya dari Neraka[18]” PENUTUP Jika hendak diceritakan tentang tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh pihak kerajaan terhadap non muslim amat banyak. Walaubagaimanapun, tulisan ini sedikit sebanyak menggambarkan kepada kita bahawa, pemerintahan islam bukanlah seperti yang digambarkan oleh sebilangan manusia sebagai pemerintahan yang akan menindas golongan non muslim. Apa yang jelas, pemerintahan islam merupakan pemerintahan yang paling adil. Keadilan yang dijanjikan oleh islam tidak sekadar berlegar dikalangan umat Islam sahaja, bahkan menjangkau kepada mereka yang tidak beragama Islam. Mudah-mudahan dengan penjelasan ini menjadikan kita memahami bahawa Islam bukanlah agama yang disalah ertikan sebagai agama yang menindas, bahkan Islam adalah agama yang memberi rahmat kepada seluruh manusia dan alam ini. Sekian Wallahu ’Alam Al-Bakistanihttp://al-Bakistani.blogspot.com abu_abdillah_azzam@yahoo.com
[1] Sirah dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW : m.s 422. dan Al-Aqalliyyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 153.
[2] Sunan Abi Daud : 2654.
[3] Hadis ini dinilai doif oleh Syaikh Albani dalam kitabnya yang bertajuk “Ghayah Al-Muram” : m.s 269
[4] Sahih Al-Bukhari : 2930.
[5] http://www.islamonline.net/Arabic/contemporary/2005/07/article01.shtml
[6] Sahih Muslim : 3402.
[7] Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 164.
[8] Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah Fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 175.
[9]Wizarah al-Tafwidh: golongan yang memegang portfolio ini adalah orang yang diberikan kuasa oleh khalifah untuk mentadbir urusan-urusan negara mengikut pandangannya serta melaksanakan sesuatu perkara berpandukan kepada ijtihadnya
[10] Al-Ahkam As-Sultaniyyah : m.s 44.
[11] Ulama sepakat menyatakan bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja syiar agama mereka dalam tempat ibadat mereka. Adapun di luar tempat ibadat, ulama berselisih dalam hal ini. Sebilangan ulama membenarkan mereka menzahirkan syiar mereka di luar tempat ibadat. Ulama yang membenarkan itu adalah Al-Kasani dengan katanya;
فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ
الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُمْنَعُونَ مِنْ إحْدَاثِ الْكَنَائِسِ وَالْبِيَعِ ، كَمَا لَا يُمْنَعُونَ مِنْ إظْهَارِ بَيْعِ الْخُمُورِ وَالْخَنَازِيرِ
Maksudnya; “Dalam negeri atau tempat yang bukan tempat orang islam, tidak ditegah mewujudkan gereja dan Biya’ (gereja yahudi), sepertimana tidak ditegah menjual arak dan babi” (Badai As-Sanai : 15/240) Keizinan yang dinyatakan ini, sekiranya tempat itu adalah kawasan penempatan orang non muslim. Adapun pada penempatan orang islam, maka itu di larang. Ini ditegaskan oleh Al-Qurafi. Dalam mengulas isu ini, Dr Abdul Karim Zaidan berpendapat, larangan ulama dengan menegah zimmi menzahirkan syiar agama mereka di luar gereja di penempatan orang islam adalah kerana hendak menjaga maslahat umum bagi negara Islam. Maka dengan itulah, Ulama tidak pernah melarang mereka menzahirkan syiar agama mereka di penempatan yang terdiri dikalangan mereka sahaja. Keadaan ini dilihat kepada kejadian yang berlaku pada zaman Khalid bin Al-Walid yang membenarkan Ahl ’Anat menzahirkan syiar agama mereka di penempatan mereka. Dalam pada itu, Dandal Jabar, penulis kitab Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami menyatakan, pemerintah Islam boleh membenarkan kepada Ahl Zimmah menzahirkan syiar agama mereka di penempatan orang Islam dan selainnya, itupun hendaklah aman dari fitnah dan terselamat dari fitnah. (Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami: m.s. 302.
[12] Tarikh Al-Rusul wa Al-Muluk : 2/308.
[13] Al-Aqalliyat Ghair Al-Muslimah Fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 288
[14] Ibid : m.s 292
[15] Sunan Abi Daud : 4290 / Sunan At-Tarmizi : 1847 / Musnad Ahmad : 6206.
[16] Aun Al-Ma’bud : 10/472.
[17] Al-Fatawa al-maasarah : 3/672
[18] Sahih Al-Bukhari : 1268."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI