PENGKISAHAN SEJARAH KEMERDEKAAN
Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPT dan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat 24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis. Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah. Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka. 1641- Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda. 1784- Peristiwa sedih di Teluk Ketapang...