SAR DI PERAK MENERIMA BANTUAN MASING-MASING DARI KERAJAAN NEGERI - MISBAH
Perjuangan selama hampir 10 tahun menuntut hak bantuan perkapita dikembalikan semula kepada SAR, kini tuntutan perjuangan mereka menjadi satu kenyataan apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengembalikan semula hak mereka. Suatu ketika beberapa buah SAR hampir kepupusan murid dan guru akibat tekanan dan penderaan ini. Para guru berbulan-bulan tidak dibayar gaji, kalaupun dbayar pendapatan mereka hilang separuh, akibat tekanan ini, ada guru yang terus meninggalkan sekolah, mencari rezeki di tempat lain, akibatnya Ibubapa hilang keyakinan kepada SAR, anak-anak mereka ditukarkan ke sekolah. Mereka diugut dengan berbagai tekanan dan ancaman, SAR dilabel melahirkan manusia ganas, masa depan yang gelap dan berbagai lagi.
Saya sendiri pernah berkhidmat di SAR sejak tahun 2000 hingga 2004, dan turut merasai penderitaan ini, bayangkan SAR hanya mampu membayar gaji RM 350 sebulan selepas perkapita dibekukan, RM 350 sebulan itu pula bukan dibayar setiap bulan, dibayar setelah SAR dapat duit dari merata sumber. Begitulah nasib SAR ketika itu. Kini Alhamdulilah, kerajaan PR yang suatu ketika dulu menjadi pembangkang yang menentang tindakan zalim ini, akhirnya setelah diberi mandat oleh rakyat bagi mengambil alih kuasa ini telah mengembalikan semula hak mereka bagi membolehkan SAR mengurus tadbir dengan baik dan mengembalikan semula zaman kegemilangan SAR.Petang semalam, buat sekian lamanya penantian yang penuh penyeksaan ini diakhiri dengan penyerahan cek-cek bantuan perkapita kepada 14buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Rendah Agama Rakyat oleh ke Bawah Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Raja Muda Perak Darul Ridhuan di Masjid Ehsaniah Kg. Kelan, Slim River sempena majlis Perasmian Masjid tersebut. '
Sebahagiannya akan diserahkan pada majlis yang lain. Sekolah-sekolah tersebut ialah SMAR Abbasiah , Sungkai sebanyak RM 183,600, Taufiqiah, Behrang RM 35,700. Idrisiah, Kuala Kangsar RM 268,770, Al Hidayah, Ipoh RM 117,300, Darul Quran, Chenderong Balai 10,200Yusoffiah, Pengkalan Hulu 91,800 dan Tahfiz Wal Qiraat Ad Din, Tualang Sekah RM 51,000. Manakala SRAR pula ialah Sekolah Islam Pintar, Kinta RM 20,400, Tarbiyyah Islamiah (SRATI), Kinta RM 13,200, Al Furqan, Kuala kangsar RM 18,000, Al Hidayah, Kinta RM 45,780,Al Ummah, Kinta RM 25,260, Madrasah Ulumul Syariah Wal Quraniah, Kuala Kangsar RM 40,940, Madrasah Tarbiyyah Islamiah, Taiping RM 5,760 dan Madrasah Tarbiyyah Islamiah Tapah RM 2,106. Malahan dalam ucapan YAB Dato’ Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin sewaktu berucap bagi mengalu-alukan majlis telah mengumumkan bahawa kerajaan PR akan turut menganugerahkan tanah seluas yang bersesuai kepada SAR untuk diusahakan bagi menjana pendapatan dan ekonomi SAR. Sekarang terserlahlah bahawa segala tohmahan jahat dan sangkan buruk kepada kerajaan PR hanyalah suatu dendam kesumat BN yang masih lagi tidak menerima hakikat kekalahan dalam PRU yang lepas.

Ulasan
Catat Ulasan