JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT NEGERI PERAK











IPOH, 20 OKTOBER – Sempena dengan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Kerajaan Negeri Perak telah mengatur pelbagai program bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan tersebut di seluruh Negeri Perak.

Antara acara kemuncaknya, kerajaan negeri telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak di perkarangan Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Majlis tersebut diserikan dengan keberangkatan DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun. Mengiringi keberangkatan baginda berdua ialah DYAM Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan DYAM Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Menteri Besar Perak serta barisan pimpinan negeri turut hadir meraikan tetamu di majlis itu.
Walaupun majlis diadakan dalam keadaan hujan lebat, ianya tidak menghalang hampir 5000 orang daripada berbilang kaum untuk menghadiri majlis tersebu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

HAK AHLI ZIMMAH

NAMA LAIN BULAN RAMADHAN

SAYYID ABUL A"LA AL-MAUDUDI