DIMANAKAH SILAPNYA NIZAR JAMALUDDIN ?


Oleh solehpolysas"

SEPERTI mana saya catatkan dalam posting sebelum ini kemurahan hati MB Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin memberi 400 hektar tanah kepada sekolah Cina bukan satu dosa kerana ia adalah untuk kepentingan pendidikan. Rasulullah s.a.w. sendiri sangat suka kepada pendidikan dan menyeru agar umatnya menuntut ilmu hingga ke negeri Cina.
Kalau orang Cina sudah datang ke tanah air kita, berladang dan berbudaya lagi bagus! Tidak payahlah kita merantau jauh ke benua Cina, kita menuntut dengan mereka di sini saja. Sudah tentu sekolah-sekolah Cina yang ada di negara ini walaupun masih terikat dengan kurikulum kebangsaan, namun tentu ada resipi pendidikan yang diwarisi dari datuk nenek mereka dan diterapkan dalam sekolah-sekolah berkenaan.
Jadi tidak ada salah tindakan Nizar itu.
Apa yang berlaku ialah kenapa timbul kekeliruan berhubung anugerah itu disebabkan tidak adanya penjelasan berhubung pemberian tanah itu seperti mana yang sebenarnya. Menurut penjelasan oleh Setiasauah Politiknya, Misbahul Munir dalam blognya, [misbah.blogspot.com]pemberian itu bukan selamanya, tetapi atas dasar pajakan selama 30 tahun saja. Pemberian itu juga bukan sesuatu yang anih.
Misbah memberi contoh kerajaan Kelantan juga turut memberi tanah kepada sekolah-sekolah Cina di negeri itu. Jumlahnya lebih besar lagi. Menurut Misbah sebanyak 3,000 ekar. Nampaknya apa dilakukan kerajaan Kelantan menjadi ikutan kerajaan Perak. Yalah bukankah Kelantan menjadi role model ia harus ditiru dan diikuti.
Dalam pada itu jelas Misbah kerajaan Perak juga telah bersetuju untuk memberi semula geran perkapita sebanyak RM1.3 kepada 18 buah sekolah agama. Ia akan diagihkan di sepanjang bulan Ramadhan ini. Geran perkapita itu menurut Misbah ia dinafikan oleh kerajaan sebelum ini. Apakah tindakan itu tidak menunjukkan keperihatinan kerajaan Pakatan kepada sekolah agama?
Sebenarnya apa dilakukan Nizar itu adil dan saksama dan menunaikan kewajibannya sebagai pemimpin. Mungkin selepas ini sekolah Tamil dan Orang Asli pula akan mendapat hak dan bahagian masing-masing. Kerajaan Pakatan kena berpakat.
Tetapi kenapa ia menjadi masalah, apa yang saya nampak ialah kelemahan pihak Kerajaan Perak sendiri kerana gagal menjelaskan perkara itu. Disebabkan perkara ini kurang diberikan keutamaan maka berlaku kekeliruan seperti kini dan mudah pula ia dieksploitasikan oleh pihak lain.
Sepatutnya apa-apa juga dasar dan polisi sebelum dilaksanakan perlu dijelaskan sejelas-jelasnya.
Sepatutnya pegawai penerangan negeri dan juga lujnah penerangan parti Pas, DAP dan PKR menghebahkan mengenai kedudukan itu kepada ahli parti masing-masing. Mereka harus menggunakan apa saja ruang dan kesempatan untuk memberi penjelasan kepada rakyat sebagai mengelakkan kekeliruan.Mereka tidak boleh tunggu dan harapkan kerjasama media arus perdana untuk bantu menjelaskannya. Selamanya media arus perdana tidak akan bersimpati dan memberi gambaran sebenar melainkan terus memutarbelitkan apa saja untuk kepentingan pihak yang mereka taukehi.
Kerja-kerja menerangkan polisi dan dasar kerajaan ini perlu diperluaskan dan menggunakan apa saja saluran dan kesempatan. Semua pihak di Perak seharusnya mengambil inisiatif dan peranan masing-masing. Sebab itulah di Kelantan ada individu tertentu menubuhkan institusi medianya sendiri untuk menjadi propagandis kepada kerajaan bagi menjelaskan dasar, polisi dan projek-projek baru diperkenalkan.
Dalam hal ini Setiausaha Poltiik dan Setiausaha Akhbar MB itu perlulah aktif dan kreatif bagaimana hendak mengatasi masalah itu.
Selain itu kenapa niat baik Nizar itu menjadi isu dan dikelirukan kerana beliau nampaknya kurang cermat dan mengabaikan taktikal politik dalam membuat pengumuman itu. Beliau sepatutnya tidak mendahului menghebahkan mengenai pemberian tanah kepada sekolah Cina itu sebaliknya mengumumkan mengenai pemberian perkapita kepada sekolah agama terlebih dahulu.
Beliau kena faham sensitiviti orang Melayu. Beliau adalah MB Melayu jadi orang Melayu mengharapkan beliau perlu memberi keutamaan kepada orang Melayu. Apa yang berlaku ke atas Nizar itu sama dengan apa yang dialami oleh Khalid Ibrahim di Selangor apabila Khalid mengumumkan peruntukan untuk projek babi sebanyak RM100 juta mendahului pengumuman projek atau intensif lain kepada rakyat.
Kerana projek itu kepentingan orang Cina menyebabkan orang Melayu di Selangor merasakan Khalid telah mengutamakan orang Cina dan mengabaikan orang Melayu. Apa lagi projek berkenaan (babi dan pemberian tanah itu) adalah atas inisiatif DAP menyebabkan orang merasakan Kahlid dan Nizar menjadi alat kepada DAP. Padahal realitinya apa yang beliau lakukan itu ialah kerana tanggungjawabnya sebagai MB tanpa mengira kaum.Hendaknya di masa akan datang Nizar lebih berhati-hati dan perlu bermain politik bagi menjaga hati pihak-pihak tertentu bagi mengelakkan timbul kekeliruan dan salah faham.coretan dari msomelayu blogKongsi Ilmu bersama http://myp4u.blogspot.com/2008/08/handphone-penjana-pendapatan.html

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

HAK AHLI ZIMMAH

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI